Sewaktu menjalani ibadah puasa, anda harus menahan diri daripada pelbagai aktiviti seksual termasuklah ereksi kerana terangsang.
Pun begitu, kadangkala ereksi zakar boleh berlaku secara tiba-tiba sahaja termasuklah ereksi sewaktu puasa.
Mungkin kerana anda melihat atau membicarakan hal-hal yang berbau seks atau kerana tindak balas tubuh yang semula jadi.
Lalu bagaimana caranya agar boleh mengendalikan dan mencegah ereksi sewaktu puasa? Jom rujuk tip di bawah ini!
Mencegah ereksi sewaktu puasa
Pada dasarnya, cara terbaik untuk mencegah ereksi sewaktu puasa adalah menghindari hal-hal yang merangsang nafsu syahwat.
Namun, anda juga boleh melakukan pelbagai cara agar tidak terangsang atau ereksi sewaktu puasa:
#1. Hindari tidur siang terlalu lama
Kalau anda tidur terlalu lama, anda akan memasuki tahap tidur lelap yang juga disebut REM (rapid eye movement).
Dalam tahap tidur ini, hormon dalam tubuh anda akan merangsang peredaran darah yang cukup deras menuju bahagian zakar.
Akibatnya, anda pun akan mengalami ereksi atau mimpi basah saat tidur.
Maka, bila anda ingin tidur siang saat puasa, hadkan sampai 20 atau 30 minit sahaja.
Lebih daripada itu, anda mungkin memasuki tahap tidur REM.
#2. Hindari fikiran yang menggairahkan
Jauhkan diri daripada fikiran yang menggairahkan atau hal-hal yang berbaur seksual sewaktu puasa.
Daripada memikirkan soal pasangan atau seks, alihkan fikiran anda kepada pekerjaan atau hobi anda.
Bila fikiran anda sudah mengarah ke sana, cuba fokuskan pada hal-hal yang boleh menghilangkan perasaan ghairah.
Misalnya tumpukan kepada pekerjaan atau orang tua anda!
#3. Senaman atau aktiviti fizikal
Sewaktu anda bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang cukup berat, darah akan mengalir ke bahagian-bahagian tubuh yang sedang bekerja.
Misalnya anda memilih untuk mengemas rumah daripada duduk main komputer.
Darah akan mengalir lebih deras menuju tangan dan kaki, bukan bahagian intim anda.
Maka, kemungkinan ereksi tiba-tiba akan berkurang.
Punca ereksi zakar walau tidak terangsang
Meskipun anda sudah melakukan hal-hal di atas untuk mencegah terangsang, anda mungkin tetap mengalami ereksi saat puasa.
Ini kerana zakar, seperti anggota tubuh anda yang lain, kadangkala bertindak balas di luar kawalan atau kesedaran anda.
Dalam banyak hal, orang lelaki boleh mengalami ereksi ketika berhadapan dengan situasi tegang atau sewaktu gugup.
Misalnya ketika menjalani ujian atau sedang membentangkan perbentangan penting di depan klien.
Sewaktu anda merasa gugup atau takut, hormon adrenalin akan dihasilkan oleh otak.
Hal ini menyebabkan aliran darah semakin deras dan jantung berdegup lebih kencang.
Sensasi ini mirip dengan orgasme atau ghairah seks yang memuncak.
Akibatnya, zakar pun mengalami ereksi walaupun anda sedang tidak terangsang atau memikirkan hal-hal yang erotis.
Hal ini juga dikenali dengan istilah ereksi spontan. Ereksi spontan memang sukar untuk dikawal, tetapi jangan risau.
Masih ada cara untuk menghentikan atau mengurangkan intensitiya!
Cara menghentikan ereksi sewaktu puasa
Ereksi yang tidak dicetuskan oleh rangsangan seksual biasanya akan hilang sendiri dalam beberapa minit.
Namun, jika anda tiba-tiba mengalami ereksi yang tak reda, cuba lakukan langkah-langkah berikut.
- Fikirkan hal-hal yang tidak menyenangkan, seperti suasana kesesakan lalu lintas pagi tadi.
- Bersenam ringan atau lakukan regangan. Aktivti fizikal boleh mengalihkan aliran darah daripada zakar menuju bahagian tubuh lain sehingga zakar cepat surut.
- Pergi ke kamar mandi dan cuba untuk buang air kecil. Biasanya setelah buang air kecil, zakar akan jadi lebih relaks.
- Tarik nafas dalam. Ketika zakar tiba-tiba menegang, anda mungkin jadi panik, tapi panik hanya akan memburukkan keadaan. Tenangkan diri dan tarik nafas beberapa kali sehingga ereksi reda.