backup og meta

Bagaimana Menghadapi Penderaan Domestik?

Bagaimana Menghadapi Penderaan Domestik?

Penderaan domestik adalah penderaan yang berlaku di dalam rumah tangga melibatkan pasangan, anak, saudara atau ahli keluarga. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan memberi impak negatif kepada keadaan fizikal dan psikologi mangsa. Pendera akan cuba menggunakan ketakutan, rasa bersalah, rasa malu untuk menjatuhkan, menyakitkan atau cuba untuk mengugut anda dan individu di sekeliling anda.

Memahami masalah penderaan domestik dan simptomnya akan dapat membantu anda mengenal pasti cara untuk menanganinya dan menghadapi penderaan domestik serta cara mempertahankan diri anda apabila anda didera.

Apakah penderaan domestik?

penderaan domestik

Penderaan fizikal dan keganasan rumah tangga

Penderaan fizikal adalah dengan menggunakan kekerasan yang bertujuan untuk mencederakan atau mendatangkan bahaya kepada individu. Ia boleh menyebabkan luka atau kecederaan kepada tubuh individu yang ingin didera.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa penderaan seksual juga merupakan satu bentuk penderaan fizikal. Jika anda terlibat dalam secara paksa tanpa kerelaan berkaitan aktiviti seksual, ia dianggap sebagai penderaan seksual.

Walaupun paksaan itu datang dari pasangan seks anda, ia tetap dianggap sebagai satu penderaan. Tambahan lagi jika mangsa penderaan fizikal atau penderaan seksual cenderung untuk mendapat kecederaan, terluka bahkan dibunuh.

Penderaan emosi

Penderaan domestik juga boleh melibatkan penderaan emosi. Walaupun penderaan secara emosi tidak menyebabkan kecederaan fizikal, ia adalah satu isu lebih besar daripada apa yang anda fikirkan.

Pendera mungkin menggunakan ancaman keganasan fizikal atau melakukan penderaan secara lisan seperti menjerit, menyalahkan atau memalukan mangsa. Penderaan secara lisan adalah untuk menjadikan anda merasa tidak berguna dan bodoh.

Anda perlu sentiasa ingat bahawa anda bukanlah seperti itu. Pendera perlu merasa mereka kuat dengan membuat anda merasa kecil dan lemah. Di samping itu, mungkin akan ada tingkah laku seperti pengasingan, ugutan atau mengawal mangsa.

Mangsa penderaan secara emosi mungkin merasakan tiada jalan keluar dari hubungan seperti ini, merasakan rendah diri dan tidak berguna. Kesan paling teruk terhadap mangsa adalah apabila timbul keinginan untuk membunuh diri.

Tanda-tanda penderaan domestik

penderaan domestik

Adakala, apabila anda adalah mangsa penderaan, ia agak sukar untuk mengenal pasti simptom penderaan ini. Walaupun selepas anda didera, anda masih menyayangi pasangan anda. Keadaan ini menyebabkan anda berada dalam situasi penafian. Berikut adalah beberapa tanda amaran penderaan domestik:

  • Berasa takut dan cemas dengan pasangan
  • Sentiasa mengikut kata pasangan
  • Bercakap tentang kemarahan atau kerisauan pasangan
  • Kerap cedera dengan alasan kemalangan
  • Sering tidak hadir kerja, sekolah atau aktiviti sosial
  • Dilarang berjumpa dengan keluarga atau rakan
  • Mempunyai had dalam kewangan atau harta
  • Sering tertekan, resah dan berkeinginan untuk membunuh diri
  • Perubahan dalam personaliti diri, menjadi kurang berkeyakinan

Bagaimana menanganinya jika anda merasa didera secara domestik?

Beranikan diri untuk bersuara. Anda tidak layak diperlakukan begitu. Tiada alasan untuk sebarang penderaan, terutama penderaan domestik.

Jangan cuba melawan pasangan secara sendirian. Ia hanya akan memburukkan keadaan dan membuatkan mereka lagi berkeinginan untuk mendera.

Adalah sangat membantu jika anda dapat meluahkannya kepada rakan terdekat anda. Mereka boleh berikan sokongan dan bimbingan tentang apa yang patut anda lakukan.

Pendera pasti mengetahui cara untuk mengawal dan memanipulasi anda. Apabila wujud individu lain yang tidak dapat dikawal mereka, mereka akan merasa kurang berkuasa.

Ada masanya cara terbaik adalah untuk mendapatkan bantuan doktor.  Ini kerana doktor dapat merujuk anda kepada kumpulan sokongan yang betul dengan pengalaman berkaitan penderaan domestik. Anda mungkin dapat berjumpa dengan mangsa penderaan domestik lain untuk berkongsi cerita dan mendapatkan sokongan.

Ingatlah bahawa anda tidak bersendirian. Keluarga dan rakan terdekat dapat membantu dan memastikan anda selamat. Jangan menolak bantuan dari mereka.

Anda mungkin merasa bahawa anda tidak berada dalam perhubungan yang menyakitkan diri anda. Namun, jika ada antara keluarga dan rakan yang menyatakan ini kepada anda, anda mungkin mahu memikirkan tentangnya. Keselamatan diri anda harus sentiasa menjadi keutamaan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Domestic violence and abuse  http://www.helpguide.org/articles/abuse/domestic-violence-and-abuse.htm Accessed September 13, 2016

Steps to address domestic violence  http://psychcentral.com/lib/steps-to-address-domestic-violence/ Accessed September 13, 2016

Versi Terbaru

28/09/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tanda-tanda Penderaan Fizikal

Impak Penderaan Kanak-kanak


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/09/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan