backup og meta

Dulu Cawan Haid, Kini Tular Bentuk Cakera Pula! Bagaimana Pula Produk Ini?

Dulu Cawan Haid, Kini Tular Bentuk Cakera Pula! Bagaimana Pula Produk Ini?

Kini, produk wanita cukup bervariasi! Lebih-lebih lagi produk haid yang tidak lagi terhad dengan pilihan tuala wanita.

Produk seperti pad, tampon dan cawan haid sudah kerap kita dengar, kan? Tapi, bagaimana pula dengan cakera haid (menstrual disc)?

Produk wanita, cakera haid itu sudah menjadi perbincangan hangat dalam media sosial sejak kebelakangan ini, tapi apa ia sebenarnya?

Ia adalah produk yang dikatakan dapat memberikan perlindungan selama 12 jam, yang membolehkan kalian untuk berhubungan seks ‘bebas-comot’ dan bahkan, mengurangkan kekejangan.

Bunyi macam hebat bukan? Tapi sejauh mana kebenarannya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Produk wanita: Cawan & cakera haid, apa bezanya?

produk wanita

Cawan dan cakera haid sebenarnya sangat serupa, kerana keduanya dimasukkan ke dalam faraj dan berfungsi dengan mengumpul darah.

Untuk menggambarkan bentuknya pula, menstrual cup kelihatan seperti cawan, manakala menstrual disc secara fizikalnya seakan cakera.

Cawan haid dimasukkan ke dalam faraj, memanjang dan di bawah serviks, bergantung pada jenis atau jenama yang anda pilih.

Sebaliknya, cakera pula diperbuat daripada plastik atau silikon, diletak pada kawasan fornix faraj, tempat di mana saluran faraj bertemu serviks anda.

Adakah jenis cakera juga boleh digunakan semula seperti cawan haid?

Di sinilah menstrual cup punyai kelebihan, kerana sebilangan besar produk ini bersifat pakai buang dan tidak boleh digunakan semula, justeru, ini bukan pilihan yang paling mesra alam.

Di samping itu, produk wanita ini dikatakan sesuai untuk seks haid, kerana posisinya yang terletak di pangkal rahim.

Asalkan ia dimasuk dan diposisi dengan betul, anda dan pasangan tidak akan merasainya saat bersenggama.

Pun begitu, melakukan hubungan seks ketika haid tidak digalakkan dek kerana risiko jangkitan kelamin (STD) yang boleh berlaku.

Bagaimana ia dimasukkan & dikeluarkan?

Memasukkan cakera ke dalam faraj dengan betul dan selesa mungkin bakal memerlukan sedikit masa serta latihan.

Namun, setelah sudah anda biasa dengan cara aplikasinya, kalian tidak lagi akan bergelut dengan penggunaannya.

produk wanita

Ini langkah-langkah memasukkan menstrual disc:

  1. Pertama, basuh tangan anda untuk elak risiko jangkitan kuman.
  2. Kenal pasti kedudukan yang paling selesa, sama ada mencangkung, duduk di atas tandas, berdiri dengan 1 kaki diangkat ke atas dan sebagainya.
  3. Picit dan lipat sisi cakera, menjadikannya seakan saiz tampon.
  4. Masukkan cakera yang dipicit condong ke bawah dan ditolak masuk ke dalam faraj, belakang serviks dan tulang kemaluan.

Persiapkan diri ketika cuba keluarkannya, kerana ia lebih cenderung untuk menjadi agak comot berbanding cawan haid.

Untuk mengeluarkan produk wanita menstrual disc, anda perlu:

  1. Mencuci tangan terlebih dahulu.
  2. Duduk di tandas, lebih mudah untuk membersihkan darah yang mungkin tumpah.
  3. Masukkan jari telunjuk ke dalam faraj dan cuba ‘cangkuk’ sisi bulatan, lantas ditarik keluar.
  4. Jika anda menghadapi masalah untuk mencapai cakera, kalian boleh cuba meneran seperti sedang membuang air besar. Ini akan ‘melepaskan’ sisi bulatan daripada belakang tulang kemaluan.
  5. Singkirkan darah yang terkumpul, bungkus cakera dengan kertas atau tisu untuk dibuang.

Cakera haid, benarkah dapat tampung pendarahan berat & kurangkan kekejangan?

Apa yang dianggap sebagai pendarahan haid berat?

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), jika anda perlu menukar pad atau tampon kurang dari 2 jam atau alami gumpalan darah yang besar, ini dianggap pendarahan berat.

Berita baik, cakera haid berupaya menampung pendarahan berat, dengan syarat, anda harus menukarnya dengan kerap sepanjang hari!

Bagi masalah senggugut pula, ia dilaporkan dapat mengurangkan beberapa kesakitan yang berkaitan dengan haid, tetapi bukan kekejangan, secara khusus.

Ini berlaku kerana ia terletak di bahagian faraj yang paling luas. Tampon, sebaliknya, terletak lebih rendah di saluran faraj, yang jauh lebih sempit.

Apabila tampon dipenuhi darah dan mengembang, kekejangan berupaya berlaku.

produk wanita

Pun begitu, kebanyakan ulasan melaporkan pengurangan kekejangan ketika menggunakan cakera haid, bukannya tampon.

Perkara ini juga mungkin disebabkan sifat cakera yang sangat fleksibel, menjadikannya lebih selesa dipakai berbanding tampon.

Produk wanita cakera haid, wujudkah sebarang risiko?

Setakat ini, tiada sebarang ura-ura risiko serius dikaitkan secara khusus dengannya.

Namun, produk ini telah pun dikaitkan dengan risiko sindrom kejutan toksik (TSS) dalam beberapa kes yang dilaporkan.

TSS adalah kondisi yang jarang terjadi tetapi serius yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, menyebabkan gejala termasuk demam, tekanan darah rendah, dan ruam.

Untuk mengurangkan risiko alami TSS, amalkan rutin kebersihan yang baik dengan mencuci tangan terutama saat memasukkan dan mengeluarkan cakera, dan selalu gunakannya seperti yang diarahkan.

Bagaimana pula dengan risiko ia ‘menghilang’ di dalam faraj? Mungkinkah ia berlaku?

Risiko untuk ia ‘hilang’ dalam faraj tidak melebihi daripada produk haid yang seangkatan, seperti cawan haid.

Tanpa sebarang tali atau gelung, anda mungkin perlu meneran atau cuba kedudukan yang berbeza untuk mencapainya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heavy Menstrual Bleeding, https://www.cdc.gov/ncbddd/blooddisorders/women/menorrhagia.html, Accessed Jan 12 2022.
  2. How does the menstrual cycle work?, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279270/, Accessed Jan 12 2022.
  3. Period products: what are the options?, https://www.ippf.org/blogs/period-products-what-are-options, Accessed Jan 12 2022.
  4. Period Products: The Good, the Bad, and the Ugly, https://uthealthaustin.org/blog/period-products, Accessed Jan 12 2022.
  5. Tired of Tampons? Here Are Pros and Cons of Menstrual Cups, https://health.clevelandclinic.org/tired-of-tampons-here-are-pros-and-cons-of-menstrual-cups/, Accessed Jan 12 2022.

Versi Terbaru

23/05/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selain Pad, Wanita Boleh Guna Menstrual Cup Semasa Haid, Lebih Jimat & Tahan Lama

Alamak, Tampon Tersangkut Dalam Faraj! Tenang, Anda Boleh Cuba Cara Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 23/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan