Jika anda mempunyai masalah gigi berlubang, anda mungkin perlu melakukan prosedur tampal. Tampal gigi berlubang merupakan satu prosedur yang sangat lazim dilakukan. Namun, selepas prosedur tersebut selesai, pesakit mungkin akan rasa sakit atau ngilu pada kawasan tampalan.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tip untuk mengurangkan kesakitan serta jangkitan selepas menampal gigi. Anda juga perlu tahu bila harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Berapa lamakah tampalan gigi mengeras?
Dulu, doktor menggunakan tampalan amalgam perak. Tampalan jenis ini memakan masa yang panjang untuk mengeras, selalunya dalam masa 24 jam. Jika anda makan atau minum, besar kemungkinan tampalan ini akan pecah.
Walau bagaimanapun, disebabkan kemajuan teknologi, doktor gigi pada zaman sekarang menggunakan tampalan komposit putih yang lebih kuat dan dapat mengeras dengan pantas. Jadi, anda boleh makan sejurus selepas prosedur selesai.
5 perkara yang perlu dilakukan selepas tampal
Prosedur menampal gigi mungkin akan menyebabkan anda rasa sakit dan ngilu untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, kesakitan ini sebenarnya boleh dielakkan jika anda menjaga makan dan juga kebersihan gigi.
Di bawah, kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu lakukan selepas prosedur tampal:
1. Berhati-hati semasa makan selepas tampal
Selepas menampal gigi, anda perlulah berhati-hati semasa makan. Antara makanan yang sesuai diambil selepas prosedur ini ialah:
- sup
- bubur
- telur hancur
- keju lembut
Pendek kata, anda boleh ambil apa sahaja makanan yang lembut dan mudah dikunyah.
Kebanyakan tampalan gigi mengambil masa untuk mengeras. Jadi, anda mungkin perlu tunggu selama 24 jam sebelum mengambil sebarang makanan yang keras.
Namun, jika doktor menggunakan penampal gigi komposit yang mengeras serta-merta selepas didedahkan pada lampu biru, anda boleh makan seperti biasa selepas prosedur tersebut.
2. Elakkan makanan yang kenyal dan keras selama 2 minggu
Anda juga perlulah mengelakkan pengambilan makanan yang keras dan kenyal. Selain itu, untuk mengelakkan rasa ngilu pada gigi, kurangkan makanan yang panas atau sejuk selama beberapa hari.
Makanan yang kenyal seperti daging juga perlulah ditinggalkan selepas prosedur tampal gigi berlubang.
3. Ambil ubat tahan sakit selepas tampal gigi berlubang
Jika anda rasa sakit, jangan teragak-agak untuk mengambil painkiller. Selalunya, selepas prosedur tampal dilakukan, doktor akan membekalkan ubat tahan sakit sebagai preskripsi.
Rasa sakit atau bengkak pada gigi akan berkurangan dalam masa 12 jam. Selepas itu, anda boleh makan apa sahaja yang anda inginkan tanpa rasa sakit.
Anda juga boleh beli ubat tahan sakit di farmasi berdekatan. Pilih ibuprofen atau acetaminophen untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami.
Walau bagaimanapun, jika kesakitan tersebut berlarutan lebih dari 2 hari, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin. Doktor akan memeriksa tampalan untuk memastikan tidak ada jangkitan yang berlaku.
Tampal gigi depan 4. Berus gigi dan flos seperti biasa
Anda tidak perlu berhenti flos atau berus gigi selepas prosedur tampalan. Berus kawasan tampal gigi depan dengan lembut. Selalunya, tampalan tidak akan tertanggal dan anda juga dapat pastikan kawasan tersebut bersih seperti biasa.
Selepas tampalan sembuh, jangan lupa untuk lakukan pemeriksaan rutin bersama doktor gigi anda.
5. Jumpa doktor jika kesakitan berpanjangan
Kesakitan selepas prosedur tampal gigi pecah merupakan sesuatu yang normal. Namun, jika anda kerap rasa sakit atau ia berlangsung dalam satu tempoh masa yang lama, jumpalah doktor secepat mungkin. Ia mungkin tanda jangkitan.
Kesimpulan
Pendek kata, jika anda baru sahaja melakukan prosedur, anda mungkin perlu tunggu 2-3 jam sebelum makan atau minum. Selepas itu, anda boleh teruskan makan seperti biasa. Namun, pastikan anda mengambil makanan yang lembut dan mudah dikunyah.
Jangan lupa untuk berus gigi seperti biasa. Elakkan makanan yang manis, kenyal dan bergula supaya tampalan gigi anda tadi dapat bertahan dalam masa yang lama.
Jika sakit gigi yang anda alami berlarutan, ini merupakan tanda jangkitan ataupun gigi reput yang terlalu dalam.
Perhatian!
Cepat-cepatlah berjumpa doktor jika anda mengalami kesakitan yang berpanjangan.
[embed-health-tool-bmi]