Model peranan
Tanpa anda sedari, anda mungkin menjadi model peranan kepada individu di sekeliling anda – anak, keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang mengenali diri anda. Anda mungkin merasakan diri anda adalah seorang individu biasa, malah terdapat individu lain yang lebih hebat dari anda. Tetapi jika itu hakikatnya, mengapa tidak? Tidak ada salahnya. Berbanggalah kerana anda dapat membantu seseorang secara mental dan emosi.
-
Individu harapan
Sama ada ia berkaitan dengan kewangan, pekerjaan, persahabatan atau apa sahaja; individu di sekeliling anda boleh bergantung harap kepada anda dan mengetahui bahawa anda tidak akan menghampakan mereka. Anda akan cuba untuk melakukan yang terbaik kepada individu yang memerlukan bantuan dan semangat dari anda.
-
Bersemangat
Untuk apa sahaja yang anda ingin, akan atau sedang lakukan, anda akan memberikan 100% tumpuan dan dedikasi. Ia satu nilai yang dapat dilihat oleh individu sekeliling anda. Anda akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau pekerjaan dengan sebaiknya dan anda tidak takut untuk melakukan apa sahaja untuk dapat menyelesaikannya.
-
Bantuan
Menjadi kuat dan berdikari tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan bantuan atau pertolongan. Tetapi ia bermakna anda tahu waktu yang sesuai untuk meminta bantuan. Kuat tidak bermaksud segala bebanan harus anda pikul sendirian; sebaliknya, ia bermaksud anda tahu bila anda perlu meminta bantuan dan tidak malu untuk mendapatkan pertolongan. Seorang wanita yang kuat tidak akan menjadi kuat tanpa bantuan dan pertolongan wanita kuat yang lain.
-
Menjaga diri
Anda sentiasa mendahulukan individu di sekeliling anda; keluarga, rakan dan mereka yang memerlukan anda. Namun, dalam masa yang sama, anda masih tahu untuk menjaga serta menyayangi diri dan tidak mengabaikan penjagaan diri kerana anda menyedari jika anda tidak kuat dan tidak dapat menjaga diri anda, bagaimana anda ingin menjaga individu di sekeliling anda.
-
Jujur
Anda tahu apa yang anda inginkan, anda miliki pendapat tersendiri dan anda yakin apa yang anda rasai – anda luahkannya secara jujur dan tidak takut untuk berkongsi tentangnya dengan individu di sekeliling anda.
-
Sendiri
Anda mempunyai rakan dan keluarga, serta anda gemar meluangkan masa bersama mereka. Namun, dalam masa yang sama, anda tidak takut seandainya anda perlu bersendirian. Anda percaya bersendirian dapat memberikan anda ruang untuk menilai diri dan memberikan ketenangan kepada diri sendiri.
-
Bermatlamat
Anda tahu apa yang anda ingin capai, anda meletakkan matlamat dan anda berusaha mencapainya. Ia tidak kira sama ada dalam tugasan kerja atau berkaitan dengan matlamat kehidupan. Anda akan berusaha untuk mencapainya.
-
Menerima
Tiada individu yang sempurna dan tiada individu yang boleh lari dari tidak melakukan kesilapan. Anda boleh menerima kritikan, walaupun ada masanya kritikan yang diterima mungkin membuatkan anda merasa tidak selesa dan tidak yakin pada diri, tetapi anda cuba untuk menerimanya dari sudut yang positif dan menjadikan kritikan itu sebagai dorongan untuk menjadikan anda lebih kuat.
Anda mengetahui dan menyedari anda adalah wanita yang kuat dan mampu berdikari untuk diri anda sendiri tanpa perlu sesiapa untuk memberitahu anda tentang perkara itu. Anda kenal diri anda, anda yakin pada diri anda, dan anda tahu nilai diri anda. Itu sudah membuktikan bahawa anda adalah wanita kuat dan berdikari, berbanggalah dengan diri sendiri.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen