Perkara tentang OCD pertama yang perlu anda ketahui adalah masalah OCD bukan berkaitan dengan menjadi individu yang teratur atau bersih. OCD juga bukan satu perlakuan comel. Ia adalah satu masalah yang menyakitkan dan suram. Seorang individu wanita OCD mungkin obses tentang kunci.
Setiap hari, individu terbabit harus pulang ke rumahnya untuk memeriksa sama ada dia telah mengunci semua pintu, yang mengakibatkannya lambat tiba ke tempat kerja. Sekiranya dia tidak kembali untuk membuat pemeriksaan, sepanjang hari, dia akan diselubungi rasa bimbang dan takut, sehingga dia tidak mampu melaksanakan tugasan kerjanya.
Individu OCD bukan gila
OCD adalah gangguan kebimbangan, bukan psikosis. Individu dengan OCD tidak hilang dari dunia realiti. Tetapi keinginan mereka dengan pemikiran yang sukar difahami dan niat untuk mencederakan diri membuatkan individu lain di sekeliling mereka merasakan mereka gila. Individu OCD sedar tentang keinginan mereka itu adalah tidak normal, namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikannya.
OCD bukan sekadar tentang bakteria
OCD ditafsirkan dalam banyak perkara dan bentuk. Sesetengah individu mempunyai OCD berkaitan kuman, bakteria dan cecair badan. Ada individu OCD lain terjebak dengan pemikiran dan keinginan yang membahayakan diri. Terdapat juga yang perlu memastikan segalanya dalam kehidupan mereka teratur dan sempurna. Tidak kurang juga, ada individu OCD yang terjebak dengan kepercayaan tahyul.