backup og meta

Kesakitan Tulang Rahang Mungkin Petanda Penyakit Berbahaya, TMJ Salah Satu?

Kesakitan Tulang Rahang Mungkin Petanda Penyakit Berbahaya, TMJ Salah Satu?

Pernahkah anda mengalami kesakitan tulang rahang tapi tidak mengetahui apa punca perkara ini berlaku? Ia mungkin bukan masalah yang biasa sahaja. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu kesakitan tulang rahang?

Sebenarnya, kesakitan rahang adalah kekejangan, kesakitan yang tidak selesa, berlaku pada sendi rahang dan otot yang mengawal pergerakan rahang.

Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, atau ia boleh bermula ringan dan menjadi lebih parah dari masa ke semasa.

Terdapat beberapa sebab menyumbang kepada rasa sakit pada bahagian ini, ia termasuk patah tulang, misalignment, artritis, abses gigi dan gangguan sendi Temporomandibular Joint Disorder (TMJ).

Malah, terdapat ramai orang dewasa yang menderita rahang kronik dan kesakitan di muka.

Untuk memberi diagnosis, doktor gigi akan menjalankan peperiksaan terperinci, mungkin termasuk X-ray, untuk menentukan punca kesakitan.

kesakitan tulang rahang

Apa simptom kesakitan tulang rahang?

Tanda-tanda dan simptom kesakitan rahang mungkin termasuk:

  • Sakit atau kelembutan muncul di rahang anda
  • Kesakitan di dalam dan di sekitar telinga anda
  • Kesukaran mengunyah atau ketidakselesaan semasa mengunyah
  • Kesakitan pada muka
  • Sendi rahang terkunci, menjadikannya sukar untuk membuka atau menutup mulut 

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom disenaraikan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu jumpa doktor gigi?

Dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami kesakitan atau kelembutan berterusan di rahang anda, atau jika anda tidak boleh membuka atau menutup rahang anda sepenuhnya.

Doktor atau doktor gigi anda boleh membincangkan kemungkinan penyebab dan rawatan untuk masalah anda.

kesakitan tulang rahang

Perawatan sakit rahang

Bagaimana cara untuk merawatnya?

Bergantung kepada sebab-sebabnya, doktor mungkin mempunyai beberapa pendekatan untuk membantu anda menghentikan kerengsaan dan merawat kesakitan pada rahang.

Biasanya, doktor akan mencadangkan beberapa terapi tanpa penggunaan ubat, dalam kes-kes kesakitan yang kronik, doktor mungkin memberi preskripsi ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit.

Selain itu, mereka mungkin akan melakukan pembedahan jika terdapat sebarang kejanggalan pada fizikal rahang anda.

Untuk rawatan di rumah, tip berikut boleh membantu anda mengurangkan simptom kesakitan rahang:

  • Elakkan tabiat yang berkaitan dengan ketegangan seperti mengetap rahang anda, melagakan gigi.
  • Untuk melindungi gigi dan rahang, anda harus mengelakkan makanan yang keras, melekit dan makanan yang lembut. Anda boleh memotong makanan menjadi kepingan kecil dan masak dengan cara yang betul.
  • Doktor, doktor gigi atau ahli terapi fizikal anda boleh menunjukkan cara melakukan senaman meregang dan menguatkan otot rahang dan bagaimana mengurut otot anda sendiri.
  • Tuam panas, panas lembap atau ais ke bahagian muka boleh membantu meringankan kesakitan.

Pencegahan sakit rahang

Bagaimana cara untuk mencegahnya?

Untuk mengelakkan kesakitan tulang rahang:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Jaw Pain, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/24447-jaw-pain, Accessed Jan 23 2019.
  2. Jaw Pain, https://www.mouthhealthy.org/en/all-topics-a-z/jaw-pain, Accessed Jan 23 2019.
  3. Jaw Pain, https://www.gotoapro.org/jaw-pain/, Accessed Jan 23 2019.
  4. Jaw problems and headaches, https://www.dentalhealth.org/jaw-problems-and-headaches, Accessed Jan 23 2019.
  5. Temporo-Mandibular Joint (TMJ) Pain, https://www.enthealth.org/conditions/temporo-mandibular-joint-tmj-pain/, Accessed Jan 23 2019.

Versi Terbaru

28/08/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Awww! Sakitnya Bila Tergigit Bibir Dan Lidah, Ikut 4 Langkah Ini Untuk Rawat!

Tak Tahan Bila Sakit Gigi? Ini 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan