backup og meta

Pikat Hati Isteri, Ini 7 Cara Terbaik Suami Boleh Lakukan

Pikat Hati Isteri, Ini 7 Cara Terbaik Suami Boleh Lakukan

Kehidupan berumah tangga banyak cabarannya. Kunci kepada kekuatan pertalian suami isteri terletak kepada keintiman emosi di antara satu sama lain.

Tanpanya, sebuah institusi rumah tangga sukar untuk dipertahankan. Keintiman emosi bukanlah komponen yang mudah untuk dikekalkan.

Ia memerlukan persefahaman, kerjasama dan keinginan untuk belajar daripada kesilapan demi kebaikan pasangan.

Namun, tidak dapat dinafikan, kadangkala kita berasa letih dengan kerenah pasangan. Ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan keintiman tersebut hilang sedikit demi sedikit.

Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjurus kepada hilangnya rasa sayang dan berupaya untuk menjadi punca kepada putusnya hubungan suami isteri.

Artikel ini akan memberikan 7 tip kepada sang suami untuk tingkatkan keintiman emosi bersama dengan isteri tercinta. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

1. Akui masalah hubungan intim dengan pasangan

hubungan intim

Perkara pertama yang perlu anda fahami adalah hubungan intim di antara suami dan isteri merupakan tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga.

Jika anda mengalami masalah berkaitan dengan keintiman di antara anda dan sang isteri, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memperakui masalah tersebut.

Banyak pasangan yang cuba menafikannya walaupun rumah tangga mereka suram tanpa keintiman emosi dan fizikal di antara suami dan isteri.

Hakikatnya, jika anda tidak mahu menerima kenyataan, anda tidak akan terdetik untuk mencari jalan penyelesaian.

2. Kurangkan penggunaan alat elektronik untuk tingkatkan keintiman emosi

Keintiman emosi bergantung kepada kualiti interaksi manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa peralatan elektronik boleh menjadi penghalang kepada hubungan intim di antara suami isteri

Membalas emel kerja, menggunakan media sosial dan melayan video di saluran YouTube boleh menjadi tabiat buruk yang menyukarkan kita untuk berkomunikasi dengan individu lain. 

Keintiman emosi bergantung kepada keinginan anda untuk terus mengambil berat tentang pasangan anda. Kadangkala, mereka memerlukan pendengar yang setia selepas melalui hari yang memenatkan. 

Penggunaan alat elektronik sewaktu interaksi tersebut boleh memutuskan ikatan emosi. Jika anda ingin mengekalkan kehangatan rumah tangga seperti yang pernah anda lalui dahulu sewaktu mula-mula kenal, letakkan telefon pintar anda jauh-jauh. Berikan sepenuh masa anda kepadanya.

3. Hormat waktu peribadi pasangan

Suami isteri memang akan sentiasa berkepit ke sana ke mari. Namun, ini tidak bermakna anda tidak boleh ada masa peribadi. Sebagai individu yang mengambil berat akan kebajikan pasangan anda, hormatilah waktu peribadi (waktu bersendirian) mereka.

Setiap individu mempunyai minat, hobi dan kehidupan sosial masing-masing. Apabila dua insan bersetuju untuk hidup bersama (kahwin), perlu ada konsep toleransi di antara mereka. Berdua-duaan setiap masa boleh menjejaskan keintiman emosi dan kepercayaan dalam jangka masa panjang. 

Hormatilah masa peribadi isteri anda, nescaya, anda berdua akan lebih intim di masa yang mendatang.

4. Luangkan lebih masa bersama dengan isteri anda

hubungan intim

Bukan senang nak cari masa untuk berdua tambahan lagi jika ada anak. Tanggungjawab yang bertambah sebagai seorang suami berserta dengan badan yang letih lesu setelah pulang daripada kerja membuatkan idea untuk meluangkan masa dengan isteri seakan-akan mustahil.

Namun, anda tidak perlu mengorbankan masa kerja untuk bersama dengan si isteri. Jangan pula ada yang ponteng kerja ya! Luangkan masa selama 30 minit setelah anak masuk tidur. Berbual dan tolong isteri anda buat kerja rumah jika ada.

Anda boleh membawa isteri anda bersiar-siar, keluar memandu berdua pada waktu malam atau minum kopi pada hari minggu. Perkara sebegini yang boleh meningkatkan keintiman emosi di antara anda dan isteri.

5. Kembalikan kehangatan berasmara dalam hubungan intim

Pada saat awal perkahwinan, semuanya nampak indah. Hormon oksitosin yang dirembeskan oleh otak membuatkan anda dan pasangan berasa gembira (euphoria) dan teruja dengan sentuhan fizikal. Namun, seperti dadah, kesannya juga akan pudar dimakan masa.

Jadi bagaimana cara untuk anda mengembalikan kehangatan asmara? Pakar Terapi Seks Dr Micheal Stysma menyarankan pasangan suami isteri untuk meningkatkan kepanjangan masa melakukan foreplay sebelum hubungan seks. 

Bukan mudah nak kekalkan kehangatan selepas bertahun lamanya anda bersama. Kesannya, kebanyakan pasangan tidak melakukan hubungan seks secara kerap dan jarang menyentuh antara satu sama lain. Perkara ini boleh menjejaskan keintiman emosi pasangan tersebut.

6. Sediakan tempat yang selamat untuk isteri

Sebagai suami, anda bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang selamat untuk si isteri. Jika objektif itu tercapai, tidak sukar untuk anda mendapatkan keintiman emosi bersama dengan pasangan anda.

Walau bagaimanapun, pada situasi masa kini, ramai isteri yang tidak mendapat layanan baik daripada suami. Mereka berasa dihina, dikhianati, tidak disayangi dan mula berkelakuan buruk hingga boleh mempengaruhi keteguhan rumah tangga. 

7. Dapatkan pertolongan pakar

suami isteri

Jika tiada jalan penyelesaian yang berkesan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan pakar. Kaunselor dan pakar terapi hubungan mempunyai kepakaran untuk membantu pasangan mengenal pasti punca dan masalah kepada persengketaan atau hilang keintiman emosi di antara dua individu.

Konklusi

Keintiman emosi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan rumah tangga pasangan suami isteri. Persengketaan di antara keduanya merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan sikap toleransi antara satu sama lain.

Namun, jika anda menghadapi masalah, pastikan anda mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pakar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Proven Ways You Can Increase Intimacy. (https://www.psychologytoday.com/us/blog/creating-in-flow/201602/10-proven-ways-you-can-increase-intimacy). Diakses pada 24 Februari 2020.
  2. 10 Ways to Rekindle the Passion in Your Marriage. (https://www.gottman.com/blog/10-ways-rekindle-passion-marriage/). Diakses pada 24 Februari 2020.
  3. 11 Ways to Increase Intimacy When Sex Decreases. (https://goodmenproject.com/featured-content/sex-decreases-increase-intimacy-hlg/). Diakses pada 24 Februari 2020.

Versi Terbaru

02/07/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 02/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan