backup og meta

Malu Ada Gigi Bengkok Dan Senget? Jangan Risau! Ada Rawatan Luruskan Gigi

Malu Ada Gigi Bengkok Dan Senget? Jangan Risau! Ada Rawatan Luruskan Gigi

Senyuman menawan bukan hanya kerana bentuk bibir mungil, gigi tersusun cantik juga menyumbang terhadap faktor kecantikan seseorang. Namun bagaimana dengan mereka yang mempunyai masalah gigi bengkok?

Mempunyai masalah gigi bengkok mampu memberi kesan terhadap keyakinan diri seseorang, sama ada untuk bercakap mahupun ketika mengambil gambar, ia boleh menjadi sangat memalukan!

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui punca dan cara merawatnya.

Apakah penyebab gigi bengkok?

Tahukah anda, masalah gigi sebegini sebenarnya sudah bermula sejak anda masih bayi?

Ini adalah fakta kerana gigi bayi kadangkala mampu bergerak menjadi posisi bengkok disebabkan ruang gusi yang terlalu kecil.

Selain itu, tabiat yang berpanjangan seperti menghisap jari, juga boleh menyebabkan gigi bayi terdorong untuk keluar atau membengkok.

Namun begitu, faktor keturunan dan genetik keluarga juga boleh memainkan peranan dan menyumbang terhadap masalah gigi ini.

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi bentuk gigi seseorang individu juga termasuk:

#1 Tabiat myofunctional

hisap puting

Tabiat myofunctional adalah tingkah laku berulang yang mempengaruhi otot atau fungsi mulut serta muka. Ia merangkumi:

  • Menghisap ibu jari
  • Penggunaan pacifier atau botol
  • Kedudukan lidah
  • Pernafasan melalui mulut

#2 Maloklusi (rahang tidak selaras)

Gigi bahagian atas anda kebiasaannya lebih ke depan sedikit berbanding dengan gigi bawah.

Justeru, apabila penjajaran ini tidak berlaku, maloklusi akan terhasil.

Maloklusi akan menyebabkan overbite dan underbite. Sekiranya anda mempunyai gigitan berlebihan, gigi hadapan bahagian atas akan mula membengkok daripada gigi hadapan bahagian bawah.

Ia saling berkait, tabiat myofunctional yang lemah boleh menyebabkan maloklusi berlaku.

#3 Genetik dan keturunan

Sekiranya salah satu atau kedua ibu bapa anda mempunyai gigi yang bengkok atau senget, ada kemungkinan anda juga bakal mengalaminya.

Selain itu, anda juga mungkin mewarisi masalah maloklusi overbite atau underbite daripada mereka.

#4 Penjagaan gigi yang lemah

Sekiranya gigi anda tidak diperiksa oleh doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setahun, masalah kesihatan mulut boleh timbul seperti penyakit gusi dan rongga gigi.

Penjagaan gigi yang lemah juga boleh menyebabkan masalah gigi bengkok dan kesihatan mulut yang lain.

Potensi masalah disebabkan oleh gigi bengkok

gigi bengkok

Dalam beberapa keadaan, gigi bengkok dapat mempengaruhi kualiti hidup anda. Contohnya, gigi yang tidak sejajar mampu mempengaruhi kemampuan untuk mengunyah, menyebabkan rasa sakit setiap kali makan.

Di samping itu, keyakinan diri juga boleh merudum, sebilangan individu mungkin berasa malu tentang gigi bengkok membuatkan mereka mulai berhenti senyum atau mengelak aktiviti osial.

Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan gigi bengkok termasuk:

  • Penyakit periodontal

Ia adalah penyakit keradangan yang melibatkan tisu periodontium dan sukar dibersihkan di antara gigi yang membengkok. Ini juga boleh mengakibatkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Sekiranya tidak dirawat, penyakit gusi boleh menyebabkan periodontitis, jangkitan lebih serius yang mampu merosakkan tulang dan gigi.

  • Mengunyah dan pencernaan

Gigi bengkok juga akan mengganggu proses mengunyah yang betul, lalu menyebabkan masalah pencernaan.

  • Penghakisan yang berlebihan

Ini juga boleh menimbulkan masalah ‘haus’ pada gigi, gusi, dan otot rahang, mengakibatkan gigi retak, regangan rahang, gangguan sendi temporomandibular, dan sakit kepala yang kronik.

  • Kesukaran untuk bercakap

Sekiranya gigi anda tidak sejajar, ia mampu mempengaruhi cara anda mengartikulasikan suara, menyebabkan masalah pertuturan.

[embed-health-tool-bmi]

Apakah pilihan saya untuk meluruskan gigi?

Sekiranya anda memutuskan untuk meluruskan gigi, terdapat beberapa alternatif yang boleh dibincangkan bersama doktor gigi atau ortodontik.

Pendakap gigi adalah pilihan yang bagus bagi individu daripada pelbagai usia, dengan syarat gigi dan gusi mereka cukup kuat untuk menahannya.

Di samping itu, ia mungkin merupakan pilihan yang sangat baik untuk kanak-kanak, yang masih mempunyai gusi dan tisu tulang yang lebih lembut dan fleksibel.

Rawatan boleh berlangsung antara 2 sehingga 3 tahun bergantung pada jenis pendakap yang anda pilih dan disyorkan oleh doktor gigi.

Baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui jenis pendakap yang boleh anda pilih, serta pilihan pembedahan.

Pendakap gigi logam dilekatkan pada gigi dengan pendakap, tali, dan wayar yang fleksibel.

Selain itu, ia mungkin merupakan pilihan yang lebih baik bagi seseorang yang mempunyai masalah penyelarasan gigi yang lebih kompleks.

Ia bahkan dilengkapi dengan gelang getah pelbagai warna yang boleh dipilih mengikut minat anda!

  • Pendakap gigi yang tidak kelihatan

Invisible braces, seperti invisalign hanya boleh dipakai oleh remaja dan orang dewasa.

Penjajaran plastik ini dibuat khas mengikut saiz mulut anda dan ia dipasang pada setiap gigi seperti pelindung mulut, dan dikeluarkan serta diganti 2 kali sebulan.

Walau bagaimanapun, pilihan ini tidak digalakkan untuk membetulkan masalah penyelarasan gigi yang teruk.

Tambahan itu, pendakap ini mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk meluruskan gigi berbanding pendakap logam.

  • Pembedahan meluruskan gigi

Prosedur pembedahan untuk meluruskan gigi ialah pilihan lain yang boleh dilakukan dan merupakan cara yang bagus untuk mengurangkan komitmen masa seperti penggunaan pendakap gigi yang mengambil masa bertahun.

Pakar ortodontik mungkin mencadangkan prosedur pembedahan kecil yang terancang untuk meletakkan semula tulang dan gusi yang membantu memegang gigi di tempatnya.

Mereka mungkin juga mengesyorkan prosedur pembedahan yang lebih besar untuk meluruskan rahang anda.

Ini dipanggil pembedahan ortognatik dan ia mungkin disarankan sekiranya gigi anda mempengaruhi pertuturan atau cara anda mengunyah.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/10899-braces–retainers
  2. http://www.ada.org/~/media/ADA/Publications/Files/ADA_PatientSmart_Braces.ashx
  3. https://orthodonticsaustralia.org.au/matter-child-crooked-baby-teeth/

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Kasihan Tengok Anak Sakit Mulut Sebab Gusi Bengkak, Ibu Ketahui Punca & Rawatannya!

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan