Penggunaan strategi time out sebagai salah satu bentuk disiplin kanak-kanak bukanlah perkara yang terlalu baharu bagi ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang menggunakan kaedah ini bagi mendisiplinkan anak mereka.
Namun, persoalannya adalah adakah kaedah time out berkesan dalam membentuk disiplin kanak-kanak?
Apakah maksud strategi time out?
Mengalihkan kanak-kanak daripada keadaan di mana dia menunjukkan perangai dan tidak memberikan perhatian padanya untuk sebentar waktu adalah time out.
Lazimnya, semasa tempoh time out, ibu bapa akan meletakkan kanak-kanak dalam satu bilik lain ataupun anak diletakkan di atas kerusi dan dibiarkan sementara tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Kanak-kanak akan diberikan tempoh time out jika berkelakuan tidak baik atau meragam.
Ia juga adalah masa untuk kanak-kanak bertenang.
Jika kanak-kanak sudah menenangkan diri, ibu bapa akan berbincang semula dengan anak tentang kelakuan mereka, mengapa tindakan mereka tidak baik, dan bagaimana anak kecil tersebut perlu bertindak pada masa hadapan.
Kesilapan yang Selalu Ibu Bapa Lakukan Semasa Time-out
Ramai ibu bapa kini yang menggunakan teknik time out dalam mendisiplinkan anak.
Namun, teknik ini tidak selalunya berkesan, terutama jika kaedah ini tidak diikuti dengan betul.
Kebanyakan ibu bapa mengharapkan kanak-kanak yang keluar daripada tempoh time out akan bertenang dan lebih baik, namun ia tidak selalunya berlaku begitu.
Kajian daripada Oregon Health and Science University di Portland mendedahkan bahawa lebih 85 peratus ibu bapa membuat kesalahan semasa menjalankan time-out.
Antara kesalahan yang dilakukan semasa time-out adalah:
#1. Tidak merancang lebih awal
Kelakuan anak yang bagaimana perlu dibawa ke zon time out? Di mana tempat time out? Berapa lama ia berlangsung?
Soalan-soalan ini perlu difikirkan sebelum ibu bapa menggunakan strategi ini.
Penulis buku Child Temperament: New Thinking About the Boundary Between Traits and Illness, yang juga merupakan Ahli Psikiatri Kanak-kanak di University of Vermont College of Medicine, David Rettew berkata, ramai ibu bapa yang menggunakan time out untuk memukul anak.
Apapun yang ibu bapa persetujui tentang strategi ini, adalah penting untuk melakukannya secara konsisten.
#2. Menggunakan time-out untuk sebab yang salah
Time out bukannya masa untuk memantulkan kelakuan anak.
Ia digunakan untuk memisahkan kanak-kanak daripada kesalahan mereka sebelum perkara menjadi lebih teruk.
Selepas tamat tempoh, barulah anda boleh mengajak anak mencermin kembali apa yang mereka telah lakukan.
#3. Berikan anak perhatian
Tujuan time out dibuat adalah untuk mengasingkan anak daripada situasi tertentu.
Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan bertindak untuk mencari perhatian.
Bagi meningkatkan keberkesanan strategi ini, elakkan daripada berborak dengan anak anda semasa tempoh tersebut.
Matlamat time out adalah supaya anak anda mengetahui bahawa kelakuan mereka itu menyebabkan mereka kehilangan perhatian anda, dan bukannya meraih perhatian.
#4. Menggunakannya terlalu kerap
Time out adalah lebih berkesan jika dibuat kepada anak kecil yang selalu membantah dan ingkar.
Bagi mengoptimumkan keberkesanan strategi ini, adalah penting untuk anda menggunakannya hanya bila perlu.
Jika anak anda merungut atau bertarik tali dengan anda, pertimbangkan alternatif seperti pengukuhan positif.
Untuk membuatkan strategi ini lebih efektif, pertimbangkan pendekatan ini.
Apabila anak anda tidak berkerjasama, keluarkan hanya satu amaran jelas sahaja dan jika dia tidak mendengar kata dalam masa 30 saat, terus letakkan anak anda di zon time out.
Umumkan pada anak tentang time out dan letakkan mereka dalam kawasan tertentu untuk menjalankannya.
Tidak mengapa jika anda minta penjelasan pada anak sebelum atau selepas tamat tempoh, tetapi jangan memberikan mereka dua-dua pilihan pada satu-satu masa.
Lebih berkesan jika anda hapuskan semua bentuk perhatian pada mereka.
#5. Ibu bapa hilang sabar
Ibu bapa perlu mengawal untuk tidak membebel, memalukan, menempik, ataupun menggunakan perbuatan fizikal kepada anak semasa tempoh time out.
Kesemua bentuk perhatian ini akan membuatkan tingkah laku negatif pada kanak-kanak.
Jika anda dalam keadaan marah semasa proses time out, tinggalkan anak sementara di ruang tersebut dan hanya kembali jika anda dalam keadaan tenang.
Strategi time out mungkin kedengaran mudah, tetapi sebenarnya ia amat mencabar.
Oleh itu, ibu bapa jangan takut untuk meminta bantuan bagi mempelajari proses time out.
Dengan pelaksanaan yang betul, ia dapat membantu anak anda untuk mendengar kata.
[embed-health-tool-ovulation]