Mengapa perlu pemeriksaan payudara?
Pemeriksaan payudara klinikal dilakukan untuk:
- Cari ketulan atau perubahan pada payudara yang boleh menjadi punca masalah yang serius, seperti kanser payudara.
- Memeriksa masalah payudara yang lain seperti mastitis (radang/bengkak pada payudara) atau fibroadenoma.
Berapa kerap pemeriksaan payudara klinikal perlu dilakukan?
Anda perlu mendapatkan peperiksaan klinikal payudara setiap satu hingga tiga tahun bermula pada umur 20 tahun dan setiap tahun bermula pada umur 40 tahun. Pemeriksaan klinikal payudara boleh disyorkan lebih kerap jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara.
Bagaimana persediaan untuk pemeriksaan klinikal payudara?
Beritahu kesihatan anda jika:
- Mempunyai benjolan baru atau perubahan dalam payudara anda. Anda juga boleh melihat perubahan pada puting atau mana-mana puting susu anda.
- Ada wanita yang mengalami puting yang tenggelam ke dalam payudara, dipanggil puting terbalik. Untuk wanita, ini adalah perkara biasa. Tetapi jika anda tidak mempunyai puting terbalik dan mendapati terdapa perubahan puting anda menjadi terbalik, beritahu doktor anda.
- Mengalami kesakitan pada satu payudara, terutamanya jika sakit itu tidak berkaitan dengan kitaran haid anda.
- Hamil atau mungkin hamil.
- Sedang menyusukan bayi.
- Mempunyai implan payudara.
- Mempunyai biopsi payudara.
- Telah menopause.
- Mengambil terapi hormon.
- Mempunyai sejarah peribadi atau keluarga yang menghidap kanser payudara.
Anda mungkin ingin mendapatkan peperiksaan 1 hingga 2 minggu selepas tempoh tamat haid anda, jika anda masih haid; payudara anda kurang cenderung untuk menjadi tender pada masa itu.
Anda perlu berbincang dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pemeriksaan payudara.
Apa yang berlaku semasa pemeriksaan payudara?
Sebelum peperiksaan payudara, doktor anda akan bertanya anda soalan tentang sejarah perubatan anda, termasuk haid dan sejarah kehamilan.