Hari Raya Aidilfitri merupakan waktu yang dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga dan saudara-mara.
Hari Raya Aidilfitri merupakan waktu yang dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga dan saudara-mara.

Namun, di sebalik kemeriahan sambutan ini, ada juga yang berdepan dengan soalan sensitif berkaitan kerjaya, perkahwinan atau anak.
Mengetahui cara mengendalikan dan mengawal situasi seperti ini penting agar sambutan Hari Raya anda tetap menjadi momen yang menggembirakan tanpa menjejaskan kesihatan mental.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Setiap tahun, sambutan Hari Raya dijangka menjadi masa yang meriah dengan kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan.
Dalam suasana ini, perbualan santai sering berlaku dan kadangkala membawa kepada soalan yang mungkin terasa sensitif.
Antara soalan ‘cliche’ yang sering muncul ketika beraya
Walaupun niatnya sekadar bertanya khabar, soalan seperti ini boleh memberi tekanan kepada sesetengah individu.
Menjelang sambutan Hari Raya, pastinya ramai yang sibuk untuk membuat persiapan seperti membeli baju raya, menyediakan juadah dan kuih raya serta merancang perjalanan pulang ke kampung.
Namun, selain persiapan fizikal, persiapan emosi dan mental juga penting supaya anda dapat menikmati Hari Raya dengan lebih tenang.
Beberapa perkara yang boleh dilakukan:
Dengan persiapan ini, anda boleh menikmati Hari Raya tanpa tekanan berlebihan sehingga boleh menjejaskan mood anda.

Hari Raya bukan sekadar tentang kepelbagaian juadah makanan dan kunjungan rumah terbuka, tetapi juga melibatkan tentang hubungan kekeluargaan dan kesejahteraan emosi.
Walau bagaimanapun, sesetengah individu mungkin berasa tertekan apabila berdepan dengan jangkaan sosial atau soalan peribadi yang acap kali menjadi topik perbualan setiap kali berjumpa.
Untuk menjaga kesejahteraan mental semasa beraya, anda boleh:
Dengan cara ini, sambutan Hari Raya anda boleh terus menjadi perayaan yang membawa kegembiraan dan ketenangan tanpa memberikan tekanan kepada emosi secara berlebihan.
Berhadapan dengan soalan sensitif daripada ahli keluarga dan sanak saudara semasa beraya sememangnya tidak dapat dielakkan.
Namun paling penting adalah cara anda mengendalikannya akan dapat membantu mengurangkan tekanan emosi kepada mental.
Beberapa pendekatan yang boleh digunakan:
Pendekatan ini membantu anda mengawal situasi tanpa menjejaskan suasana sambutan Hari Raya anda.
Menyambut Hari Raya Aidilfitri sepatutnya menjadi masa untuk bergembira bersama keluarga dan orang tersayang.
Walaupun soalan sensitif kadangkala muncul dalam perbualan, anda masih boleh mengendalikannya dengan tenang dan bijak.
Dengan menjaga keseimbangan emosi dan menetapkan sempadan yang sihat, sambutan Hari Raya anda akan dapat dinikmati dengan lebih positif dan bermakna.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Stress relievers: Tips to tame stress. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/stress-management/in-depth/stress-relievers/art-20047257. Diakses March 11, 2026.
10 stress busters. https://www.nhs.uk/mental-health/self-help/guides-tools-and-activities/tips-to-reduce-stress/. Diakses March 11, 2026.
Stress Management: Techniques and Strategies to Deal with Stress. https://www.helpguide.org/mental-health/stress/stress-management. Diakses March 11, 2026.
How to manage and reduce stress. https://www.mentalhealth.org.uk/how-manage-and-reduce-stress. Diakses March 11, 2026.
Looking after your mental health in high pressured environments. https://www.apm.org.uk/blog/looking-after-your-mental-health-in-high-pressured-environments/. Diakses March 11, 2026.
Versi Terbaru
11/03/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor