Untuk melegakan kekejangan perut yang dialami disebabkan haid, anda mungkin perlu mengambil ubat senggugut. Dalam artikel ini akan dikongsikan pilihan ubat sesuai untuk diambil.
Untuk melegakan kekejangan perut yang dialami disebabkan haid, anda mungkin perlu mengambil ubat senggugut. Dalam artikel ini akan dikongsikan pilihan ubat sesuai untuk diambil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui pilihan ubat senggugut, jom fahami secara ringkas mengenai keadaan yang sering menimbulkan ketidakselesaan pada wanita ini.
Kesakitan ini boleh berlanjutan selama 2-3 hari. Ia mungkin sakit berdenyut mahupun tajam menyucuk. Gejalanya boleh berkisar daripada ringan kepada kesakitan serius yang boleh menjejaskan aktiviti harian.
Kekejangan ini adalah sangat normal untuk dialami. Bahkan kebanyakan wanita menyatakan mereka mengalami kesakitan ini selama 1-2 hari setiap bulan.
Walaupun senggugut dianggap keadaan biasa yang merupakan sebahagian daripada kitaran haid bulanan, namun pastikan anda melakukan pemeriksaan dan rundingan doktor sekiranya kesakitan dialami menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan diri.
Berita baiknya terdapat beberapa pilihan ubat boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat senggugut.
Kebanyakan ubatan over-the-counter (OTC) merupakan antara pilihan mudah untuk melegakan kekejangan perut.
Ubat-ubatan ini akan lebih berkesan jika diambil 1-2 hari sebelum kedatangan haid. Ia boleh diteruskan selagi diperlukan, biasanya sehingga 2-3 hari pertama selepas haid bermula bagi membantu mengurangkan kesakitan.
Jika satu pilihan ubat tidak melegakan, anda perlu mencuba yang lain. Ini kerana kesan ubat pada setiap individu adalah berbeza.
Ubat OTC mungkin boleh menyebabkan kerengsaan pada perut. Jika anda mengalami masalah buah pinggang atau masalah perut seperti ulser atau refluks, maklumkan kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat ini.
Pengambilan ubat bersama makanan mungkin boleh membantu mengelakkan sakit perut.
Bagi wanita dengan endometriosis – yang turut menyumbang kepada kesakitan senggugut ini, kekejangan yang dialami mungkin tidak akan lega walaupun setelah mengambil sebarang ubat OTC.
Sebaliknya mereka memerlukan rawatan alternatif seperti ubat penahan sakit preskripsi atau mungkin menggunakan alat intrauterin (IUD).
Penggunaan beberapa bentuk kawalan kelahiran (kontraseptif) jenis hormon adalah pilihan lain untuk mengawal atau menghentikan senggugut. Ia boleh menjadi pil, suntikan, tampalan transdermal atau IUD yang mengandungi hormon.

Kaedah ini boleh mengurangkan atau menyingkirkan aliran haid. Kesannya kesakitan mungkin dapat dikurangkan.
Pengambilan pil kontraseptif oral juga boleh membantu mengurangkan keterukan senggugut bagi sesetengah wanita.
Secara amnya, pil perancang membantu melegakan kesakitan haid ini dengan mengurangkan prostaglandin.
Pil progestin sahaja merupakan sejenis pil perancang khusus yang mungkin lebih berkesan untuk sakit haid akibat endometriosis atau fibroid – tumor pada dinding rahim.
Ia juga boleh menghalang ovulasi daripada berlaku dan membantu mengekalkan lapisan rahim yang nipis.
Jika anda mengalami pendarahan yang banyak selain kesakitan haid sehingga boleh menyebabkan anemia dan keletihan, ia mungkin rawatan yang disebut sebagai ablasi endometrium.
Ablasi endometrium adalah prosedur penting yang melibatkan penyingkiran tisu endometrium bagi membantu mengurangkan gejala.
Prosedur ini umumnya tidak sesuai untuk wanita yang merancang untuk hamil.
Anda perlu berunding dengan doktor sekiranya ubat untuk senggugut disenaraikan di atas tidak membantu mengurangkan kekejangan yang dialami. Ini kerana ia boleh menjadi petanda terdapat masalah kesihatan yang mungkin mendasari.
Anda juga perlu mendapatkan bantuan perubatan sekiranya kesakitan yang dialami menjalar kebahagian lain seperti belakang badan dan kaki, atau jika rasa sakit itu menimbulkan kebimbangan diri.

Ubat senggugut yang terbaik rangkaian ubat tahan sakit OTC termasuklah ibuprofen.
Namun jika ubat OTC tidak berkesan, berundinglah dengan doktor untuk pilihan preskripsi lebih kuat atau rawatan lain seperti pemakaian IUD.
Sekiranya kekejangan yang dialami teruk dan diiringi gejala tambahan lain seperti pendarahan berat, doktor mungkin akan mencadangkan ablasi endometrium.
Namun suka diingatkan bahawa prosedur pembedahan itu adalah serius dan tidak sesuai buat wanita yang merancang untuk hamil.
Kekejangan ringan adalah perkara biasa dalam kitaran haid. Walau bagaimanapun, jika kesakitan itu teruk sehingga menjejaskan kualiti hidup anda, lakukan pemeriksaan doktor.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor