home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sumber Tekanan Dalam Rumah Tangga

Sumber Tekanan Dalam Rumah Tangga

Komited dalam hubungan bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha yang besar. Makan malam romantik mungkin agak berbeza apabila pasangan sudah berkahwin. Dua orang mungkin kelihatan serasi pada mulnya, tetapi apabila mereka mula hidup bersama, macam-macam perkara yang berlaku, terutamanya yang menyebabkan tekanan.

Duit

Duit boleh menjadi berguna dan merosakkan dalam rumah tangga. Jika salah seorang dari kamu membelanjakan duit lebih daripada yang lain, konflik boleh muncul. Bil bulanan adalah masalah lain pula. Pasangan yang mempunyai keadaan kewangan yang tidak stabil kadang-kadang boleh menghadapi tekanan. Komunikasi adalah kuncinya. Lain orang, lain pandangannya terhadap duit dan mencari persamaan dalam perbezaan tersebut adalah penting. Duit tidak sepatutnya menjadi isu dan ia sepatutnya tidak berlaku apabila dua orang saling mencintai. Oleh itu, cuba untuk berlaku adil antara satu sama lain.

Keibubapaan

Selain ekonomi, apa yang begitu tertekan mengenai keibubapaan adalah cara yang berbeza untuk mendidik bayi antara pasangan. Tidak ada dua orang yang dilahirkan dengan cara yang sama dan kita mungkin merasakan cara kita adalah lebih baik daripada cara mereka. Konflik harian ini tidak dapat dielakkan dari pengeluaran duit hingga kerja-kerja rumah. Perkara yang terbaik untuk dilakukan bertolak ansur. Anak-anak membesar dengan baik apabila ibu bapa mereka mempunyai cara yang sama, atau sekurang-kurangnya bersetuju mengenai cara yang sama dalam membesarkan mereka. Pertengkaran dalam membesarkan anak-anak hanya membawa kepada kekeliruan kepada mereka dan sudah tentu, ia menyebabkan banyak pergaduhan yang tidak perlu disaksikan oleh anak anda.

Seks

Percintaan di awal perkahwinan sering melibatkan banyak aktiviti bilik tidur dan ini adalah apa yang pasangan biasanya impikan. Walau bagaimanapun, perkahwinan tidak menjamin fantasi ini. Sudah tentu, kita menikmati pasangan kita secara fizikal pada mulanya tetapi semakin masa berlalu, banyak tanggungjawab yang perlu dipenuhi; kita seolah-olah hilang rangsangan seks. Masalah timbul apabila seseorang itu lebih berkeinginan berbanding pasangannya. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tolak ansur adalah kuncinya. Cuba untuk tidak memaksa pasangan anda. Sebaliknya, pasangan perlu berusaha membuatkan rasa cinta itu terus hidup. Keletihan dari pekerjaan boleh menghalang kepentingan kita terhadap pasangan. Jadi mungkin percutian hujung minggu untuk meluangkan masa dengan pasangan anda boleh membina semula rasa cinta seperti di awal perkahwinan.

Seperti yang anda dapat lihat, komunikasi dan tolak ansur adalah kunci untuk mendapatkan rumah tangga yang hidup. Kita sering menganggap perkara ini berat. Dalam erti kata bahawa kita perlu meletakkan usaha intensif untuk menjadikan rumah tangga kita bahagia. Walau bagaimanapun, terdapat sisi gembira yang kita tidak sedar dan sering mengabaikannya. Banyak perkara yang menyeronokkan dalam rumah tangga. Jadi, daripada membiarkan perkara negatif menghalang cinta kita, mengapa tidak menjadikan satu cabaran untuk mengukuhkan lagi rumah tangga anda!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

“Stress in Relationships: 10 Sources and Their Antidotes”
https://www.psychologytoday.com/blog/resolution-not-conflict/201305/stress-in-relationships-10-sources-and-their-antidotes Accessed November 13th, 2016

“5 Stresses of Marriage and How You and Your Spouse Can Navigate Through Them”-
http://www.huffingtonpost.com/leslie-rasmussen/5-stresses-of-marriage-and-how-you-navigate_b_3187099.html Accessed November 13th,2016

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 02/05/2018
x