backup og meta

Masalah Tidur & Memori, Ada Kaitan Dengan Ketidakseimbangan Hormon

Masalah Tidur & Memori, Ada Kaitan Dengan Ketidakseimbangan Hormon

Mengikut kajian, golongan wanita lebih cenderung melaporkan masalah kurang daya ingatan dan tidur. Apa agaknya punca utama yang boleh dipersalahkan?

Salah satu kemungkinannya, ketidakseimbangan hormon dalam badan!

Perubahan hormon boleh mendatangkan ‘malapetaka’ pada kitaran tidur berserta masalah kurang daya ingatan.

Tahap hormon boleh melonjak atau menurun dalam tempoh masa tertentu; kitaran haid, semasa dan selepas kehamilan, dan terutamanya di sekitar fasa menopaus.

Sama seperti mood, hormon berupaya mempengaruhi daya ingatan.

Apabila hormon mempengaruhi ingatan, anda mungkin akan mengalami brain fog (ingatan kabur).

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Ketidakseimbangan Hormon Wanita sila dapatkannya di sini.

Bagaimana hormon mempengaruhi memori & tidur?

Turun naik hormon bukan sekadar mempengaruhi kitaran tidur, ia turut berupaya mengubah cara otak anda bekerja dengan neuron dan sel lain.

Setiap sel otak dapat menghasilkan neurotransmitter, bahan kimia yang menyebarkan maklumat antara sel dan ke bahagian tubuh yang berlainan.

Jika badan kita tidak menghasilkan tahap hormon yang mencukupi (contoh:hormon tiroid), neurotransmitter tidak dapat berfungsi dengan baik.

Maka, daya ingatan dan keupayaan untuk memperoleh tidur berkualiti pasti terjejas.

Mari kenali hormon-hormon yang berpotensi menjejaskan memori dan tidur, teruskan pembacaan!

#1 Estrogen/oestrogen

sakit kepala

Oestrogen adalah hormon yang dimiliki baik golongan lelaki mahupun wanita. Ia biasanya dikaitkan dengan kesihatan pembiakan dan kitaran haid wanita.

Bagaimanapun, estrogen juga mempunyai beberapa fungsi lain yang berbeza.

Sepanjang hayat, tahap estrogen anda boleh turun dan naik, terutamanya semasa kitaran haid.

Namun,apabila anda mula menghampiri fasa menopaus, kadar hormon ini bakal merosot dan menyebabkan beberapa gejala; moody, sakit otot, kepanasan dan sebagainya.

Tidak mengejutkan, gejala ini berpotensi memberi impak terhadap corak tidur, kan?

Hormon estrogen turut memainkan peranan penting dalam aspek kognisi wanita.

Ia bantu mengingat perkataan, menumpukan perhatian, dan memproses sesuatu dengan cepat.

Penyelidikan berkaitan menopaus semula jadi menunjukkan, memori dan pemprosesan maklumat dapat dipengaruhi oleh perubahan tahap hormon.

#2 Progesteron

Mirip dengan estrogen, progesteron lebih dikenali sebagai hormon seks wanita.

Ia bantu mengekalkan lapisan rahim anda bagi potensi kehamilan, hal ini menjelaskan sebab para wanita mengalami tahap progesteron yang tinggi setelah ovulasi, sebelum merosot kembali.

Seperti estrogen, kadar progesteron yang lebih rendah akan mempengaruhi kualiti tidur.

Anda juga mungkin mengalami kesukaran tidur tepat sebelum haid bermula, kerana ketika itulah tahap progesteron badan biasanya berada di paras rendah.

#3 Testosteron

Sama seperti estrogen, testosteron tidak hanya ‘eksklusif’ untuk jantina lelaki dan ia juga memainkan peranan penting dalam kesihatan wanita.

Dalam kedua-dua jantina, testosteron berfungsi menyokong kesihatan pembiakan. Buat lelaki, ia turut bantu mengawal jisim otot dan tulang!

