Ramai orang yang mempunyai trikotilomania cuba menafikan mereka mempunyai masalah ini dan cuba menyembunyikan kehilangan rambut mereka dengan memakai topi, selendang, dan bulu mata palsu.
Punca
Tiada punca jelas yang menyebabkan keadaan ini. Ia mungkin:
- Cara anda menghadapi tekanan atau kebimbangan
- Ketidakseimbangan kimia di dalam otak, sama seperti gangguan obsesif kompulsif (OCD)
- Perubahan tahap hormon semasa baligh
- Sejenis kemudaratan diri untuk mencari kelegaan dari tekanan emosi
Bagi sesetengah orang, menarik rambut boleh menjadi jenis ketagihan. Semakin menarik rambut, semakin mereka mahu terus melakukannya.
Diagnosis
Trikotilomania didiagnosis berdasarkan kehadiran tanda-tanda dan simptomnya. Tiada ujian khusus untuknya.
Doktor mungkin merujuk seseorang yang mempunyai simptom trikotilomania kepada ahli psikiatri atau pakar psikologi, yang boleh menemubual seseorang itu dan melihat sama ada mereka mungkin mempunyai gangguan kawalan impuls.
Rawatan
Kedua-dua kaedah rawatan yang telah dikaji secara saintifik dan didapati berkesan adalah terapi tingkah laku dan ubat-ubatan, yang biasanya digunakan dalam gabungan.
- Terapi. Dalam terapi tingkah laku, seseorang mempelajari kaedah berstruktur untuk mengesan simptom dan tingkah laku yang berkaitan, meningkatkan kesedaran menarik, menggantikan tingkah laku yang tidak sesuai dan beberapa teknik lain yang bertujuan membalikkan “kebiasaan” menarik.
- Ubat-ubatan. Walaupun ubat-ubatan jelas membantu sesetengah orang untuk sementara waktu, simptom mungkin akan kembali apabila ubat dihentikan kecuali terapi tingkah laku dimasukkan ke dalam rawatan. Ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan kemurungan dan simptom obsesif-kompulsif yang mungkin dialami oleh seseorang.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen