Mata adalah antara organ yang paling penting dan tanpanya, kita semua tidak akan mampu untuk melihat. Apabila terjadi masalah pada organ ini, maka ubat sakit mata sudah tentu akan jadi salah satu ikhtiar terbaik agar ia dapat pulih kembali seperti sediakala.
Persoalannya, mana satu anda patut pilih di antara jenis moden atau tradisional? Jom terus baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, anda boleh dapatkannya di sini.
Masalah berkaitan organ penting, mata!
Untuk makluman anda semua, ada banyak jenis masalah berkaitan mata yang biasa berlaku pada individu bermula daripada tahap yang ringan, sederhana sehingga paling kronik seperti buta.
Dalam pada itu, wujud banyak kondisi mata kronik yang individu wajar waspada, seperti berikut:
- Glaukoma
- Katarak
- Rabun jarak
- Rabun silau
- Rabun warna
- Mata juling
- Mata malas
- Degenerasi makula
- Retinopati diabetik
- Buta
Kondisi yang kami nyatakan di atas perlukan rawatan lanjut daripada doktor dengan kadar segera!
Kebiasaannya, kondisi mata yang ringan serta sederhana contohnya, konjunktivitis pula mungkin boleh dikawal dan dirawat hanya dengan menggunakan ubat jenis titis yang dijual di pasaran.
Ubat ini juga boleh membantu anda merawat gejala konjunktivitis iaitu mata merah, kering serta gatal. Menariknya, anda boleh pilih sama ada ingin mencuba cara yang moden atau tradisional.
Ubat sakit mata moden di farmasi
Sekiranya anda mengalami konjunktivitis akibat alahan, jangkitan atau kecederaan dan ingin mencari ubat sakit mata moden di farmasi, pastikan anda berjumpa dengan pakar oftalmologi terlebih dahulu.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Ini Cara Merawat Sakit Mata Dengan Betul, Jangan Biar Berlanjutan!
- Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Jangan Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!
- Sakit Mata Tengok Telefon Pintar Lama-lama? Pasang Pelindung Skrin Kalau Tak Nak Mata Rosak!
Mereka akan mendiagnosis dan mempreskripsi jenis ubat titis apa yang terbaik buat anda. Antara yang paling popular adalah asid fusidic dan chloramphenicol di dalam bentuk ubat titis mata.
Dalam masa sama, anda juga mungkin diberikan antibiotik atau antihistamin jika ada alahan atau jangkitan yang sangat teruk. Kebiasaannya, kondisi ini boleh pulih secara sendiri seiring masa.
Jadi, ia amat bagus untuk membantu merawat masalah mata yang bersifat ringan dan sederhana!
Bagi masalah mata yang lebih teruk seperti yang kami nyatakan di atas tadi, wujud ubat titis yang anda boleh gunakan namun ia mungkin tidak akan menyelesaikan masalah dengan total. Sewajarnya, anda perlu berjumpa dan berbincang dengan doktor pakar mata.
Ubat sakit mata tradisional di rumah
Kondisi sakit mata atau konjunktivitis ini juga mungkin anda boleh rawat secara sendiri sahaja di rumah menggunakan bahan semula jadi di dapur. Pun begitu, ia mungkin tidak begitu efektif serta akan mendatangkan implikasi bahaya pada organ mata anda.
Ini kerana masih belum ada sebarang bukti saintifik yang kata penggunaan bahan alami itu boleh membantu merawat masalah mata. Lebih menakutkan, ia mungkin akan memberi kesan berbahaya.
Jadi, dapatkan informasi dan nasihat daripada pakar mata jika anda ingin cuba bahan-bahan di bawah:
- Madu
- Timun
- Kentang
- Uncang teh
- Air batu