backup og meta

Bagaimana Mengendalikan OCD

Bagaimana Mengendalikan OCD

Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD), sejenis gangguan kegelisahan yang bercirikan rasa obsesi pada pemikiran (obsessions) dan perilaku (compulsions) yang mengganggu  – cara yang membantu mengendalikan OCD. Rawatan untuk OCD biasanya ubatan, psikoterapi atau keduanya.

Terdapat beberapa kaedah untuk membantu diri yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk membantu mengatasi OCD. berikut adalah beberapa petua berguna:

Kenali OCD

Mengakui bahawa OCD adalah sejenis gangguan kegelisahan merupakan langkah pertama untuk memahami cara mengatasinya. Kajian menunjukkan lebih 2% populasi individu dewasa yang menderita OCD pada satu tahap kehidupan mereka. Simptom biasanya muncul pada sekitar usia 19 tahun, menjejaskan kehidupan seharian dalam pelbagai cara.

Memahami kegelisahan

Fikirkan situasi yang menyebabkan anda gelisah. Kebiasaannya, anda mengetahui apa yang anda takutkan adalah sesuatu yang realistik tetapi rasa tidak berdaya untuk menghentikannya apabila munculnya gangguan kegelisahan. Catatkan pemikiran yang mencemaskan dan hadapinya satu per satu, tidak kira sama ada ia realistik atau tidak, mungkin dapat membantu. Pastikan anda turut mencatatkan apa yang berlaku sebelum wujudnya pemikiran cemas itu supaya anda dapat mengenal pasti pencetus rasa kegelisahan.

Cabar rasa ketakutan anda

Fikirkan tentang ketakutan yang anda hadapi dan tanya diri anda sama ada ia sesuatu yang realistik atau anda celaru tentang fakta dan pemikiran. Tambahan lagi, anda patut mempertimbangkan sama ada pemikiran anda tepat, apakah kesan negatif terhadap permikiran sebegini. Dengan mencabar rasa takut anda, anda membuka diri anda untuk mendapatkan strategi pemikiran baru.

Terima OCD mengganggu kehidupan anda

Menerima sentiasa merupakan langkah pertama untuk mengatasi kegelisahan anda.

Simpan jurnal

Catatkan segala pemikiran yang tidak anda ingin dan mengganggu diri yang membuatkan anda cemas dan perhatikan ritual atau perilaku yang anda lakukan untuk melawan pemikiran ini.

Perlahan-lahan, kurangkan tingkah laku kompulsif

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda perlu memeriksa sama ada mesin basuh sudah dimatikan sebanyak 10 kali, cuba untuk jadikan ia kepada 8 kali, kemudian, kurangkan kepada 6, 4, 2 kali sehingga anda dapat dengan hanya memeriksa sekali sahaja. Jika anda masih bergelut dengan OCD, berbincang dengan pakar perubatan tentang rawatan lain dan dapatkan temu janji dengan pakar psikologi untuk mendapatkan strategi bantuan untuk anda menghadapi situasi unik anda.

Lengahkan ritual anda

Jika anda perlu melakukan ritual dengan segera, sebagai contoh, jika anda tersentuh sesuatu, anda harus membasuh tangan dengan segera; cuba untuk melengahkannya kepada 1 minit, 3 minit, 5 minit dan seterusnya. Cuba untuk terus melengahkannya antara insiden dan ritual sehingga anda selesa untuk tidak melakukan perilaku.

Individu yang mengalami fikiran yang obsesif dan tingkah laku kompulsif mungkin merasa tidak selesa dengan kehidupan seharian mereka. Tidak kira apa yang anda lakukan, anda sukar menghindarinya. Tetapi pelbagai rawatan dan bantuan sentiasa tersedia. Dengan rawatan dan strategi bantuan diri, anda mungkin dapat bebas dari simptom OCD dan mengawal kembali kehidupan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Obsessive-compulsive Disorder. http://www.webmd.com/mental-health/tc/obsessive-compulsive-disorder-ocd-topic-overview. Accessed January 1, 2017.

Obsessive-compulsive Disorder. http://www.helpguide.org/articles/anxiety/obssessive-compulsive-disorder-ocd.htm. Accessed January 1, 2017.

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan