Biarkan isteri berehat
Bantu dia melakukan beberapa tugasan rumah, tetapi libatkan dia dalam tugasan keluarga supaya dia tidak menganggap dirinya sebagai bebanan keluarga. Isteri anda mungkin memerlukan masa sendirian dari dikelilingi anak-anak. Berkongsi tanggungjawab untuk menjaga anak. Galakkan isteri anda untuk berehat dan mendapatkan rawatan di spa atau mungkin sekadar berjalan-jalan di taman.
Biarkan dia menyedari bahawa dia perlu menumpukan perhatian kepada dirinya untuk menjadi lebih baik dan anda berada di sisinya untuk membantu. Anda mungkin boleh meminta bantuan datuk dan nenek (ibu bapa / mentua) untuk membantu menjaga bayi anda. Ini boleh memberikan anda masa berkualiti untuk diluangkan bersama isteri. Bawalah dia keluar berdua, ini dapat membantu dia kembali merasai sebagaimana yang dirasainya sebelum dia melahirkan anak.
Benarkan dia tidur
Tidur adalah penting buat isteri anda. Menjaga anak dalam tempoh beberapa bulan pertama amat memenatkan. Anda boleh menawarkan diri untuk menjaga bayi dan memberikan dia rehat beberapa hari atau mungkin beberapa jam, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan selesa. Anda harus membantu dia menjaga bayi pada waktu malam seperti membantu menukar lampin atau memberikan bayi susu botol.
Berikan sokongan dan semangat
Katakan kepada isteri anda dengan lembut, kata-kata positif yang dapat menjadikan dia lebih optimis. Kata-kata anda mungkin tidak dapat mengubah kemurungan yang dihadapi, tetapi ia dapat memberikan sokongan yang diperlukan. Ketika menempuhi masa-masa sukar, mungkin hanya kata semangat yang diperlukan.
Katakan padanya bahawa anda memahami apa yang emosi negatif yang dilaluinya, atau galakkan dia untuk melakukan aktiviti yang dapat membantu dia menjadi lebih baik, sebagai contoh; mendapatkan urutan, terapi dan sebagainya. Katakan padanya, bahawa dia tidak perlu risau, biarkan dia mengetahui betapa anda menyayanginya, atau biarkan dia tahu bahawa bayi anda berdua akan selamat dan anda mempercayai dia akan menjadi ibu yang terbaik.
Biarkan dia mengetahui bahawa anda berdua sedang bergelut dengan tekanan sebagai ibu bapa baru dan bersama, anda berdua mampu harungi segalanya. Apabila dia merasakan dia tidak keseorangan, segala cabaran pasti akan mampu dihadapi.
Hindari dari menyatakan perkara yang boleh menyakiti perasaannya. Jadilah individu yang sensitif dan lebih prihatin tentang perasaannya. Jangan memaksa dia untuk mengubah apa-apa.
Elakkan dari berkata kepadanya bahawa setiap ibu akan melalui perasaan ini selepas melahirkan anak atau dia pasti dapat mengatasi situasi ini dalam tempoh yang segera, kerana ini hanya akan memberikan dia tekanan dan membuatkan dia merasa tidak selamat.
Anda mungkin mendapati kemurungan selepas bersalin adalah sesuatu yang amat sukar untuk difahami. Tetapi perkara yang penting adalah untuk mengetahui bahawa pasangan anda pasti akan pulih. Ia mungkin memakan masa berminggu, atau berbulan untuk pulih, tetapi dengan sokongan dari anda, keluarga dan rakan, pasti dapat membantu pasangan anda menghadapi tempoh sukar ini dan mempercepatkan tempoh pemulihannya.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen