backup og meta

Awak Terlalu Baik Untuk Saya... Ini 7 Sebab Lazim Isteri Minta Cerai

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2022

    Awak Terlalu Baik Untuk Saya... Ini 7 Sebab Lazim Isteri Minta Cerai

    Isu isteri minta cerai kerana tiada persefahaman bukanlah perkara baharu. Tetapi mengapakah keadaan ini boleh terjadi? Atas alasan apa seseorang wanita itu mahukan perceraian?

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih mendalam mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    Mengapa pasangan bercerai?

    Ada masanya terdapat sifat pada pasangan atau keadaan yang boleh menjadi punca perceraian. Jika si isteri minta cerai kerana tiada persefahaman, itu mungkin adalah pilihan yang terbaik.

    Ini biasanya terjadi apabila pasangan merasakan bahawa mereka telah mencuba memberikan yang terbaik, namun keadaan masih sama – akhirnya lahir keputusan untuk menamatkan perkahwinan.

    Tiada siapa merancang untuk berkahwin dan akhirnya bercerai. Namun ia adalah perkara yang tidak mustahil untuk terjadi.

    Amat penting untuk tidak mengabaikan masalah yang wujud dalam perkahwinan anda atau ia akan menjadi punca pengakhiran hubungan tersebut.

    Selain isteri minta cerai kerana tiada persefahaman, ini antara sebab lain

    Selain daripada tiada persefahaman, berikut antara penyebab biasa sesebuah perkahwinan itu berakhir:

    1. Rasa tidak dihargai

    Untuk sesebuah perkahwinan itu bertahan, ia melibatkan usaha kedua-dua pasangan – komunikasi yang kukuh, saling menghormati dan mengambil kira perasaan pasangan amat penting.

    Biasanya wanita akan meminta dilepaskan apabila merasakan hanya mereka yang berusaha mempertahankan hubungan, manakala si pasangan lepas tangan.

    2. Suami tiada tanggungjawab

    isteri minta cerai kerana tiada persefahaman

    Seorang isteri biasanya akan cuba bersungguh-sungguh untuk membahagiakan hubungan seperti menyediakan makan malam romantis, berpakaian menarik dan sebagainya semata-mata untuk kekal menarik di mata pasangannya.

    Tetapi mereka akan menjadi kecewa apabila tidak mendapat balasan yang sama daripada suami. Bahkan lebih mendukacitakan apabila suami lebih berminat melayan pornografi.

    3. Berdebat mengenai isu yang sama

    Apabila sering bertekak mengenai isu yang sama tanpa penyelesaian terbaik, lama-kelamaan situasi tersebut boleh mengembangkan rasa benci. Akhirnya ia akan menyebabkan perkahwinan berakhir.

    Isteri yang merasakan dirinya tidak diperlukan sang suami akan mula memendam perasaan. Lebih-lebih lagi apabila pasangan mempunyai masalah tertentu seperti dadah atau alkohol mahupun mempunyai hubungan dengan wanita lain.

    Selain isteri minta cerai kerana tiada persefahaman #4. Kehidupan seksual tidak memuaskan

    isteri minta cerai kerana tiada persefahaman

    Apabila si isteri mula mengadu tentang apa yang berlaku di bilik tidur, ia petanda wujud masalah lebih besar.

    Wanita yang merasakan perkahwinan tidak memuaskan secara seksual merupakan petunjuk hubungan tersebut kekurangan emosi. Keintiman seksual adalah salah satu faktor yang boleh menjejaskan rumahtangga.

    5. Tiada rasa hubungan emosi

    Tidak merasakan hubungan emosi dengan suami antara punca lain perceraian terjadi. Biasanya pasangan yang tidak merasai emosi ini cenderung mempunyai hubungan sulit di luar perkahwinannya.

    6. Rasa berjauhan

    Biasanya terjadi kepada pasangan berkahwin di usia muda. Peningkatan usia menyebabkan berlakunya perubahan kepada pasangan dan membuatkan mereka merasakan tiada lagi persamaan untuk meneruskan perhubungan.

    7. Selain isteri minta cerai kerana tiada persefahaman, punca lain kehilangan identiti diri faktor perceraian berlaku

    Ia selalu terjadi apabila si isteri terlalu menumpukan perhatian dalam menjaga si suami seperti melibatkan masalah ketagihan alkohol.

    Apabila mereka telah mengorbankan kehidupan untuk membantu pasangan tetapi akhirnya keadaan tetap sama, isteri biasanya akan meminta perpisahan

    Baca juga:

    Perkara yang boleh dilakukan jika isteri minta cerai kerana tiada persefahaman

    Berikut adalah antara yang boleh anda lakukan untuk membaiki keretakan dan menggalakkan pasangan mengubah fikiran. Tetapi matlamat utamanya adalah untuk mengekalkan perhubungan yang baik antara kalian.

    • Biarkan pasangan menyatakan kebimbangan mereka. Katakan kepada mereka anda ikhlas ingin menyelamatkan perkahwinan dan teruskan bersabar. Jadilah pendengar yang baik
    • Jadilah diri sendiri. Ini bukan masa untuk berantakan, mengamuk atau berdendam
    • Hormati pasangan dan maruah diri anda sendiri
    • Elakkan pertengkaran. Jika pasangan seakan cuba untuk membuat anda berdua bergaduh, ambil langkah terbaik dengan mendiamkan diri. Jika pasangan menyalahkan anda kerana ‘selalu mengelakkan diri’, katakan anda bersedia untuk berbincang dengan cara berhemah

    isteri minta cerai kerana tiada persefahaman

  • Dapatkan bantuan daripada kaunselor perkahwinan
  • Berikan pasangan privasi untuk menenangkan diri
  • Sibukkan diri. Teruskan aktiviti harian seperti biasa atau mungkin menambah beberapa aktiviti baharu. Luangkan masa bersama rakan, keluarga atau anak-anak anda. Kehidupan harus diteruskan tidak kira apa yang terjadi kepada perkahwinan anda. Anda boleh mengajak pasangan untuk menyertai aktiviti yang dilakukan tetapi usah memaksa jika mereka menolak
  • Jaga penampilan terutamanya perkara melibatkan penjagaan kebersihan diri asas kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental
  • Jangan lepaskan rasa tidak puas hati kepada pasangan
  • Kesimpulan

    Sekiranya anda berdepan situasi isteri minta cerai kerana tiada persefahaman, jangan terus menyalahkan mereka kerana membuat keputusan sedemikian.

    Sebaliknya lakukan perubahan positif – tidak kira sama ada perkahwinan anda berjaya diselamatkan atau tidak. Mungkin anda tidak menyedari sikap atau tingkah laku diri yang menyebabkan keretakan dalam perhubungan.

    Perubahan yang berlaku mungkin akan dapat memperbaiki hubungan dengan pasangan atau mungkin membolehkan diri berkenalan dengan individu baharu. Walau apa pun yang terjadi, hidup tetap perlu diteruskan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan