backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kajian Kata Ada Banyak Sebab Individu Bersenggama, Rupa-rupanya Bukan Hanya Sekadar Tuntutan Nafsu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2023

    Kajian Kata Ada Banyak Sebab Individu Bersenggama, Rupa-rupanya Bukan Hanya Sekadar Tuntutan Nafsu!

    Seks, ia adalah satu kenikmatan yang sudah jadi kemestian buat setiap pasangan bercinta terutamanya yang bergelar suami isteri.

    Disebabkan itu, ia wajarlah dilakukan dengan kekerapan yang betul demi kehidupan seksual yang sejahtera.

    Tanpanya, sudah pasti akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

    Pun begitu, pernahkah anda terfikir apakah penyebab manusia perlu buat seks? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Definisi hubungan seksual yang sebenar

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu definisi sebenar hubungan seksual atau lebih dikenali sebagai seks ini.

    Buat anda yang mungkin belum tahu lagi, definisi hubungan seksual adalah perbuatan persetubuhan di antara dua manusia berlainan jantina.

    Ia dilakukan dengan cara penetrasi alat kemaluan – zakar lelaki dimasukkan dan didayungkan ke dalam faraj wanita sehingga keluar air mani.

    Seks adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan pasangan bercinta terutamanya buat mereka yang bergelar suami isteri.

    seks

    Jika tidak mahu atau tidak mampu melakukannya, suami isteri sangatlah digalakkan untuk melakukan ‘ringan-ringan’ dalam usaha memuaskan nafsu syahwat masing-masing.

    Persoalannya, kenapa ia mesti dilakukan oleh manusia?

    Kenapa manusia mesti buat seks?

    Ya, seakan sudah sebuah menjadi lumrah kehidupan kita di mana seks adalah perbuatan yang biasa dilakukan oleh pasangan bercinta.

    Pun begitu, kami sama sekali tidak kata yang kalian boleh melakukan hubungan seksual sebelum berkahwin kerana ia banyak kemudaratan.

    Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa manusia mesti buat seks sekiranya faktor nafsu syahwat ditolak ke tepi? Ini jawapannya!

    Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan di dalam jurnal National Library of Medicine, terdapat ratusan (237) penyebab manusia mesti buat seks dan ia bukan sekadar berkait dengan nafsu syahwat sahaja.

    Ini kerana manusia memang lahir dengan sifat dan cara fikir yang sangat kompleks dan kadangkala sangat sukar dianalisis oleh sains.

    Berikut adalah beberapa pecahan sebab penting kita semua perlu buat seks:

    #1. Fizikal

    Pertama sekali, sudah tentu ia didasari oleh fitrah kejadian manusia yang lahir dengan hawa nafsu terhadap segala perkara berkenaan seks.

    Di dalam percintaan pula, akan wujud satu keinginan atau kemahuan dalam diri individu yang mendambakan sentuhan pasangan secara fizikal.

    Sama ada sebelum atau selepas berkahwin, ini adalah normal kerana anda ingin bereksperimen dengan perkara yang selama ini hanya bermain atau berlegar dalam fikiran sahaja.

    seks

    #2. Emosional

    Selain itu, hubungan seksual juga sudah pasti sangat berkaitan rapat dengan faktor emosi yang dimiliki oleh setiap manusia di muka bumi ini.

    Semua orang akan memiliki hasrat untuk mencintai serta dicintai oleh orang lain dan seks adalah salah satu daripada cara untuk merealisasikannya.

    Perasaan cinta juga akan hadir bersama perasaan yang lain iaitu kasih, rindu dan tanggungjawab untuk melaksanakan komitmen di dalam perhubungan.

    #3. Sosial

    Dalam pada itu, sesetengah individu juga dipercayai melakukan hubungan seksual untuk melengkapkan status atau taraf sosial kehidupan mereka.

    Bagi mereka, ia adalah penting untuk beberapa sebab sosial antaranya supaya menjadi lebih popular, membalas dendam kesumat, membuat orang cemburu dan lain-lain.

    Dengan mengaku pernah melakukannya, individu cenderung untuk berasa bahawa diri sudah melebihi atau menjangkaui orang lain yang dianggap sebagai pesaing hidup.

    seks

    #4. Jaminan

    Akhir sekali, kajian tersebut turut mendapati bahawa individu melakukan seks di atas dasar ingin menjamin perhubungan bersama pasangan tercinta.

    Ini kerana ada orang yang beranggapan bahawa seks adalah satu perkara yang akan ‘mengikat’ pasangan mereka daripada curang atau pergi kepada individu lain.

    Seakan sudah menjadi satu tugas, hubungan seksual cenderung dianggap sebagai satu perbuatan yang mesti dilakukan di dalam perhubungan untuk melanjutkan zuriat dan keturunan.

    Berkahwin adalah jalan penyelesaiannya!

    Walau apapun sebab yang dinyatakan di atas mengenai kenapa orang mesti buat seks, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk melakukannya luar nikah.

    Ini kerana anda dan pasangan perlu tahu bahawa seks sebelum berkahwin boleh mendatangkan banyak mudarat terhadap kesihatan fizikal dan emosi individu.

    Maka berkahwinlah dan jadikan perkahwinan itu sebagai satu laluan atau sandaran untuk menyalurkan nafsu syahwat dengan cara yang nikmat, halal dan selamat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan