backup og meta

Tiba-tiba Badan Rasa Bertenaga & Agresif? Ini Mungkin Tanda Mania VS Hypomania

Tiba-tiba Badan Rasa Bertenaga & Agresif? Ini Mungkin Tanda Mania VS Hypomania

Bagi menjalani kehidupan seharian kita dengan sebaiknya, kita wajarlah mempunyai mood yang bagus agar semuanya mampu berjalan dengan lancar. Pun begitu, apa akan jadi sekiranya anda rasa diri terlebih bertenaga secara mengejut? Untuk pengetahuan anda, ia mungkin bukan sesuatu yang bagus! Ini kerana ia barangkali ada kaitannya dengan kondisi gangguan emosi anda.

Jom bersama ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

Gangguan emosi jejaskan mental dan fizikal

Mood atau emosi itu adalah perkara yang diperlukan untuk menentukan keinginan atau kemahuan individu bagi melakukan sesuatu aktiviti.

Sebagai contoh, kita semua memerlukan mood yang tepat tatkala sedang bekerja, berehat, bermain atau melakukan apa juga aktiviti seharian.

Apa pula akan jadi sekiranya mood ini terganggu? Sudah tentu ia akan menjejaskan mental dan fizikal anda!

Menurut Pakar Psikologi Dr. Immanuel Natanael Tarigan, gangguan emosional akan menyebabkan terjejasnya perasaan yang ditandai dengan peningkatan dan/atau penurunan mood.

Ia boleh berlaku secara berkala dan berulang akibat daripada pelbagai faktor seperti genetik, persekitaran, perubatan, pengambilan dadah serta perubahan biokimia pada otak manusia.

Akibatnya, anda mungkin akan mengalami perasaan yang tidak menentu sekali gus merencatkan segala aktiviti seharian yang telahpun dirancang.

gangguan emosional

Antara gangguan emosional yang paling biasa terjadi kepada manusia adalah mania dan hypomania. Apakah ia?

Gangguan emosi mania vs hypomania

Ramai individu yang keliru di antara dua jenis gangguan ini kerana ia adalah lebih kurang sama hanya dengan sedikit perbezaan yang tidak ketara.

Buat kalian yang mengaitkannya dengan gangguan bipolar, anda tidak salah kerana salah satu daripada jenis ini memang mempunyai kaitan dengannya.

Untuk lebih tahu tentangnya, jom bersama fahami pengertian kedua-duanya:

Gangguan emosional mania

Mania adalah satu gangguan yang akan menyebabkan penderita menjadi terlebih bertenaga secara mengejut dalam aspek mental dan fizikal.

Ia juga akan menyebabkan penderita melakukan sesuatu secara berlebihan yang malangnya boleh menjejaskan tahap kesihatan diri.

Gangguan mania ini turut boleh berlaku kepada penderita gangguan bipolar 1 yang seterusnya mungkin akan mengakibatkan kemurungan atau kegelisahan.

gangguan emosi

Gangguan hypomania

Hypomania juga adalah satu gangguan yang akan menyebabkan penderita menjadi terlebih bertenaga secara mengejut namun tidak seagresif mania.

Ia juga akan menyebabkan penderita melakukan sesuatu secara berlebihan yang malangnya boleh menjejaskan tahap kesihatan diri.

Gangguan hypomania ini turut boleh berlaku kepada penderita gangguan bipolar 2 yang seterusnya mungkin akan mengakibatkan kemurungan atau kegelisahan.

Perbezaannya, kedua-duanya adalah lebih kurang sama dan akan mengakibatkan penderita lebih bertenaga secara mengejut namun dibezakan dengan tahap keagresifannya sahaja.

Apa simptom mania dan hypomania?

Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, kedua-dua kondisi gangguan emosi ini adalah lebih kurang sama dan begitu juga dengan simptomnya.

Dibezakan hanya dengan intensiti, berikut adalah antara simptom mania dan hypomania:

  • Mempunyai tenaga yang lebih daripada kadar normal
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak mampu untuk rehat
  • Keinginan tidur berkurang
  • Keyakinan diri meningkat
  • Kemahuan seks meningkat
  • Menjadi seorang yang sangat ramah
  • Fikiran bercelaru dengan pelbagai perkara
  • Fokus mudah terganggu
  • Melakukan banyak perkara dalam satu masa namun tidak menyiapkannya
  • Melakukan banyak perkara yang berisiko membahayakan nyawa

ketahanan mental

Semasa melalui simptom-simptom ini, anda sendiri tidak akan mengetahui bahawa diri sedang mengalami mania atau hypomania.

Jika ada individu yang menegur akan kelakuan anda yang berlebihan itu, kalian tidak akan menyangka bahawa ia adalah tidak normal.

Senario paling serius akibat gangguan mood ini

Episod gangguan hypomania mungkin tidak begitu teruk dan akan berakhir dengan diri kembali menjadi normal seperti sediakala.

Pun begitu, episod gangguan mania mungkin boleh menjadi lebih serius yang sekali gus membahayakan tahap kesihatan tubuh badan.

Senario paling serius yang boleh berlaku adalah penderita mungkin akan mengalami simptom psikotik seperti:

Akibatnya, kalian mungkin tidak mampu membezakan realiti dan fantasi yang boleh mengancam nyawa jika tidak mendapatkan rawatan segera.

Adakah anda sendiri pernah mengalami gangguan mood yang sebegini? Jika ya, segera dapatkan rawatan untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mind.org.uk/information-support/types-of-mental-health-problems/hypomania-and-mania/about-hypomania-and-mania/
  2. https://www.psychiatry.org/patients-families/bipolar-disorders/what-are-bipolar-disorders
  3. https://www.helpguide.org/articles/bipolar-disorder/bipolar-disorder-signs-and-symptoms.htm
  4. https://www.psycom.net/bipolar-disorder-difference-one-two
  5. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/what-is-hypomania

Versi Terbaru

30/06/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Bagaimana Untuk Memperbaiki Mood Anda dalam Tempoh 12 Minit

Argh, Esok Kembali Bekerja Tapi Masih Dalam Mood Bercuti. Apa Perlu Dilakukan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan