home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anak Gemar Berswafoto: Bagaimanakah Mengajar Empati kepada Mereka?

Anak Gemar Berswafoto: Bagaimanakah Mengajar Empati kepada Mereka?

Mutakhir ini, swafoto telah menjadi satu trend dan ikutan individu di seantero dunia. Swafoto bukan sahaja telah menjadi hobi individu dewasa dan remaja malahan kanak-kanak juga sudah terpalit sama dalam aktiviti merakam gambar kehidupan seharian mereka lalu dimuat naik ke media sosial. Jika gambar yang dirakam tidak menepati citarasa, mereka akan menyunting gambar tersebut menggunakan sistem filter untuk memastikan gambar tersebut lebih menarik untuk tontonan masyarakat.

Kebanyakan individu yang gemar melakukan perbuatan ini sebenarnya mengejar “likes” dan “followers” yang dianggap sesuatu yang penting bagi mereka. Perbuatan mereka ini akan mendorong kepada sikap narsistik dan pentingkan diri. Sebagai ibu bapa, apakah cara anda untuk mengelakkan anak anda daripada memiliki sifat ini dan menanam sifat empati dalam diri mereka?

Berkomunikasi dengan anak anda

Sejurus anak anda menguasai teknik membaca dan menulis, mereka akan mula meneroka sesuatu yang baharu seperti telefon pintar, televisyen, tablet atau permainan video. Kebanyakan ibu bapa yang sibuk bekerja akan menggunakan peralatan ini untuk memastikan anak mereka leka dan tidak melakukan kekacauan di rumah. Tetapi cara ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ibu bapa seharusnya lebih banyak berkomunikasi dengan anak anda tentang keadaan mereka di sekolah, hubungan mereka dengan rakan-rakan atau apa-apa sahaja yang ingin mereka kongsikan. Berkomunikasi antara sesama anda merupakan langkah pertama untuk menanam sifat belas kasihan sesama individu.

Pilih dan baca buku yang bagus bersama anak anda

Buku yang penuh dengan nilai moral dan pengajaran seperti Charlotte’s Web, The Little Prince atau Alice in the Wonderland adalah contoh buku yang sangat berguna untuk mengajar sifat empati kepada anak anda. Jika anak anda masih kecil, luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk membacakan cerpen atau satu bab dalam novel seperti Wonder, Harry Potter atau The Fault in Our Star yang merupakan novel yang mempunyai nilai moral dan pengajaran yang bagus untuk anak anda. Dengan cara ini, anak anda bukan sahaja dapat belajar nilai moral dan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut malahan dapat menanam sifat suka membaca. Ini sangat bagus untuk perkembangan otak dan mental mereka.

Ajar anak anda untuk mengawal perasaan

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengajar anak mereka untuk mengawal emosi dan kelakuan. Empati dapat mengurangkan kemarahan, kekecewaan atau tekanan. Setiap kali anak anda mengalami perasaan-perasaan seperti ini, sentiasa ingatkan anak anda untuk menarik nafas sedalamnya dan lakukan kiraan 1 hingga 10 sebelum bertindak. Ini terbukti dapat mengawal perasaan dan menjadikan anda lebih tenang.

Kebaikan memerlukan praktis

Percaya atau tidak, kebaikan sebenarnya datang daripada sikap dan kelakuan sehari-harian. Kelakuan yang mudah seperti menahan pintu atau bertegur sapa dengan individu lain dan senyum kepada kanak-kanak kecil adalah praktis yang bagus untuk membantu dalam menanam tabiat yan baik dalam diri anak anda. Kelakuan yang baik juga akan dibalas dengan kelakuan yang baik. Disebabkan ini, anak anda akan menjadi seorang individu yang gemar melakukan kebaikan dewasa kelak.

Swafoto sebenarnya mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap generasi muda yang mula menunjukkan sikap berdikari dan kompetitif yang tinggi pada masa kini. Oleh itu, ibu bapa harus memberi lebih perhatian kepada anak-anak bagi memastikan mereka masih mempunyai perasaan belas kasihan dan empati terhadap individu lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

How to Teach Empathy to Selfie-Loving Kids. http://www.webmd.com/parenting/features/teach-empathy-selfie-loving-kids. Accessed January 4, 2017.

Teaching Empathy Skills to Your Self-Centered Child. http://www.healthyplace.com/parenting/the-parent-coach/teaching-empathy-skills-to-your-self-centered-child/. Accessed January 4, 2017.

Selfishness in Youth. http://www.childhealing.com/articles/selfishchild.php. Accessed January 4, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Farid pada 19/12/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x