Tahap testosteron yang rendah boleh dikaitkan dengan masalah tidur.

Sebagai contoh, tahap testosteron sering berubah-ubah sepanjang hari dan ditunjukkan bahawa, ia berada pada tahap tertinggi semasa tidur REM.

Sekiranya anda tidak memperoleh tidur REM yang diperlukan, hal ini boleh mempengaruhi tahap testosteron.

Apabila tahap testosteron menurun, kadangkala ia boleh dikaitkan dengan gejala insomnia.

#4 Insulin

Kita mungkin biasa mendengar peranan insulin dalam mengatur kadar gula dalam darah bukan?

Hormon penting ini dihasilkan di pankreas dan membantu tubuh anda menggunakan gula atau glukosa, yang berasal daripada makanan, untuk ditukarkan kepada sumber tenaga.

Apabila tahap glukosa darah meningkat secara berkala, badan bakal menjadi kurang sensitif terhadap insulin.

Ini bermakna, badan perlu menghasilkan lebih banyak insulin untuk memberi kesan yang sama, yang kadangkala boleh menjadi punca diabetes!

Jadi apa pula kaitannya dengan corak tidur? Sama seperti testosteron, tidur dan insulin kadang-kadang saling berkaitan.

Ini kerana, kekurangan tidur meningkatkan kadar gula dalam darah dan mendorong tabiat makan yang tidak sihat.

Akhirnya, ia mencetuskan pengeluaran insulin berlebihan dan berpotensi menyebabkan masalah tidur kerana tahap glukosa darah yang turun naik pada waktu malam.

#5 Kortisol & melatonin

Tidur Awal Satu Fasa yang Jarang Berlaku

2 hormon seterusnya mempunyai kesan secara langsung pada kitaran tidur, dan ia saling berkaitan sehingga tidak boleh dipisahkan antara sama sama lain.

Kortisol dan melatonin adalah 2 hormon utama yang mengatur pola tidur kita.

Kortisol sering dikenali sebagai ‘hormon stres’, yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal.

Melatonin, atau hormon tidur, dihasilkan oleh kelenjar pineal dan berfungsi bersama kortisol.

Apabila saraf optik mengesan cahaya persekitaran yang berkurangan, mereka akan menghantar mesej ke hipotalamus, yang akan memicu pelepasan melatonin untuk membantu anda berehat dan mengantuk.

Namun, kitaran ini sangat mudah terganggu apabila anda berada dalam keadaan stres, menyebabkan pengeluaran kortisol yang tinggi.

#6 Tiroid

Kelenjar tiroid terletak tepat di bawah larynx dan menghasilkan 2 jenis hormon, tiroksin dan triiodothyronine.

Masalah cenderung berlaku pada tiroid apabila kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif (hipertiroidisme) atau tidak cukup aktif (hipotiroidisme).

Kedua-dua keadaan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri dan salah satunya, masalah berkaitan tidur dan daya ingatan.

Kebanyakan gejala masalah psikologi telah dijelaskan dengan hipotiroidisme.

Antara simptom yang paling sering dikaitkan dengan hipotiroidisme termasuk mudah terlupa, keletihan dan sukar fokus.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.hormone.org/your-health-and-hormones/sleep-and-circadian-rhythm
  2. https://womeninbalance.org/symptoms-solutions/trouble-sleeping-fatique/
  3. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/coping/physically/sex-hormone-symptoms/women-coping-with-hormone-symptoms/thinking-and-memory
  4. https://www.pacificneuroscienceinstitute.org/brain-health/diagnostics-procedures/hormone-balancing/
  5. https://www.apa.org/monitor/jan01/estrogen
  6. https://womensbrainhealth.org/better-thinking/the-effects-of-hormones-on-brain-health

Versi Terbaru

06/09/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ketidakseimbangan Hormon Perempuan, Ini Kesannya Kepada Kesihatan

Ini Komplikasi Berkaitan Pelvis Yang Berisiko Terjadi, Wanita Perlu Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan