backup og meta

Tips Mengurangkan Tekanan di Tempat Kerja

Bekerja setiap hari tanpa wujudnya semangat positif untuk bekerja memungkinkan seseorang individu mempunyai pelbagai tekanan. Berasa bosan mengulangi skop kerja yang sama, tiada semangat untuk bekerja dan tekanan untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah antara perkara biasa yang dialami oleh seseorang individu di tempat kerja. Perkara-perkara ini memungkinkan seseorang untuk mengalami masalah tekanan mental yang lebih serius jika tidak ditangani dengan sebaiknya di peringkat awal. Banyak perkara-perkara mudah yang boleh dilakukan oleh anda untuk mewujudkan suasana bekerja yang lebih ceria dan tenang sekaligus mengurangkan masalah yang dialami.

1. Tips mengurangkan tekanan 1: Bercakap dengan individu lain

Ya, bercakap atau berbual dengan individu lain seperti rakan sekerja atau ahli keluarga mampu mengurangkan tekanan. Dengan cara ini, anda tidak akan berasa berseorangan dan dalam masa yang sama, anda boleh bertanya pendapat orang lain untuk menyelesaikan masalah dan membantu anda mengurangkan sebarang keraguan atau kebimbangan dalam minda. Bercakap atau berbual tidak akan menghilangkan kesemua masalah anda, tetapi membuatkan anda lebih mudah untuk mengatasi masalah kesihatan mental seperti kegelisahan dan tekanan perasaan.

2. Tips mengurangkan tekanan 2: Bersukan atau bersenam

Bersukan atau bersenam tentunya membuatkan kesihatan fizikal anda lebih baik, tetapi ia juga memberi kesan positif terhadap kesihatan mental. Malah berfikir untuk bersenam merupakan satu petanda bahawa mental anda bersedia untuk bergerak ke arah cara hidup yang lebih baik. Individu yang bersenam akan berasa bertenaga sepanjang hari dan mempunyai tidur yang berkualiti selain berfikiran positif terhadap diri mereka sendiri dan berasa lebih tenang. Kajian menunjukkan bahawa senaman mampu merawat tekanan dengan kesan yang sama jika menggunakan ubatan antidepresi tanpa kesan sampingan. Kajian juga menyatakan, dengan mengekalkan jadual aktiviti senaman, ia mampu mengelakkan tekanan daripada berulang. Bersenam dengan kerap mampu meningkatkan jumlah bahagian tertentu otak, sebahagiannya melalui bekalan darah yang lebih baik yang meningkatkan kesihatan saraf dengan meningkatkan penyerapan oksigen dan nutrien.

3. Tips mengurangkan tekanan 3: Buat sesuatu kebaikan

Ia nampak mudah, tetapi ramai yang tidak melakukannya. Anda tidak perlu memiliki wang ringgit yang banyak semata-mata untuk membuat kebaikan. Senyum kepada semua rakan-rakan, menyapa petugas keselamatan dengan ucapan “Selamat Pagi’ adalah antara contoh yang mampu mewujudkan mood positif dalam diri anda khususnya dan masyarakat sekeliling secara am. Tingkahlaku seperti ini mewujudkan ketenangan dalam diri anda sekaligus mewujudkan ketenangan minda daripada memikirkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan produktiviti di tempat kerja.

4. Tips mengurangkan tekanan 4: Psikoterapi secara online

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

19/07/2019

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bukan Sombong Tetapi Hanya Berwaspada, 5 Cara Dekati Individu Yang Introvert!

Kerja 'Overtime', Adakah Ia Perlu Semata Mahu Tunjuk Budaya Kerja Cemerlang?


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 19/07/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan