4. Mengira

Sesetengah orang dengan OCD melakukan tugas mengikut corak angka tertentu atau menghitung kepada diri sendiri seperti yang mereka lakukan setiap hari (seperti menaiki tangga atau memberihkan). Tingkah laku ini boleh didorong oleh fikiran tahyul. Sebagai contoh, kepercayaan bahawa nombor tujuh adalah nombor baik sehingga berasa mereka akan menyakiti diri mereka atau orang lain jika mereka tidak mengambil tujuh langkah pada satu masa.
Bila patut dapatkan bantuan: Semuanya bergantung sama ada tingkah laku tersebut masuk akal atau tidak dalam hidup anda. Mengira boleh menjadi rutin yang baik ketika anda berjalan ke kereta atau naik tangga ke pejabat anda. Jika tidak mengganggu diri anda atau orang lain, tiada masalah. Tetapi jika anda tidak dapat mengeluarkan nombor daripada fikiran anda, anda memerlukan pemerhatian lanjut doktor.
5. Penyusunan

Orang dengan OCD boleh melakukan penyusunan ke tahap kesempurnaan. Ia perlu kelihatan tepat, simetrikal, dengan bilangan benda yang tepat. Kesanggupan ini sering didorong oleh obsesi mengenai keteraturan dan simetri.
Bila patut dapatkan bantuan: OCD dinilai apabila kekemasan dan keteraturan tersebut bukan lagi sesuatu yang anda sukakan, tetapi satu ‘keperluan’. Mereka yang gemar mengemas dan menyusun barang berbeza berbanding pesakit OCD yang mungkin tidak mahu mengemas tetapi merasakannya sebagai satu keperluan untuk meredakan rasa cemas mereka.
6. Takut ditimpa musibah

Semua orang sekali-sekala mempunyai pemikiran tentang kemungkinan ditimpa kemalangan atau keganasan. Kajian menunjukkan semakin anda cuba untuk mengelakkan pemikiran seperti ini, semakin ia memasuki fikiran anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai OCD. Mereka mungkin berusaha keras menekan pemikiran ini, atau mereka mungkin bertindak balas dengan berlebihan kepada perasaan ini kerana merasakannya tidak wajar.
Bila patut dapatkan bantuan: Adalah penting untuk mengetahui bahawa kita semua mempunyai pemikiran sebegini sekali-sekala. Tetapi ia boleh menjadi tanda OCD jika memikirkan anda mungkin dirompak menyebabkan anda mengelakkan kawasan yang sebenarnya selamat, atau jika kebimbangan terhadap keselamatan ibu anda mendorong anda untuk menelefonnya beberapa kali sehari.
7. Pemikiran seksual yang tidak dikehendaki

Seperti pemikiran tentang keganasan, pemikiran yang tidak diingini tentang tingkah laku seksual yang tidak patut atau diluar tabii sering berlaku dalam OCD. Pesakit mungkin bayangkan seketika bahawa mereka akan meraba rakan sekerja mereka atau mencabul anak kecil, atau tertanya-tanya jika mereka mempunyai kecenderungan kepada sesama jantina atau jantina berlawanan.
Bila patut dapatkan bantuan: Kebanyakan orang mampu menghentikan fikiran sebegini dengan meyakinkan diri mereka bahawa mereka tidak pernah berniat berbuat sedemikian dan fikiran tersebut bukanlah menggambarkan keperibadian sebenar mereka. Tetapi seseorang yang mengalami OCD akan berfikir, ‘Fikiran ini sangat mengerikan, tiada siapa yang mempunyainya, adakah ini menggambarkan diri saya yang sebenar?’ Menukar tingkah laku anda akibat daripada pemikiran ini seperti menghindari rakan anda yang homoseksual atau rakan sekerja yang pernah anda fikirkan secara seksual, adalah tanda OCD.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen