backup og meta

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!

Semua orang mungkin sudah tahu bahawa onani itu suatu aktiviti yang kurang sihat dan boleh jadi punca masalah pada alat sulit. Persoalannya, apakah kesan melancap setiap hari terhadap otak dan mental individu pula? Teruskan baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Onani, tabiat yang hanya akan membinasakan?

Onani atau lebih popular dalam bahasa kolokial, melancap adalah perbuatan individu menggosok, mengurut atau merangsang alat kelamin mereka sehingga puas dan mengeluarkan air mani.

Meskipun tabiat ini selalu dikaitkan dengan golongan lelaki, namun kaum wanita juga tidak terkecuali terutama mereka yang masih dalam usia remaja ekoran penuh dengan perasaan ingin tahu.

Mungkin benar ada manfaat jika ia tidak selalu dilakukan atau hanya terjadi ketika perlu sahaja. Namun, tabiat buruk ini lama-kelamaan sudah pasti hanya akan membinasakan fizikal dan mental individu.

Sebagai contoh mudah, lelaki yang terlalu kerap dan kuat melancap mungkin akan meningkatkan risiko untuk mempunyai masalah pada ereksi dan ejakulasi sekali gus menjejaskan prestasi seksual.

apa itu melancap
Cara berhenti melancap.

Selain aspek fizikal, ketahuilah bahawa tabiat ini juga boleh beri kesan pada otak dan mental juga!

Benarkah tabiat melancap setiap hari ada manfaat?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, mungkin benar bahawa tabiat ini boleh bawa manfaat terhadap kesihatan individu meskipun ramai golongan pakar yang kurang bersetuju.

Ini kerana mereka mungkin lebih cenderung memberatkan kesan melancap setiap hari yang negatif selain menimbangkan faktor bahawa tabiat ini adalah amat buruk di sisi budaya dan agama.

Pun begitu, kita juga tidak boleh menafikan jika masih ada sedikit kesan onani kepada otak dan badan yang baik seperti:

  • Membantu anda tidur lebih lena
  • Membantu anda puas ketika seks
  • Membuat diri lebih relaks
  • Membuat mood lebih baik
  • Melegakan tekanan seksual

Walaupun mungkin wujud manfaatnya, namun jangan lupa pula pada mudarat.

kesan melancap setiap hari
Keburukan melancap pada lelaki.

Apakah kesan melancap setiap hari pada otak?

Ya, mungkin ramai yang sudah tahu bahawa perbuatan ini bakal beri kesan jangka masa panjang pada alat kemaluan dan fizikal tubuh badan. Namun, bagaimana pula kesan onani kepada otak?

Kesan melancap setiap hari #1. Kegelisahan

Berkontradiksi di atas tadi, mungkin ada individu yang rasa bakal lebih tenang dengan melakukan perbuatan ini namun wujud juga mereka yang akan rasa lebih gelisah. Ia tidak pernah sama bagi setiap individu.

Menurut kajian terbitan National Library of Medicine, individu yang lebih kerap onani sering rasa gelisah. Ini mungkin disebabkan rasa serba salah yang selalu menghantui diri mereka.

Dalam pada itu, mereka juga mungkin mengalami kegelisahan jika terdedah dengan perkara yang membangkitkan nafsu syahwat sekali gus menimbulkan keinginan untuk melakukan onani.

Kajian sama turut mendapati bahawa kegelisahan ini berpunca daripada ketagihan.

Kesan melancap setiap hari #2. Ketagihan

Merupakan akibat paling berbahaya tabiat beronani, individu yang agak kerap dan kuat melancap itu bakal mengalami kesukaran untuk mengurangkan atau menghentikan ketagihan tersebut.

Lebih menakutkan, ketagihan ini boleh jadi lebih teruk dari hari ke hari. Contohnya, individu yang beronani seminggu sekali mungkin akan rasa masih tidak cukup dan mula buat sekali sehari.

Akibatnya, jarak masa itu semakin lama bakal semakin kecil. Akhirnya, tidak mustahil mereka ini mengalami ketagihan melancap sehingga beberapa kali dalam sehari yang akan bawa bahaya.

Maka, cuba untuk tidak memulakan tabiat ini. Jika anda sudah terlambat, dapatkan nasihat pakar tentang cara merawat kesan onani.

kesan melancap lelaki
Tip elak dari melancap.

#3. Rasa serba salah dalam diri, antara kesan onani pada badan

Sehubungan dari 2 kesan melancap setiap hari di atas tadi, individu mungkin akan mula rasa serba salah dalam diri yang sangat tinggi kerana ini memang tabiat buruk yang perlu dihindarkan.

Bergelumang dengan perbuatan yang salah di sisi budaya dan agama, lama-kelamaan mereka akan mula rasa diri seakan tidak berguna sekali gus menyumbang kepada masalah mental yang lain.

Kesan onani pada badan #4. Hilang minat pada aktiviti seksual

Akhir sekali, individu yang telah menjadikan perbuatan onani ini sebagai rutin mungkin akan mula hilang minat pada aktiviti seksual yang sebenar. Kesannya pula adalah pada pasangan mereka.

Bayangkan jika anda selalu memuaskan diri secara solo dan sendiri, adalah sukar untuk anda mula memasukkan pasangan ke dalam aktiviti seksual sekali gus merosakkan institusi rumah tangga.

Kesimpulan

Berhenti melancap mulai hari ini juga jika anda tidak mahu kesan onani pada badan di atas ini berlaku pada anda dan pasangan!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Is Masturbation Healthy?, https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/masturbation/masturbation-healthy, Accessed Jul 5 2022.
  2. You Asked It: Is Masturbation Bad For Me?, https://www.teenhealthcare.org/blog/you-asked-it-is-masturbation-bad-for-me/, Accessed Jul 5 2022.
  3. Masturbation – Harms and Benefits, https://askawayhealth.org/masturbation-harms-and-benefits/, Accessed Jul 5 2022.
  4. Masturbation and mental health: Uses and abuses, https://psycnet.apa.org/record/1992-35974-001, Accessed Jul 5 2022.
  5. Masturbation, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/24332-masturbation, Accessed Jul 5 2022.

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Fakta Tentang Melancap Tidak Diketahui Ramai, #4 Paling Tidak Disangka!

Ada Masalah Ketagih Melancap? Baca 5 Tip Penting Ini Sebelum Terlambat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan