Pernahkah anda dengar mengenai fibroadenoma payudara?
Sebenarnya, penyakit ini merupakan satu ketulan yang banyak berlaku kepada wanita yang berusia 15 hingga 35 tahun.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apa itu fibroadenoma payudara?
Fibroadenoma ialah ketulan benigna biasa ditemui dalam payudara wanita muda. Ia tidak berbahaya dan sering akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan.
Fibroadenoma bukan ketumbuhan kanser, jadi ia tidak akan merebak ke organ lain. Kebiasaannya fibroadenoma bersaiz kecil, keras apabila disentuh tetapi tidak menyakitkan.
Terdapat dua jenis fibroadenoma:
- Fibroadenoma biasa tidak meningkatkan risiko kanser dan kelihatan seragam di bawah mikroskop.
- Fibroadenoma kompleks mengandungi makrosista dipenuhi cecair yang dapat dilihat dengan mata kasar dan deposit kalsium (calcifications)
Mengapa anda mendapat ketulan payudara?
Para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa fibroadenoma terbentuk. Walau bagaimanapun, mereka percaya bahawa hormon (estrogen, sebagai contoh) mungkin memainkan peranan.
Selain itu, mereka yang mengambil pil pencegah kehamilan sebelum umur 20 lebih cenderung untuk mendapat fibroadenoma berbanding yang lain. Ketulan payudara mungkin membesar semasa mengandung dan mengecil semasa menopaus.
Diagnosis fibroadenoma payudara
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal payudara. Anda mungkin perlu menjalani ujian pengimejan atau mamogram.
Baca juga:
Untuk menentukan sama ada ketumbuhan adalah kanser atau tidak, anda memerlukan biopsi di mana sebahagian kecil ketumbuhan dikeluarkan untuk diuji di makmal.
Bolehkah saya menghilangkan fibroadenoma?
Walaupun fibroadenoma tidak akan menyebabkan sebarang masalah kesihatan, anda boleh memilih untuk menyingkirkan ketumbuhan ini jika anda mahu atau jika anda mempunyai sejarah keluarga yang lebih berisiko terhadap kanser payudara.
Pembedahan biasanya disyorkan jika:
- Ketumbuhan menjejaskan bentuk payudara anda.
- Ketumbuhan menyebabkan anda sakit.
- Anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara.
- Hasil daripada biopsi anda membimbangkan.
Walau bagaimanapun, sebaik fibroadenoma dikeluarkan, ia mungkin berlaku semula.
Jika fibroadenoma tidak membesar atau jika mengecut sendiri, mungkin lebih baik untuk membiarkannya kerana mengeluarkannya bermakna membuang sebahagian besar tisu buah dada.
Ini boleh meninggalkan parut selepas pembedahan fibroadenoma dan merosakkan buah dada anda, menyebabkannya berbentuk pelik.
Hidup dengan fibroadenoma
Wanita dengan fibroadenoma mempunyai risiko yang lebih tinggi sedikit untuk mendapat kanser.
Oleh itu, jika anda disahkan menghidap fibroadenoma, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerap untuk memantau keadaan anda.
Anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri dengan kerap untuk memeriksa jika terdapat sebarang masalah dengan payudara anda.
Jika anda mendapati sebarang perubahan luar biasa dalam saiz atau bentuk buah dada anda, atau perubahan dalam fibroadenoma sedia ada, anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
[embed-health-tool-ovulation]