backup og meta

Ini 5 Mitos PALING POPULAR Mengenai Serangan Panik, Rupanya Ia Tidak Seperti Yang Disangka

Ini 5 Mitos PALING POPULAR Mengenai Serangan Panik, Rupanya Ia Tidak Seperti Yang Disangka

Serangan panik sering dianggap sebagai sebahagian daripada gangguan keresahan. Namun, sekiranya anda mengetahui ciri-ciri serangan panik yang sebenar, ia ternyata lebih daripada itu.

Ini perbezaan antara fakta dan juga mitos mengenai serangan ini. 

Apakah serangan panik?

Serangan panik dapat digambarkan sebagai satu perasaan ketakutan yang kuat atau kegelisahan yang melampau yang timbul secara tiba-tiba.

Biasanya, perasaan ketakutan ini berlaku tanpa sebarang tanda amaran. Serangan yang berlaku juga biasanya bersifat lebih besar dan melampau berbanding punca penyebab serangan itu.

Serangan ini adalah salah satu daripada simptom yang paling biasa dengan diagnosis gangguan panik. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dengan sebab gangguan emosi serta keadaan perubatan lain.

Serangan ini juga boleh berlaku sebagai tindak balas terhadap peristiwa tertentu atau situasi yang tertekan.

Fakta dan mitos berkenaan serangan panik

Berikut merupakan antara beberapa jenis mitos yang sering disalah anggap mengenai serangan ini. Kami juga menyertakan penerangan fakta bagi setiap mitos yang berlaku tersebut. 

Mitos 1: Hanya mereka yang alami gangguan panik dapat serangan ini

ciri-ciri serangan panik

Fakta ciri-ciri serangan ini yang sebenar: Walaupun serangan panik adalah antara simptom utama bagi gangguan panik, tidak semestinya hanya mereka yang mempunyai gangguan panik akan alami serangan ini.

Serangan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh gangguan kesihatan fizikal dan mental yang lain.

Antara gangguan lain yang juga boleh mencetuskan serangan ini adalah seperti gangguan bipolar, kemurungan, gangguan pemakanan, gangguan kompulsif obsesif (OCD) dan gangguan tidur.

Malah, mereka yang tidak mempunyai sebarang gangguan mental juga boleh mengalami serangan ini.

Mitos 2: “Anda hanya memberikan reaksi berlebihan disebabkan stres, bukannya alami serangan panik”

Fakta ciri-ciri serangan ini: Mereka yang alami serangan ini bukan memberikan reaksi yang berlebihan terhadap apa yang berlaku kepada mereka.

Perlu diketahui bahawa serangan ini boleh berlaku tanpa sebarang tanda atau amaran awal. Oleh itu, apabila serangan ini berlaku, seseorang individu tidak berkemampuan untuk mengawalnya.

Ia bukanlah satu reaksi berlebihan seperti yang diperkatakan. Mereka mungkin boleh menguruskan simptom yang dialami, tetapi mereka masih tidak boleh mengawal serangan tersebut daripada berlaku.

Mereka yang mengalami serangan ini akan dapat beberapa simptom seperti berikut:

  • Degupan jantung yang laju
  • Sakit pada dada
  • Rasa seperti tercekik atau sesak nafas
  • Berpeluh secara berlebih-lebihan 
  • Menggeletar
  • Berasa loya
  • Sakit-sakit pada badan
  • Risau tidak dapat mengawal diri

Mitos 3: Serangan panik boleh buatkan seseorang jadi hilang akal

Fakta ciri-ciri serangan panik: Walaupun serangan ini biasa disebabkan oleh keadaan gangguan mental, namun ia tidak akan membuatkan seseorang itu hilang akal atau menjadi tidak waras.

Apabila serangan ini berlaku, ia biasa membuatkan seseorang itu hilang kawalan ke atas dirinya sendiri. Namun, ia bukanlah tanda bahawa seseorang itu akan menjadi gila.

Biasanya, serangan ini akan mencapai kemuncaknya dalam tempoh 10 minit selepas ia mula berlaku. Namun, ia akan kembali reda secara perlahan-lahan. 

Mitos 4: Ia hanya berlaku ketika anda dalam keadaan sedar

serangan panik

Fakta ciri-ciri serangan ini: Tidak dinafikan, serangan ini kerap atau biasa berlaku ketika kita dalam keadaan sedar atau terjaga. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh berlaku dalam keadaan sebaliknya.

Ia juga boleh berlaku ketika seseorang itu sedang tidur. Apabila serangan ini berlaku semasa anda sedang tidur, ia boleh menyebabkan anda terjaga dan membuatkan anda berasa takut secara tiba-tiba.

Anda mungkin berasa bahawa anda baru sahaja mengalami mimpi buruk dan agak sukar untuk tidur kembali. 

Mitos 5: Serangan ini boleh sebabkan kematian

Fakta ciri-ciri serangan ini: Ada kes di mana mereka yang mengalami serangan ini buat kali pertama menyangka bahawa mereka mengalami serangan jantung.

Ini kerana ada beberapa ciri serangan ini yang turut menyerupai serangan jantung seperti peningkatan degupan jantung, sakit pada dada, berpeluh secara berlebihan serta sesak nafas.

Namun, apabila anda mengalami serangan ini, simptom yang dialami seperti ini tidak mengancam nyawa. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

Kesimpulan

Serangan ini adalah sebahagian daripada simptom gangguan panik dan gangguan keresahan. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh berlaku disebabkan oleh gangguan lain.

Ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran. Oleh itu, ia mungkin disalah anggap sebagai gangguan lain seperti serangan jantung. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.nimh.nih.gov/health/topics/anxiety-disorders/index.shtml

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/panic-attacks/diagnosis-treatment/drc-20376027

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/panic-attacks/symptoms-causes/syc-20376021

Versi Terbaru

08/02/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Apakah Penyebabnya Serangan Panik?

Serangan Panik


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/02/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan