Faktor-faktor risiko masalah anak gagap termasuklah:
- Mempunyai sedara yang mempunyai gangguan pertuturan: Gagap boleh diwarisi dari keluarga.
- Pembentukan zaman kanak-kanak yang lewat: Kanak-kanak yang mempunyai pembentukan lewat atau masalah pertuturan lain boleh menjadi gagap.
- Menjadi lelaki: Lelaki lebih cenderung untuk gagap berbanding wanita.
- Stres: Stres dalam keluarga, harapan tinggi ibu bapa atau jenis tekanan lain boleh membuat gagap menjadi lebih teruk.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana gangguan pertuturan didiagnosis?

Pakar patologi pertuturan dan bahasa boleh mendiagnosis gagap dengan membuat kanak-kanak membaca dengan kuat. Pakar patologi boleh merakam kanak-kanak bercakap atau memeriksa corak pertuturan dalam pelbagai cara. Anak anda juga mungkin memerlukan pemeriksaan fizikal dan ujian-ujian lain untuk mengeluarkan masalah-masalah kesihatan lain yang menjejaskan pembentukan pertuturan, seperti masalah pendengaran.
Jika anda merupakan orang dewasa yang baru mula untuk gagap, jumpa doktor anda. Gagap bermula bagi seorang dewasa selalunya dikaitkan dengan kecederaan, masalah kesihatan, atau trauma emosi yang teruk. Untuk mendiagnosis masalah, doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal, bertanyakan soalan-soalan, dan melihat dan mendengar apa yang anda cakap.
Bagaimana gagap dirawat?
Rawatan untuk gagap selalunya termasuk kaunseling untuk ibu bapa dan terapi untuk anak. Matlamat utama rawatan adalah untuk membantu anak anda belajar untuk bercakap sebaik mungkin.
Oleh kerana sebab yang membezakan masalah-masalah dan keperluan-keperluan individu, satu cara atau kombinasi antara cara-cara boleh membantu satu individu yang mungkin tidak efektif untuk individu lain. Beberapa contoh cara-cara rawatan – tidak merujuk kepada urutan tahap efektif – termasuk:
- Kefasihan terkawal: Jenis terapi pertuturan ini mengajar anda untuk memperlahankan pertuturan anda dan mempelajari untuk tahu bila anda gagap. Anda boleh berja dengan sangat perlahan dan terancang apabila memulakan jenis terapi pertuturan ini, tetapi selepas itu, anda boleh melakukan corak pertuturan yang lebih semula jadi.
- Alat-alat elektronik: Beberapa alat-alat elektronik yang tersedia. Maklum balas pendengaran yang lewat memerlukan anda untuk memperlahankan pertuturan anda atau pertuturan akan bunyi seperti terganggu melalui mesin. Cara lain adalah mimik suara anda supaya ia bunyi seperti anda bercakap serentak dengan orang lain. Alat-alak elektronik kecik lain juga dipakai semasa aktiviti harian.
- Terapi perilaku kognitif: Jenis kaunseling psikologi ini boleh membantu anda untuk mengenalpasti dan mengubah cara-cara pemikiran yang boleh menyebabkan gagap menjadi lebih teruk. Ia juga boleh membantu anda menyelesaikan stres, kerisauan atau masaah keyakinan diri berkenaan gagap.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen