Maklumat Mengenai Kesihatan Mental di Peringkat Global

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Dianggarkan lebih 1 bilion manusia mengalami gangguan mental, perkembangan neuro atau ketagihan di seluruh dunia. Meskipun sesuatu yang kritikal terhadap kesejahteraan dan kesihatan fizikal, diagnosis dan rawatan masih kurang daripada jangkaan.

Mari kita lihat beberapa fakta mengenani kesihatan mental di peringkat global.

1. Statistik global ke atas kesihatan mental tidak diukur dan difahami dengan baik

Kelaziman atau prevalence sebenar keadaan mental di peringkat global masih tidak difahami dengan baik. Statistik daripada diagnosis semata-mata tidak akan memberikan angka yang sebenar.

Jika bergantung kepada diagnosis, ia hanya akan mencerminkan perbelanjaan penjagaan kesihatan, berbanding memberikan perspektif tentang kesihatan mental antara negara berbeza. Tambahan pula, negara maju kebiasaannya menunjukkan kes yang tinggi mungkin disebabkan oleh diagnosis yang lebih banyak.

Apa yang menjadikan ia lebih mencabar ialah spektrum kesihatan mental adalah luas. Ia boleh terkait dengan jenis kesihatan mental yang berbeza-beza seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar, gangguan pemakanan serta ketagihan dadah dan alkohol. Banyak sumber (termasuk WHO) tidak mengukur penyakit mental secara individu selain kemurungan dan ketagihan.

2. Masalah mental adalah sesuatu yang kerap: setiap 5 atau 6 orang mengalaminya

Sekitar 1 daripada 6 orang (15% – 20%) mempunyai satu atau lebih masalah mental. Di peringkat global, ini bermakna lebih 1 bilion manusia mengalaminya pada tahun 2016. Peratus yang paling besar adalah gangguan kebimbangan (anxiety) yang dianggarkan sebanyak 4% daripada penduduk dunia.

Melihat kepada laporan yang kurang dan liputan data yang lemah tentang kesihatan mental, angka yang sebenar mungkin lebih tinggi daripada yang tercatat, terutamanya di negara berpendapatan rendah.

3. Kes kesihatan mental tidak meningkat secara signifikan

Ramai yang mempunyai persepsi bahawa isu kesihatan mental semakin meningkat dalam beberapa tahun ini. Menurut data daripada Institute of Health Metrics & Evaluation (IHME), ia menunjukkan pola yang sebaliknya.

Sejak 26 tahun lalu, tiada perubahan yang signifikan dapat dilihat.

Meskipun fakta ini adalah benar bagi kebanyakan negara, peringkat umur dan masalah kesihatan tertentu, masih ada beberapa contoh di mana terdapat perubahan dalam beberapa tahun ini. Di Amerika Syarikat, contohnya, terdapat peningkatan pada kes kemurungan dalam kalangan remaja. Begitu juga dengan penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di sesetengah negara.

Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna bahawa kesihatan mental bukanlah satu masalah yang serius. Meskipun tiada perubahan yang besar, angka yang sedia ada pun menunjukkan bilangan yang besar.

4. Gangguan mental lebih kerap dalam kalangan wanita

Keadaan kesihatan ini boleh menjadi kerap dalam kalangan lelaki dan wanita. Namun, jika dilihat kepada gangguan mental tertentu, ia menunjukkan pola jantina yang konsisten. Kebanyakan keadaan kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan, bipolar, gangguan pemakanan) adalah lebih kerap dalam kalangan wanita.

Sebaliknya, lelaki menjuarai kes penyalahgunaan dadah dan alkohol di hampir semua negara di peringkat global.

5. Pendidikan dan pekerjaan berkait rapat dengan kesihatan mental

Faktor risiko bagi kesihatan mental adalah kompleks. Jarang sekali sesuatu kes boleh dikaitkan dengan satu sebab atau faktor. Ia kebiasaannya melibatkan interaksi antara faktor individu, sosial dan persekitaran.

Dalam pada itu, pendidikan dilihat mempunyai kaitan yang rapat dengan kemurungan. Pekerjaan pula bahkan mempunyai kaitan yang lebih kuat.

Secara amnya, kemurungan lebih kurang dalam kalangan mereka yang mempunyai pendidikan di peringkat tertiari (kolej atau universiti). Fakta ini konsisten di banyak negara. Sebaliknya, kes kemurungan kebiasaanya tinggi dalam kalangan mereka yang tidak menghabiskan sekolah menengah.

Beberapa kajian juga telah menunjukkan kaitan yang rapat antara tidak bekerja (atau ketidaktentuan pekerjaan) dan peningkatan risiko kemurungan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

*Artikel ini disusun daripada dan diterbitkan pertama kali di  Forum Ekonomi Dunia – ekonomi dan polisi awam mengenai kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minum Air Secukupnya & Jaga Kebersihan, Antara Langkah Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor

    Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dan hilangkan simptom kencing kotor. Antaranya adalah minum air dan jaga kebersihan diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diganggu Rasa Tak Selesa Disebabkan Kencing Kotor, Ini Langkah Yang Boleh Tanganinya!

    Jika anda kerap mengalami sakit atau masalah kencing kotor secara berulang-ulang, anda perlu tahu beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diagnosis Dan Rawatan Kencing Kotor, Pastikan Anda Bersedia Sebelum Berjumpa Doktor!

    Ada beberapa langkah yang doktor akan lakukan sebagai cara merawat kencing kotor. Rawatan selalunya akan diberikan di dalam bentuk antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca Dan Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

    Tahukah anda, kencing kotor mempunyai punca dan penyebab yang berbeza? Selalunya, punca kencing kotor ialah jangkitan bakteria E. coli.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan buah pinggang

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    Penyakit ureter  

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
    masalah kencing berdarah

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    jenis penyakit

    Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan