backup og meta

Koro: Penyakit Kemaluan Hilang Yang Berasal Daripada Bahasa Malaysia

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/07/2020

    Koro: Penyakit Kemaluan Hilang Yang Berasal Daripada Bahasa Malaysia

    Pernahkah anda bangun pada satu pagi dan sambil anda mandi, anda menyedari satu perkara yang cukup memeranjatkan – kemaluan anda telah mengecil berbanding saiz biasa! Apa yang lebih merisaukan tentang penemuan ini adalah anda khuatir ianya akan terus mengecil sehingga ianya hilang dan tidak lagi kelihatan. Akibat terlalu terkejut dan risau, anda pergi berjumpa dengan doktor untuk menceritakan masalah anda. Namun yang demikian, setelah anda menceritakan sejarah penyakit dan keadaan anda dan setelah doktor melakukan pemeriksaan dan ujian yang relevan, anda diberitahu bahawa tiada sebarang bukti berlakunya perubahan saiz mahupun sebarang kondisi yang mungkin menyebabkan berlakunya pengecilan saiz kemaluan anda.

    Masalah Delusi

    Inilah penyakit yang disebut sebagai Koro. Apa yang lebih menariknya, penyakit Koro ini mendapat nama daripada perkataan ‘Kura-kura’ dalam slanga bahasa Melayu dan secara khususnya, merujuk kepada kepala kura-kura. Apabila seseorang mengalami penyakit Koro, kemaluan mereka tidak pun mengecil, sebaliknya, mereka mengalami gangguan delusi bahawa kemaluan mereka telah dan semakin mengecil sehinggakan mereka mendapat serangan kegelisahan dan panik yang akut, walaupun pemeriksaan lanjut dari semasa ke semasa tidak menunjukkan sebarang bukti pengecilan. Keadaan ini tidak unik untuk lelaki sahaja, wanita juga boleh mengalami Koro dengan sangkaan bahawa vulva atau puting mereka yang semakin mengecil. Sesetengah daripada penghidap turut mempercayai bahawa mereka boleh mandul bahkan mati akibat daripada keadaan ini, selepas kemaluan/organ seksual mereka hilang sepenuhnya.

    Koro dalam budaya lain

    Koro adalah sejenis penyakit delusi yang khusus kepada sesetengah budaya dan telah pun wujud berkurun lamanya dalam kalangan budaya di negara-negara asia, khususnya di negara-negara Asia tenggara. Koro mula mendapat perhatian perubatan barat pada hujung abad ke 19 dan permulaan abad ke 20 melalui penemuan kes di Sulawesi. Dalam kalangan masyarakat Cina, ianya disebut sebagai Sou Yang dan asal-usul nya dapat dikenalpasti dalam antara buku perubatan tertua tamadun Cina, Huangdi Neiching, yang menyebut “Apabila yang (kemaluan lelaki) mengecut masuk ke abdomen, kematian bakal menyusul.”

    Koro juga pernah berlaku pada skala yang besar, bersamaan dengan skala epidemik di beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan bahagian selatan Cina. Namun yang demikian, wujud juga kes-kes rawak yang besar berlaku dia negara bukan Asia tenggara seperti Nepal, Sudan, Amerika, Kanada, Perancis dan juga Britain. Persoalan bagaimana penyakit mental atau delusi boleh menular pada skala yang besar adalah satu fenomena yang menarik dalam kajian penyakit mental kerana cukup jarang didengari, penyakit mental boleh menular apatah lagi mirip penyakit berjangkit pada skala epidemik.

    Teori Mirror Neuron

    Antara teori yang digunakan untuk menjelaskan bagaimana boleh berlaku wabak Koro berskala besar dalam satu komuniti atau negara adalah teori mirror neuron. Teori mirror neuron ini digunakan untuk menjelaskan bagaimana berlakunya fenomena histeria berskala besar dalam peradaban manusia. Mirror neuron, litar neuron yang terdapat di beberapa bahagian otak, yang terdapat dalam manusia dan primat adalah neuron yang diaktifkan apabila seseorang itu melakukan sesuatu perkara kemudian menyedari orang lain melakukan perkara yang sama, menyebabkan berlakunya resonans dalam aktiviti atau keadaan tersebut. Kesan resonans ini akhirnya berganda hinggalah menjadi satu histeria. Mirror neuron dikatakan sebagai satu mekanisma penting dalam kebolehan manusia untuk meniru dan mempelajari sesuatu dengan ketepatan yang menakjubkan di samping memainkan perana penting dalam assimilasi seseorang dalam kelompok sosial tertentu.

    Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan