home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Menjadi Positif dan Menginspirasikan Positif

Tip Menjadi Positif dan Menginspirasikan Positif

Berfikiran secara pesimis secara berterusan kebiasaannya mewujudkan satu habit yang tidak sihat dalam minda seseorang individu. Perubahan pada otak berlaku berdasarkan pemikiran, tingkah laku dan emosi, pemikiran negatif boleh meresap ke dalam otak. Dengan mengetahui bagaimana untuk mengubah pola pemikiran secara sedar, kita boleh mengurangkan kegelisahan, kemurungan dan melatih otak untuk menjadi positif dan menginspirasikan positif kepada individu sekeliling kita.

Berikut adalah beberapa tip dan kaedah yang boleh anda lakukan dalam kehidupan anda:

Realiti. Sentiasa berada pada tahap kesedaran yang terbaik sepanjang hari, dan menyedari bahawa walau apapun yang berlaku, anda akan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Bernafas. Ambil masa rehat sebentar ketika sibuk menjalankan tugasan harian dan tarik nafas yang dalam dan panjang, dalam kiraan 6, sebelum anda menghembuskan nafas. Teknik pernafasan ini membantu mengurangkan kadar denyutan jantung dan melancarkan sistem saraf parasympathetic.

Melihat yang terbaik. Tidak kira apa halangan yang mungkin muncul, percayalah sentiasa ada sebab terbaik. Sentiasa ingat kepada perkara terbaik yang pernah berlaku pada kehidupan anda sebelum ini, yang akan berlaku pada masa kini dan pada masa akan datang.

Membayangkan. Bayangkan tentang apa yang anda ingin jadi, masa depan yang anda inginkan atau bagaimana anda menginginkan sesuatu peristiwa itu untuk berlaku dan membenarkan diri anda untuk merasakan emosi positif. Badan anda akan bertindak balas terhadap bayangkan mental anda sama ada ia mendatangkan manfaat atau tidak, gunakanlah ia sebaiknya.

Meditasi. Mengamalkan meditasi / kesedaran setiap hari dapat menguatkan kesihatan mental dan mengamalkan kelegaan, ketenangan. Meditasi merupakan cara untuk memproses emosi dan mencari ketenangan batin.

Beriadah. Pelbagai kajian mengaitkan alam semula jadi dengan pengurangan kegelisahan dan kemurungan. Keluar dan beriadah, dapat membantu proses penyembuhan dan menjadikan produktiviti kerja lebih baik.

Hadkan media dan elektronik. Mustahil untuk mengelakkan sebarang alat peranti ataupun platform media, tetapi cuba untuk berehat darinya. Ia dapat membantu menghindari segala perkara negatif. Cari sumber yang boleh mendatangkan inspirasi dan dorongan kepada anda.

Bersama individu positif. Seandainya mungkin, kelilingi diri anda dengan individu yang kreatif, pemberi semangat dan optimis.

Apabila berbicara tentang perkataan ‘positif’, kebanyakan antara kita mungkin terfikir tentang ‘kebahagiaan’. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu-satunya jenis positif yang wujud. Terdapat pelbagai cara untuk memberi inspirasi positif dalam hidup anda, walaupun ketika anda bersedih, marah, atau kemurungan. Malah, pada hakikatnya, daripada memilih untuk memberikan reaksi negatif, kita boleh memilih untuk mentafsir dan memberikan respons yang dengan cara yang berbeza.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Stop Negative Thoughts: Choosing a Healthier Way of Thinking. http://www.webmd.com/mental-health/tc/positive-thinking-with-cognitive-behavioral-therapy-topic-overview?page=2. Accessed December 30th, 2016.

7 Ways to Practice Positivity and Optimism Every Day. http://www.huffingtonpost.com/faisal-hoque/7-ways-to-practice-positivity-and-optimism-every-day_b_5606981.html. Accessed December 30th, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x