backup og meta

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!

Wanita mana yang tidak mahu menjadi seorang isteri solehah di mata suami mereka? Sebenarnya, bukan sukar untuk anda mencapai hasrat tersebut kerana terdapat rahsia yang bakal terbongkar dalam artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda juga boleh klik di sini.

Kenapa penting untuk menjadi isteri solehah?

Dalam hubungan pasangan suami isteri, memang benar bahawa lelaki merupakan ketua keluarga yang akan memikul tanggungjawab memimpin, membela serta mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan.

Namun, rumah tangga kalian tidak mungkin bahagia jika wanita gagal menjalankan tugasan harian dengan baik yakni dari sudut menguruskan keluarga dan menggembirakan pasangan masing-masing.

Menerusi kaca mata seorang muslim, isteri yang baik itu wajib untuk kekal taat dan patuh dengan setiap suruhan atau larangan suami selagi ia tidak pula melanggar sebarang hukum syarak di dalam agama Islam!

isteri solehah

“Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang. Jadilah seorang isteri, kekasih, kawan, penyokong, penasihat, pendengar, pendidik dan yang paling penting pendoa setiap usaha suami,” jelas Pakar Motivasi nombor satu negara kita, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Ternyatalah bahawa menjadi isteri solehah buat suami memang amat penting. Jadi, apa rahsia wanita kena tahu?

Ini rahsia untuk menjadi isteri solehah!

Ramai orang mungkin berpendapat isteri yang baik perlu menjaga makan, minum dan pakai suami. Ya, ia cuma salah satu daripada ciri-ciri isteri yang baik namun ada banyak lagi perkara anda harus tahu.

Sebenarnya, ia bukan satu usaha yang mustahil dan anda sebagai wanita hanya perlu tahu rahsia seperti di bawah:

#1. Sentiasa menghormati dan memahami suami

Sudah lumrah sebagai seorang lelaki, mereka ada ego yang tersendiri. Tidak hanya itu, mereka juga merasakan ada hak menyuarakan pendapat yang dirasakan perlu dilaksanakan oleh pasangan masing-masing.

Maka, wanita harus lebih bijak di dalam situasi tersebut, Kalau anda kurang berkenan dengan pendapat mereka, jangan terus tidak bersetuju kerana ia mungkin mengakibatkan sifat ego yang tinggi itu tercalar.

Berbincanglah untuk mencapai satu kata sepakat yang baik bagi mengelakkan salah faham di kemudian hari!

isteri solehah

#2. Mengawal diri ketika emosi sedang tidak stabil

Apabila anda sedang moody akibat salah faham atau datang bulan, cuba untuk kawal diri daripada mengeluarkan kata kesat atau melakukan tingkah negatif yang boleh memburukkan lagi keadaan sedia ada.

Walaupun mereka mungkin teruk dalam menghafal tarikh-tarikh penting seperti hari ulang tahun, sebarang perkataan dan perbuatan buruk lampau yang anda lontarkan itu akan meninggalkan kesan mendalam dalam hati si suami.

#3. Mengungkit bukan satu perkara yang patut wujud

Ketika perselisihan faham itu sudah reda, cuba untuk memaafkan dan melupakan setiap salah mereka dengan sepenuh hati. Dengan cara ini, mereka juga sudah pasti boleh berlembut hati dan berlapang dada.

Jangan pula ia dijadikan sebagai senjata untuk pergaduhan atau pertengkaran di kemudian hari ya? Ketahuilah bahawa sikap suka mengungkit itu adalah antara sifat yang sangat dibenci dan ditolak oleh lelaki.

Rahsia isteri solehah #4. Menerima baik dan buruk

Pernahkah anda terdengar atau terbaca jika seorang isteri perlu sentiasa menyimpan setiap aib suami mereka?

Ya, ia benar kerana mana mungkin manusia terlahir sempurna. Jadi, isteri wajib menyimpan aib si suami dengan tidak menyebar sebarang cerita yang boleh memalukan diri atau menyakitkan hati suami kepada orang lain.

isteri solehah

#5. Selalu memberi semangat serta motivasi

Kadangkala, akan tiba satu detik di mana suami anda terkandas dalam kehidupan sama ada di dalam dunia pekerjaan, pelajaran atau sebagainya. Di saat ini, mereka sangat memerlukan sokongan dan dorongan isteri.

Daripada anda bersikap negatif dan terus meletakkan beban kepada pasangan, adalah jauh lebih bagus untuk bersama mereka tatkala kejatuhan. Dengannya, mereka tidak mudah berputus asa meneruskan kehidupan.

#6. Mencintai, menyayangi dan mengasihi tanpa syarat

Kehidupan hubungan suami isteri itu merupakan bentuk dua hala di mana kedua-dua pasangan perlu mencintai satu sama lain tanpa syarat. Jika ia hanya bertepuk sebelah tangan, bermakna cinta itu tidak suci dan sejati.

Sebagai isteri solehah, cintailah suami anda dengan sepenuh dan sekuat hati anda. Ia rahsia yang paling utama!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to Be a Wife Your Husband Loves, https://wol.jw.org/en/wol/d/r1/lp-e/1967040, Accessed 17 Mar 2023.
  2. Elegant Wife – The Woman He Comes Home To, https://elegantwoman.org/elegant-wife-woman-he-comes-home-to/, Accessed 17 Mar 2023.
  3. 6 Ways to be an Encouraging Wife, https://incmedia.org/6-ways-to-be-an-encouraging-wife/, Accessed 17 Mar 2023.
  4. A Worthy Wife to Be, https://www.desiringgod.org/articles/a-worthy-wife-to-be, Accessed 17 Mar 2023.
  5. 25 Pieces of Empowering Relationship Advice for Women, https://www.lifehack.org/805833/relationship-advice-for-women, Accessed 17 Mar 2023.

Versi Terbaru

30/03/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Amang Seksual Fizikal Bukan Hanya Menimpa Kanak-kanak, Kenal Pasti Maksudnya!

Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan