Isu isteri minta cerai kerana tiada persefahaman bukanlah perkara baharu. Tetapi mengapakah keadaan ini boleh terjadi? Atas alasan apa seseorang wanita itu mahukan perceraian?
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih mendalam mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Mengapa pasangan bercerai?
Ada masanya terdapat sifat pada pasangan atau keadaan yang boleh menjadi punca perceraian. Jika si isteri minta cerai kerana tiada persefahaman, itu mungkin adalah pilihan yang terbaik.
Ini biasanya terjadi apabila pasangan merasakan bahawa mereka telah mencuba memberikan yang terbaik, namun keadaan masih sama – akhirnya lahir keputusan untuk menamatkan perkahwinan.
Tiada siapa merancang untuk berkahwin dan akhirnya bercerai. Namun ia adalah perkara yang tidak mustahil untuk terjadi.
Amat penting untuk tidak mengabaikan masalah yang wujud dalam perkahwinan anda atau ia akan menjadi punca pengakhiran hubungan tersebut.
Selain isteri minta cerai kerana tiada persefahaman, ini antara sebab lain
Selain daripada tiada persefahaman, berikut antara penyebab biasa sesebuah perkahwinan itu berakhir:
1. Rasa tidak dihargai
Untuk sesebuah perkahwinan itu bertahan, ia melibatkan usaha kedua-dua pasangan – komunikasi yang kukuh, saling menghormati dan mengambil kira perasaan pasangan amat penting.
Biasanya wanita akan meminta dilepaskan apabila merasakan hanya mereka yang berusaha mempertahankan hubungan, manakala si pasangan lepas tangan.
2. Suami tiada tanggungjawab
Seorang isteri biasanya akan cuba bersungguh-sungguh untuk membahagiakan hubungan seperti menyediakan makan malam romantis, berpakaian menarik dan sebagainya semata-mata untuk kekal menarik di mata pasangannya.
Tetapi mereka akan menjadi kecewa apabila tidak mendapat balasan yang sama daripada suami. Bahkan lebih mendukacitakan apabila suami lebih berminat melayan pornografi.
3. Berdebat mengenai isu yang sama
Apabila sering bertekak mengenai isu yang sama tanpa penyelesaian terbaik, lama-kelamaan situasi tersebut boleh mengembangkan rasa benci. Akhirnya ia akan menyebabkan perkahwinan berakhir.
Isteri yang merasakan dirinya tidak diperlukan sang suami akan mula memendam perasaan. Lebih-lebih lagi apabila pasangan mempunyai masalah tertentu seperti dadah atau alkohol mahupun mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Selain isteri minta cerai kerana tiada persefahaman #4. Kehidupan seksual tidak memuaskan
Apabila si isteri mula mengadu tentang apa yang berlaku di bilik tidur, ia petanda wujud masalah lebih besar.
Wanita yang merasakan perkahwinan tidak memuaskan secara seksual merupakan petunjuk hubungan tersebut kekurangan emosi. Keintiman seksual adalah salah satu faktor yang boleh menjejaskan rumahtangga.
5. Tiada rasa hubungan emosi
Tidak merasakan hubungan emosi dengan suami antara punca lain perceraian terjadi. Biasanya pasangan yang tidak merasai emosi ini cenderung mempunyai hubungan sulit di luar perkahwinannya.
6. Rasa berjauhan
Biasanya terjadi kepada pasangan berkahwin di usia muda. Peningkatan usia menyebabkan berlakunya perubahan kepada pasangan dan membuatkan mereka merasakan tiada lagi persamaan untuk meneruskan perhubungan.
7. Selain isteri minta cerai kerana tiada persefahaman, punca lain kehilangan identiti diri faktor perceraian berlaku
Ia selalu terjadi apabila si isteri terlalu menumpukan perhatian dalam menjaga si suami seperti melibatkan masalah ketagihan alkohol.
Apabila mereka telah mengorbankan kehidupan untuk membantu pasangan tetapi akhirnya keadaan tetap sama, isteri biasanya akan meminta perpisahan.
Baca juga: