backup og meta

Schizophrenia Dapat Dianggar Melalui Rambut Manusia

Schizophrenia Dapat Dianggar Melalui Rambut Manusia

Anda pasti pernah mendengar kisah-kisah mengenai individu yang mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan sesuatu atau perkara tertentu. Dalam dunia psikologi, ia digelar sebagai schizophrenia. 

Schizophrenia dicirikan melalui simptom-simptom termasuklah halusinasi seperti dakwaan mendengar suara tertentu, khayalan atau delusi. Ia juga termasuklah pemikiran yang tidak teratur selain tidak mempunyai pelbagai emosi seperti kebanyakan individu lain. Jika dahulu, schizophrenia mungkin tidak dapat dijangka, tetapi kini ia boleh diramal melalui penemuan baharu. Apakah penemuan tersebut?

Schizophrenia dan kehadiran hidrogen sulfida

Saintis mendakwa bahawa mereka telah menjumpai penanda bio atau biomarker untuk schizophrenia yang boleh dikesan melalui helaian rambut manusia. Melalui kajian tersebut, para saintis telah menjumpai hidrogen sulfida – sejenis gas dan molekul isyarat, di dalam otak manusia dan juga tikus makmal yang mempunyai simptom gangguan mental. Kehadiran gas tersebut telah berfungsi sebagai penanda bio untuk keadaan mental tersebut. 

Pasukan pengkaji melihat kepada post mortem otak penghidap schizophrenia setelah membuat penilaian terhadap tikus makmal. Ini bertujuan untuk melihat sekiranya keadaan yang ditemui pada tikus tersebut adalah sama atau tidak kepada manusia. Mereka mendapati, ekspresi enzim tertentu berada pada tahap yang lebih tinggi dalam kalangan individu yang memiliki simptom schizophrenia yang lebih teruk, berbanding otak mereka yang tidak memiliki schizophrenia. 

Penanda bio schizophrenia pada rambut manusia

Kajian tersebut juga telah membuat kajian ke atas folikel rambut daripada 149 individu yang memiliki schizophrenia, dan membandingkannya dengan folikel rambut daripada 166 individu yang tidak memiliki schizophrenia. Mereka mendapati, terdapat enzim tertentu yang menyebabkan peningkatan hidrogen sulfida dalam kalangan mereka yang mempunyai schizophrenia. Saintis berpendapat, tahap hidrogen sulfida yang tinggi ini akan menyebabkan perubahan kepada DNA individu, sekaligus menjadikannya berlarutan sehinggalah ke usia dewasa. 

Populasi penghidap schizophrenia

Terdapat lebih kurang 1% daripada keseluruhan penduduk dunia yang mempunyai schizophrenia ini. Schizophrenia biasanya berkembang ketika usia lewat remaja sehinggalah awal 30an. Pada masa kini, seseorang individu didiagnosis dan disahkan mempunyai schizophrenia hanya setelah dinilai oleh pakar kesihatan mental. Terdapat dua faktor yang menyebabkan perkembangan schizophrenia iaitu faktor genetik dan faktor persekitaran.

Sepertimana gangguan atau penyakit mental yang lain, ia juga perlu mendapat layanan dan rawatan yang sewajarnya. Antara kaedah rawatan psikologi bagi merawat schizophrenia termasuklah terapi tingkah laku kognitif (CBT), psikoterapi, dan psikoterapi keluarga. Jika anda mendapati individu yang berada di sekeliling anda berkelakuan sepertimana simptom-simptom schizophrenia, dapatkan nasihat dan pandangan sewajarnya daripada pakar-pakar psikologi. Bantuan awal semestinya dapat mengelakkan keadaan yang berlaku daripada berlanjutan menjadi lebih teruk.

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.newsweek.com/sign-schizophrenia-detected-human-hair-scientists-1468137

Versi Terbaru

23/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pesakit Kronik Perlu Ada Motivasi Hidup, Minda Positif- Pakar Kongsi Tip Cekal Uruskan Kanser

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan