backup og meta

Jenis-jenis Fobia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sedang Alaminya!

Jenis-jenis Fobia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sedang Alaminya!

Fobia adalah sejenis gangguan cemas di mana anda berasa takut tanpa sebab yang rasional yang amat sangat pada sesuatu yang tidak wujud atau tidak berbahaya. Anda tahu bahawa ketakutan itu tidak perlu, tetapi usaha untuk mengelakkannya membuatkan anda diburu rasa cemas. Mari kita kenali jenis-jenis fobia yang umum.

Mengenai fobia

jenis fobia

Normal untuk berasa takut akan sesuatu seperti ular atau air. Akan tetapi, jika ketakutan ini keterlaluan, kadangkala membuatkan anda tertekan. Itu adalah fobia. Kebanyakan fobia bermula sejak awal kanak-kanak ketika anda berasa takut akan tikus, serangga, sekolah, doktor gigi, air, ular, orang ramai, atau bersendirian. Anda jarang rasa takut akan sesuatu objek itu sendiri tapi anda mungkin takut apa yang mampu objek itu lakukan dan kesan tindakan tersebut kepada anda.

Jika fobia-fobia ini tidak dirawat dengan betul, mereka boleh menyebabkan kemurungan, penyakit mental yang lain atau menjejaskan tahap kesihatan fizikal. Ia juga mampu mengganggu urusan seharian seperti bekerja dan tidur.

Jenis-jenis fobia

jenis fobia

Acrofobia:Takut akan ketinggian. Anda berasa gayat bila berada di tempat tinggi. Bila anda di tempat yang tinggi, anda berpeluh, sukar bernafas, dan degupan jantung anda berdegup lebih pantas daripada  biasa.

Agorafobia: Takut untuk berada di tempat awam. Anda berasa takut dengan orang ramai. Anda merasakan mereka terlalu bising dan menyebabkan anda tidak senang dan takut.

Klaustrofobia: Takut untuk berada di tempat tertutup seperti lif, almari atau kereta.

Fobia dengan haiwan: Takut akan haiwan seperti anjing, kucing, tikus, ular, serangga. Ini adalah fobia yang biasa. Ramai individu yang mengalami ketakutan ini sejak kecil lagi.

Fobia tentang alam semulajadi: Takut akan perkara alam semulajadi seperti banjir, air, ribut dan kilat.

Fobia untuk disuntik darah: Takut untuk melihat darah atau jarum. Fobia ini mungkin disebabkan suntikan vaksin atau sebarang insiden yang pernah berlaku pada masa yang lalu.

Fobia-fobia lain: Takut akan kapal terbang terhempas, takut akan bangunan, takut akan pekerjaan, takut akan sekolah.

Anda boleh berasa takut akan mengenai apa sahaja dalam hidup anda, dari sekecil serangga sehingga sebesar kapal terbang. Oleh itu, anda mungkin mempunyai fobia-fobia dalam hidup anda, terutama benda yang membuatkan anda berasa takut sewaktu kecil. Akan tetapi, fobia yang tidak dirawat boleh menyebabkan kemurungan yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Specific Phobias. http://www.webmd.com/anxiety-panic/specific-phobias. Accessed December 2, 2016.

Understanding Phobias — the Basics. http://www.webmd.com/anxiety-panic/understanding-phobias-basics. Accessed December 2, 2016.

Phobias. https://medlineplus.gov/phobias.html. Accessed December 2, 2016.

Versi Terbaru

17/09/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Fobia Bluetick: Fenomena Dunia Digital Yang Mengundang Kegelisahan

Anak Takut Gelap, Raksasa@Hantu? Ketahui Fobia Lazim Bayi, Kanak-kanak & Remaja


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/09/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan