backup og meta

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

Tiada pasangan mahukan rumah tangga yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta itu berakhir dengan perceraian. Namun cerai talak itu mungkin jalan yang terbaik. Tetapi apakah antara punca penceraian di Malaysia ini? Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

8 punca penceraian di Malaysia yang utama

Berikut disenaraikan antara faktor yang sering menjadi punca penceraian di Malaysia:

1. Tiada persefahaman

Persefahaman merupakan salah satu faktor penting dalam mengekalkan sesuatu hubungan itu. 

Tiada persefahaman punca perceraian dalam kebanyakan hubungan rumah tangga. 

Ini terjadi apabila:

  • wujud suami isteri yang saling tidak memahami tugas pasangan
  • tiada rasa ingin saling membantu
  • gemar membuat hal sendiri walaupun sudah mempunyai anak

Perbezaan taraf pendidikan antara pasangan suami isteri juga boleh menyebabkan berlakunya ketidaksefahaman itu. Akhirnya jalan penyelesaian paling mudah akan dipilih iaitu cerai talak.

punca penceraian di malaysia
Kesan penceraian terhadap individu.

Punca penceraian di Malaysia #2. Berkahwin terlalu awal

Kebanyakan pasangan berkahwin pada usia muda, terutamanya bagi yang memilih untuk berkahwin sejurus tamat persekolahan, masih boleh dianggap kurang matang. 

Ditambah pula situasi masing-masing belum mempunyai kewangan yang kukuh, secara tidak langsung keadaan tersebut pastinya memberi kesan kepada perkahwinan.

Hanya berlandaskan keinginan untuk ‘menghalalkan perhubungan’ tanpa kematangan pemikiran dan kewangan stabil boleh menyebabkan hubungan yang dibina menerima tekanan. Keadaan itu lama-kelamaan boleh menyebabkan berlakunya perpisahan.

3. Tiada rasa tanggungjawab 

Isu ini saling berkait dengan tiada persefahaman antara pasangan suami isteri. Apabila tiada persefahaman, akan menyebabkan diri merasakan tiada keperluan untuk saling berkomunikasi dan setiap hari masing-masing akan melakukan hal sendiri.

Jika berterusan, akan hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri kepada pasangan.

Hilang keinginan untuk saling membantu dalam melakukan kerja rumah, malahan tugasan menjaga anak juga mungkin diserahkan sepenuhnya kepada sebelah pihak sahaja. Sedangkan ia merupakan tanggungjawab bersama apabila bergelar ibu bapa. 

Lebih teruk lagi jika pasangan yang perlu melakukan tugasan kerja rumah tersebut juga merupakan seorang individu bekerja.

Apabila wujud ketidakadilan dalam pembahagian urusan rumah tangga, akan menyebabkan rasa tekanan dan terbeban. Jadi, kesannya? Penceraian akan dipilih sebagai jalan penyelesaian. 

punca penceraian di malaysia
Penceraian pada usia muda.

4. Sikap lepas tangan

Setiap hubungan pastinya akan diuji. Bahkan setiap ujian dan perselisihan faham yang berlaku, jika dapat diatasi dengan sebaiknya, akan membantu mengeratkan lagi perhubungan.

Malangnya bukan semua pasangan mempunyai sikap ingin berbincang dan mencari penyelesaian. 

Sebaliknya, wujud pasangan yang memilih untuk berdiam dan mengelak diri daripada melakukan perbincangan secara baik ketika berdepan masalah atau konflik. Situasi itu sekali gus termasuk dalam senarai isu cerai talak.

5. Campur tangan mertua, salah satu punca penceraian di Malaysia

Tidak dinafikan wujud segelintir mertua masih ingin mencampuri urusan anak-anak yang sudah berkahwin. Mungkin mereka berniat baik, tetapi setiap individu pastinya mempunyai cara pemikiran dan keinginan yang berbeza.

Ada kalanya, apabila ada mertua yang terlalu ‘menyibuk’ dalam perihal anak menantunya, ia sekali gus menyebabkan hubungan perkahwinan tersebut tergugat.

Anda pasti pernah mendengar nasihat seperti “Lepas berkahwin, tak usahlah duduk dengan mertua, sebaliknya duduk sendiri dan berdikari,” betul tak?

Benarkah tinggal bersama mertua lebih banyak buruk berbanding baik?

Sebenarnya bukanlah semua pilihan duduk bersama mertua itu akan menjejaskan hubungan suami isteri. Ada juga mertua yang baik.
Tidak salah untuk duduk sebumbung bersama mertua, tetapi anda harus bertegas jika ia melibatkan keputusan antara suami isteri.

6. Masalah kewangan punca perceraian terjadi

Kesempitan kewangan boleh menjadi antara punca perceraian di Malaysia paling kerap berlaku.

Situasi ekonomi keluarga yang tidak stabil mengakibatkan pasangan berkahwin berdepan kesukaran sehingga menyebabkan tekanan, khususnya kepada si suami bagi menyara keluarga.

Punca penceraian di Malaysia #7. Enggan berpoligami

Madu itu manis, namun hidup bermadu itu belum tentu menjanjikan kemanisan.

Apa salahnya jika suami ingin berkahwin lain? 

Apabila bercakap mengenai isu poligami, pastinya akan terdengar pendapat yang berbeza. Ada yang membantah sepenuhnya, namun terdapat juga pasangan yang boleh menerima keadaan itu.

Banyak alasan diberikan kaum isteri yang enggan dimadukan, malah lebih rela memilih jalan cerai talak.

cara menangani putus cinta
Tip merawat patah hati kerana percintaan.

8. Sikap curang, antara punca penceraian di Malaysia

Ada individu yang tanpa rasa bersalah mempunyai hubungan lain di belakang pasangan masing-masing. Apabila terkantoi, mulalah berjanji akan berubah, namun semuanya hanya seketika dan akhirnya kembali berlaku curang.

Keadaan itu tidak hanya melibatkan kaum lelaki, bahkan terdapat juga wanita yang curang di belakang pasangannya.

Curang itu adalah satu pilihan. Apabila memilih untuk curang, ini bermakna kalian turut menipu pasangan.

Apakah erti sebuah hubungan yang berlandaskan kecurangan dan penipuan? Dan sampai bila pasangan yang dicurangi dan ditipu itu hanya perlu reda dengan segalanya?

Maka akhirnya jalan perpisahan tidak kira sama ada melalui borang permohonan cerai, surat permohonan cerai atau permohonan cerai online akan menjadi pilihan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Marriage and Divorce Statistics, Malaysia, 2022. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php, Accessed on March 21, 2023
  2. Punca Penceraian Pasangan Dewasa Islam: Perspektif Badan Pelaksana. https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/422, Accessed on March 21, 2023
  3. Reasons People Give for Divorce, https://ifstudies.org/blog/reasons-people-give-for-divorce, Accessed on March 21, 2023
  4. How Common is Divorce and What are the Reasons?, https://yourdivorcequestions.org/how-common-is-divorce/, Accessed on March 21, 2023
  5. Reasons for Divorce and Recollections of Premarital. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4012696/#, Accessed on March 21, 2023

Versi Terbaru

11/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Cuba Nak Faham Perangai Orang Lelaki? Ini 10 Rahsianya, Paling Tak Sangka No. 9!

Selalu Resah Gelisah? Ketahui 10 Perkara Yang Buat Kita Rasa Kosong & Tak Gembira


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan