home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Melawan 'Afternoon Slump'

Tip Melawan 'Afternoon Slump'

Afternoon slump adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan perasaan mengantuk, letih, dan lambap yang berlaku pada waktu petang, biasanya antara jam 1 dan 3 petang.

Kita semua pernah mengalaminya, mempunyai waktu pagi yang sangat produktif, memghantar semua e-mel dan memeriksa senarai tugasan. Kemudian sekitar 2 petang, kita semua keletihan. Afternoon slump adalah suatu yang pasti dihadapi oleh pekerja pejabat dan ia adalah yang paling teruk!

Dengan hanya beberapa jam sebelum kerja selesai, anda mungkin berasa menyerah secara mental. Berikut adalah beberapa perkara untuk melawan afternoon slump.

Berjalan sekeliling

Bangun dari kerusi anda dan luangkan 15 minit berjalan di sekitar pejabat dan berbual seketika. Adalah sesuatu yang baik menghabiskan masa 15 minit dengan tidak melakukan kerja atau tugasan jika 45 minit seterusnya anda menjadi super produktif. Memaksa diri untuk aktif atau seaktif yang mngkin sebenarnya boleh mencegah keletihan. Pastikan anda kekal di landasan yang betul dan jangan terlalu banyak memikirkannya.

Menyumbangkan idea

Jika otak anda sedang ditutup, sudah tiba masanya untuk anda bangun dengan memastikan otak anda juga melakukan kerja. Anda boleh membuat senarai semakan mengenai apa yang perlu anda lakukan pada hari hari tertentu di pejabat, atau tambahkan beberapa item ke senarai anda. Terdapat banyak kaedah untuk membantu anda menjejaki senarai tugasan, contohnya, cuba Evernote, Springpad, Google Docs, atau Bucketlistly.

Cuba sesuatu yang masam

“Zap” yang datang dari rasa masam pasti akan menggegarkan anda. Hanya bau yang datang dari lemon atau oren boleh membuatkan anda berasa segar dan bertenaga. Penyelidikan mengenai aromaterapi menunjukkan bahawa hanya bau aroma yang segar dapat memberi kita rangsangan mental dan rangsangan mood yang sangat diperlukan pada pertengahan petang.

Ubah postur anda

Afternoon slump sering muncul dengan kemerosotan postur. Tambahan pula, anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi duduk di meja selama lebih 8 jam sehari boleh melakukan lebih daripada membiarkan mata, jari, dan belakang anda. Ia sebenarnya boleh memisahkan tulang belakang dan menyebabkan tekanan darah tinggi. Meluruskan tulang belakang anda dengan beberapa yoga di meja juga boleh melegakan otot anda. Penyelidikan menunjukkan bahawa meluruskan postur anda boleh membantu memberi anda rangsangan tenaga dan juga meningkatkan keyakinan anda.

Dapatkan snek

Cara terbaik dan paling cepat untuk mendapatkan semula tenaga ialah makan. Dapatkan snek untuk membantu meningkatkan tahap tenaga. Cuba makan kacang atau gula-gula untuk memberi gula kepada diri sendiri. Walaupun tidak semua orang adalah peminat coklat gelap, ia mempunyai beberapa kelebihan yang unik. Coklat gelap mempunyai tahap lemak sihat dan antioksidan yang tinggi, serta serat dan magnesium. Ia juga menyediakan sedikit kafein.

Bersihkan meja

Walaupun meja yang berselerak sering menunjukkan bahawa anda bekerja keras, melihat semua timbunan boleh menghalang aliran kreatif anda. Albert Einstein pernah berkata, jika meja berselerak itu adalah tanda minda yang berserabut, maka, apa itu tanda meja kosong?. Menghapuskan perkara yang anda tidak perlukan lagi. Meja yang teratur mencipta struktur persekitaran untuk memenuhi matlamat anda dan membantu mencapai matlamat dengan lebih berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

18 Tricks to Beat the Afternoon Slump at Work. http://www.rd.com/health/wellness/13-ways-to-beat-the-afternoon-slump-at-work/. Accessed September 30, 2016.

22 Ways to Beat the Afternoon Slump. http://greatist.com/happiness/boost-energy-midday. Accessed September 30, 2016.

8 Super-Productive Ways to Beat the Afternoon Slump. https://www.themuse.com/advice/8-superproductive-ways-to-beat-the-afternoon-slump. Accessed September 30, 2016.

11 Caffeine-Free Ways To Beat Your Midday Slump. http://www.huffingtonpost.com/2014/12/15/11-ways-to-beat-that-pesk_n_6296550.html. Accessed September 30, 2016.

When To Say Yes To The Messy Desk. http://www.forbes.com/sites/davidburkus/2014/05/23/when-to-say-yes-to-the-messy-desk/#1daa3037526d. Accessed September 30, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x