Cuba kalian kenang kembali, bila kali terakhir anda mandi bersama pasangan?
Buat pasangan suami isteri, ketahuilah bahawa kemesraan itu bukan hanya mesti diukur melalui kehidupan di kamar tidur sahaja malahan ia lebih daripada itu.
Segala aktiviti yang dilakukan bersama di rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menonton televisyen juga penting untuk kesejahteraan rumah tangga.
Ini termasuklah aktiviti mandi dengan pasangan. Kenapa?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Mandi bersama pasangan & seks
Mesti ramai yang berfikiran bahawa aktiviti mandi dengan pasangan tercinta pasti akan berakhir dengan seks di dalam kamar mandi bukan?
Tidak semestinya, pilihan terletak di tangan kalian. Jika mahu melakukannya sekalipun, tiada masalah.
Ini kerana projek asmara yang mempunyai unsur ‘surprise’ adalah sangat diperlukan bagi memastikan ia tidak hambar dari hari ke hari.
Anda dan pasangan juga tidak perlu risau kerana seks di dalam bilik air adalah normal dan selamat jika dilakukan dengan cara yang betul.
Ia masih ada risiko seperti kemungkinan untuk tergelincir atau terjatuh, kebarangkalian untuk privasi anda berdua diganggu serta jangkitan kuman.
Sekiranya kalian terfikir untuk melakukannya, jangan lupa untuk ikuti tip berikut:
- Dapatkan persetujuan pasangan terlebih dahulu dan jangan memaksa
- Jauhkan diri dari tempat yang licin seperti dinding atau lantai bilik air
- Gunakan kondom untuk melindungi diri dari jangkitan kuman
- Pastikan privasi dengan tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising ketika beraksi
- Lakukan posisi seks yang selesa dan selamat sahaja
Usai berasmaradana nanti, jangan lupa untuk mandi bersama ya!
Manfaat mandi dengan pasangan tercinta
Kenapa kami kata anda harus mandi bersama pasangan? Ini manfaatnya:
#1. Bicara hati ke hati, di kamar mandi pun boleh jadi
Antara kunci keharmonian rumah tangga adalah komunikasi. Tanpanya, maka kehidupan kalian berdua mungkin akan banyak prasangka dan salah faham.
Oleh itu, cuba jalani sesi bicara hati ke hati semasa sedang mandi dengan pasangan. Ketika ini, bertanyalah apa sahaja yang sedang bermain di fikiran.
Sambil duduk bersandar di dalam tab, jakuzi atau di bawah pancuran air hangat, inilah masa yang sangat sesuai untuk ‘pillow talk’ bersama pasangan.
Tiada sebarang halangan yang kalian perlu risaukan kerana di kamar mandi itu hanya terdapat anda berdua.
Maka berbicaralah dari hati ke hati untuk meluahkan segala yang pernah terpendam di lubuk hati kalian.
#2. Terapi tekanan tanpa bayaran
Hakikatnya, tiada siapa yang boleh terlepas dari tekanan hidup di dunia yang serba fana ini.
Dari aspek kerjaya, kewangan, keluarga dan banyak lagi perkara boleh jadi punca kita stres.
Dalam pada itu, tiada perkara lain yang boleh mengurangkan stres dalam fikiran kecuali kekal relaks.
Buat pasangan yang sudah berkahwin, kalian boleh menjalani terapi tekanan tanpa bayaran hanya di rumah dan bersama pasangan anda sahaja.
Terapi tersebut adalah dengan mandi bersama pasangan. Tidak banyak yang perlu dilakukan, cuma mandi, berpeluk dan bersentuh dengan pasangan anda.
#3. Kehidupan seks yang lebih sejahtera
Seperti yang kami nyatakan di atas, mandi dengan pasangan di dalam bilik air mampu membangkitkan kehidupan seks yang lebih sejahtera.
Ini kerana kamar mandi merupakan salah satu tempat yang paling unik dan menarik untuk menjalankan projek asmara dengan unsur ‘surprise‘.
Terdapat pelbagai variasi posisi yang kalian boleh lakukan di sini antaranya doggy style, woman on top dan pelbagai lagi mengikut kreativiti.
Pun begitu, ketahuilah bahawa ia juga mempunyai beberapa risiko yang anda dan pasangan perlu ambil kira.
Lakukanlah demi kesejahteraan hubungan suami isteri
Dalam konteks agama Islam juga, tiada sebarang dalil yang melarang suami dari mandi bersama pasangan.
Malahan itu, ia turut digalakkan ekoran terdapat beberapa manfaat yang kalian boleh perolehi hasil daripadanya.
Oleh itu, kalian tidak perlu malu atau takut untuk mengajak pasangan ke kamar mandi bersama untuk membersihkan tubuh badan masing-masing.
Akhir kata, lakukanlah ia demi kesejahteraan hubungan suami isteri. Kenapa perlu malu? Ada banyak manfaat mandi bersama pasangan, barulah romantis!
[embed-health-tool-ovulation]