backup og meta

Perlukah Telefon Pintar Untuk Anak?

Perlukah Telefon Pintar Untuk Anak?

Sebagai ibu bapa, kita semua akan belajar mengenai perkembangan anak-anak dengan melihat mereka membesar, bila masa sesuai melepaskan mereka, bila masanya untuk berikan permainan pertama mereka, bila waktu yang sesuai untuk hantar mereka ke sekolah atau daftarkan mereka untuk aktiviti kelab atau kelas tambahan.

Namun, apabila tiba pada persoalan, “bagaimana tentang telefon pintar pertama mereka?, adakah anak kita terlalu muda untuk memilikinya atau mereka sudah sepatutnya mendapat akses untuk kemudahan asas pada zaman moden ini?” Pasti ramai ibu bapa tertanya-tanya dan buntu untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh setiap ibu bapa sebelum membuat keputusan sama ada anak mereka bersedia mempunyai telefon pintar atau sebaliknya.

Faedah memberikan anak telefon pintar

Tiada siapa boleh menafikan manfaat telefon pintar dalam sebuah keluarga jika semua ahli keluarga memiliknya, seperti:

  1. Keselamatan dan penjagaan diri

Dengan memasang fungsi pengesan GPS pada telefon pintar anak anda, anda dapat mengetahui tentang lokasi anak anda dalam memastikan soal keselamatan mereka. Aspek ini menjadi penting sekiranya ada tinggal di kawasan yang penduduknya ramai atau anak anda perlu ke sekolah secara sendiri. Lebih penting lagi, anak anda boleh mendapatkan bantuan  kecemasan seperti hospital, bomba ataupun polis ketika dia berdepan situasi yang mengancam nyawa. Telefon pintar juga boleh menjadi penghubung buat anda dan anak jika berdepan dengan keadaan darurat atau bencana alam, dan kecemasan lain.

  1. Pendidikan

Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak untuk belajar menggunakan aplikasi pendidikan yang mempromosikan kaedah pembelajaran menarik untuk mendapatkan pengetahuan dalam pelbagai aspek.

Anak anda akan mempunyai akses yang lebih luas kepada capaian maklumat global dalam masa yang singkat dan pantas. Malah, mereka turut boleh membuat nota kajian di telefon pintar dan merakam sesi pembelajaran agar mereka boleh mendengarnya berulang kali.

  1. Kekal berhubung

Memberikan anak telefon pintar memberikan anda kemudahan untuk membuat perubahan perancangan dalam masa yang pendek atau perancangan yang bersesuaian dengan kehidupan anda.

Sebagai contoh, anda boleh memberitahu anak anda untuk membeli roti dalam perjalanan pulang dari sekolah atau memberitahu mereka bahawa anda mungkin akan sampai sedikit lewat kerana kesesakan lalu lintas.

Sekiranya anda perlu bertugas di luar kawasan, anda akan dapat mengekalkan perhubungan dengan anak melalui mesej, panggilan atau pun panggilan video.

Kelemahan dalam pemberian telefon pintar kepada anak

  1. Pertambahan kos

Ramai kanak-kanak tidak menyedari tentang kos tambahan yang mungkin timbul akibat penggunaan telefon secara kerap dan untuk tempoh masa yang lama. Sesetengah dari mereka mungkin secara tidak sengaja merosakkan telefon atau kehilangannya kerana kecuaian dan sikap tidak matang mereka.

  1. Melekakan

Memiliki telefon pintar boleh menyebabkan anak anda cenderung untuk bergantung kepada teknologi. Ini boleh mendatangkan mudarat kerana pada usia muda, anak anda sedang melalui proses pembelajaran yang aktif dan otak sedang pesat berkembang. Dengan kemudahan akses maklumat yang pantas dan serta merta ini, boleh merencatkan perkembangan kreativiti, keupayaan berfikir secara kritis dan berkemungkinan timbulnya masalah disiplin.

  1. Kesan negatif

Memiliki telefon pintar membuatkan anak anda terdedah kepada gejala buli siber, ketagihan permainan, dan kandungan negatif lain di internet.

  1. Risiko kesihatan

Pengguna kerap dan untuk tempoh yang lama telefon pintar boleh menimbulkan kesan buruk yang signifikan terhadap kesihatan fizikal dan mental anak-anak akibat radiasi.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

26/12/2018

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/12/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan