backup og meta

Masalah Kelamin Wanita: Kenal Pasti Masalah Yang Lazim Terjadi Berkaitan Faraj

Masalah Kelamin Wanita: Kenal Pasti Masalah Yang Lazim Terjadi Berkaitan Faraj

Terdapat banyak masalah wanita yang unik sama ada berkaitan kitaran haid, kehamilan, kontraseptif, menopaus dan itu hanyalah permulaan tau!

Maka, mempunyai akses kepada pengetahuan dan kesedaran berkaitan spektrum masalah kesihatan wanita, lebih-lebih lagi berkaitan sistem pembiakan, adalah cukup penting.

Ikuti kupasan ini untuk mengetahui antara masalah kelamin wanita yang kerap berlaku!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Masalah wanita berkaitan bau faraj

Masalah wanita pertama yang sering berkaitan dengan faraj ialah berkenaan bau faraj. Tahukah anda, faraj sememangnya mempunyai baunya tersendiri yang unik?

Sebilangan wanita mungkin berasa malu dengan aroma yang dikeluarkan oleh faraj mereka, tetapi normal bagi faraj yang sihat untuk mempunyai sedikit bau.

Walau bagaimanapun, bau ini boleh berubah apabila berlakunya jangkitan atau masalah kesihatan yang lain.

Pemakanan, status kesihatan dan faktor lain boleh mempengaruhi aroma semula jadi faraj.

masalah wanita

Masalah wanita, faraj membengkak

Pembengkakan faraj mungkin berlaku dari semasa ke semasa dan ia tidak selalu memerlukan perhatian.

Faktor haid, kehamilan dan persetubuhan boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan faraj, termasuk bibir kemaluan (labia).

Kadangkala, pembengkakan mungkin disebabkan oleh keadaan, penyakit atau gangguan yang lain.

Dalam kes ini, penting untuk memahami punca pembengkakan dan apa yang boleh dilakukan bagi mengatasinya.

Vaginitis

Vaginitis adalah keradangan pada faraj yang boleh mengakibatkan keputihan, kegatalan dan rasa sakit.

Penyebab biasanya adalah perubahan pada keseimbangan normal bakteria faraj atau faktor jangkitan.

Pengurangan tahap estrogen selepas menopaus dan beberapa masalah kulit juga boleh menyebabkan vaginitis.

Antara jenis vaginitis yang paling biasa terjadi, adalah:

  • Vaginosis bakteria: Disebabkan oleh perubahan bakteria dan flora yang normal di dalam faraj akibat pertumbuhan organisma lain yang berlebihan
  • Jangkitan kulat: Disebabkan kulat yang berlaku secara semula jadi, dikenali sebagai Candida albicans
  • Trichomoniasis: Disebabkan oleh parasit dan biasanya menular melalui hubungan seksual

[embed-health-tool-ovulation]

Kesakitan pada faraj

Masalah kelamin wanita turut melibatkan beberapa keadaan rasa sakit. Kesakitan atau ketidakselesaan pada faraj sering kali disebabkan oleh masalah perubatan atau psikologi.

Rasa sakit mungkin disebabkan oleh faraj (organ dalaman) atau dari labia dan kulit yang membentuk vulva (alat kelamin luar).

Bergantung pada keadaan tertentu, anda mungkin mengalami satu atau lebih daripada gejala berikut yang berkaitan dengan rasa sakit pada faraj:

  • Sensasi terbakar
  • Kegatalan
  • Sensasi menyengat
  • Faraj berdenyut-denyut
  • Sakit semasa persetubuhan

Sekiranya kesakitan faraj disebabkan oleh jangkitan, anda mungkin mengalami keputihan yang tidak normal.

Masalah wanita, kekeringan faraj

masalah wanita

Biasanya, dinding faraj dilincirkan dengan lapisan cecair jernih yang nipis. Hormon estrogen membantu mengekalkan cairan itu di samping menjaga lapisan faraj untuk kekal sihat, tebal dan anjal.

Penurunan tahap estrogen berupaya mengurangkan jumlah kelembapan dan ia boleh berlaku pada semua lingkungan usia atas pelbagai sebab.

Ia mungkin tidak kelihatan seperti masalah yang serius bukan? Namun, masalah kekeringan faraj boleh memberi impak yang besar terhadap kehidupan seks anda.

Tahap estrogen juga boleh menurun kerana:

Masalah wanita ini boleh dikawal dengan senaman Kegel

Senaman Kegel, turut dikenali sebagai senaman kemut, dilakukan untuk menguatkan otot dasar pelvis.

Dengan memastikan otot-otot ini kekal kuat, secara tidak langsung kalian turut berupaya menjaga rahim, pundi kencing dan usus daripada ‘jatuh’ ke dalam faraj.

Ini langkah-langkah senaman Kegel, cukup mudah dilakukan!

masalah wanita

  • Kemut otot selama 3 saat, kemudian perlahan-lahan rehatkannya dalam masa 3 saat
  • Lakukan 3 set kegel sehari, mengikut kemampuan
  • Tambah masa mengemut secara beransur-ansur kepada 5 saat dan kemudian 10 saat bagi setiap cubaan

Sekiranya anda mengalami salah satu daripada komplikasi di atas, segera rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan bersesuaian.

Kini anda telah tahu beberapa punca yang menyebabkan masalah kelamin wanita!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vaginitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vaginitis/symptoms-causes/syc-20354707#:~:text=Vaginitis%20is%20an%20inflammation%20of,disorders%20can%20also%20cause%20vaginitis. Accessed on March 16, 2021.

Vaginal yeast infections. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/vaginal-yeast-infections. Accessed on March 16, 2021.

Trichomoniasis – CDC Fact Sheet. https://www.cdc.gov/std/trichomonas/stdfact-trichomoniasis.htm. Accessed on March 16, 2021.

Pain Down There? 5 Reasons Your Pelvis and Vagina Hurt. https://health.clevelandclinic.org/pain-down-there-5-reasons-your-vagina-hurts/. Accessed on March 16, 2021.

Vaginal dryness. https://www.womens-health-concern.org/help-and-advice/factsheets/vaginal-dryness/. Accessed on March 16, 2021.

Versi Terbaru

07/07/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Keliru Antara Fibroid Dengan Sista Rahim, Nampak Sama Tapi Banyak Beza!

Apa Itu Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)? Ini Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan