backup og meta

Zakar Rasa Sakit & Bengkak, Jangan Berdiam Diri, Ini Mungkin Petanda Balanitis, Bahaya!

Zakar Rasa Sakit & Bengkak, Jangan Berdiam Diri, Ini Mungkin Petanda Balanitis, Bahaya!

Balanitis adalah jangkitan yang terjadi pada zakar lelaki. Apatah lagi zakar yang sihat dan kuat sudah pasti adalah impian semua lelaki bukan? Manakan tidak, ia adalah organ yang sangat penting untuk sistem pembiakan dan perkumuhan mereka!

Jika alat sulit lelaki itu berada dalam kondisi yang kurang baik atau bagus, maka akan terjejaslah kehidupan mereka dan juga pasangan.

Kadangkala, lelaki mungkin akan mengalami zakar sakit dan juga bengkak tanpa tahu puncanya. Awas ya, ia mungkin petanda penyakit balanitis.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Apa itu balanitis?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar keadaan ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, balanitis adalah keradangan yang berlaku kepada kepala zakar lelaki dan biasa berlaku kepada mereka yang belum bersunat.

Ia boleh terjadi kepada semua lelaki dalam pelbagai peringkat usia tetapi lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah.

Sekiranya terjadi kepada anda, ia akan mendatangkan simptom-simptom termasuklah:

Seandainya dibiarkan, bahagian batang alat kemaluan akan terkesan yakni mengalami bengkak, sakit dan lepuh lantas menimbulkan ulser.

Oleh itu, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan lanjutan jika ada simptom-simptom ini ya.

balanitis adalah

Apa punca balanitis?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan kondisi ini namun apakah punca sebenarnya?

#1. Jangkitan punca balanitis

Antara penyebab utama balanitis adalah jangkitan yang terjadi kepada alat kemaluan lelaki dan disebabkan oleh dua perkara berikut:

Jangkitan candida

Buat anda yang belum tahu, ia adalah jangkitan kulat yang akan menyebabkan keradangan pada seluruh tubuh badan termasuklah pada alat sulit tidak kira lelaki atau wanita.

Jangkitan bakteria

Selain kulat, bakteria juga boleh menyebabkan keradangan dan cara untuk mengurangkan risikonya adalah dengan kerap membersihkan alat sulit menggunakan air dan sabun.

#2. Masalah kulit

Selain jangkitan, antara punca utama balanitis yang lain adalah kondisi kulit individu itu sendiri.

Ini termasuklah pada alat sulit dan pelbagai keadaan kulit yang boleh menyumbang masalah ini antaranya:

  • Lichen planus – Kondisi di mana bahagian permukaan kulit menjadi ruam, merah dan gatal
  • Ekzema – Kondisi di mana bahagian permukaan kulit menjadi kering, merah dan gatal
  • Dermatitis – Kondisi di mana bahagian permukaan kulit berlaku keradangan akibat kontak langsung dengan pelbagai perkara yang boleh jadi pencetus
  • Psoriasis – Kondisi di mana bahagian permukaan kulit menjadi kering dan bersisik akibat sistem imunisasi tubuh badan tidak mampu memulihkan sel kulit dengan normal

balanitis adalah

Untuk pengetahuan anda, keempat-empat kondisi kulit ini boleh menyerang zakar lelaki lantas mengakibatkan kondisi balanitis.

Untuk merawatnya pula, penderita haruslah mengenal pasti masalah kulit yang dialami terlebih dahulu dan dapatkan rawatan lanjutan.

#3. Keradangan zakar

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, balanitis akan terjadi apabila zakar mengalami keradangan akibat jangkitan dan juga masalah kulit.

Namun ada beberapa lagi perkara yang boleh menyebabkan keradangan zakar iaitu:

  • Penggunaan kondom, pelincir dan alat kontrasepsi khas untuk lelaki yang mengandungi zat kimia dan mengundang kulit mendapat alahan
  • Penggunaan seluar dalam yang tidak dicuci atau dibilas dengan bersih sehingga meninggalkan kesan sabun juga boleh menjadi punca keradangan alat sulit
  • Penggunaan sabun mandi yang tidak sesuai dan menyebabkan keradangan alat kemaluan

#4. Diabetes

Jangan terkejut jika kami kata kondisi kencing manis boleh menyebabkan balanitis kepada lelaki ya?

Ini kerana lelaki yang sudah lama menghidapi kondisi kencing manis mempunyai risiko mengalami jangkitan kulit yang lebih tinggi berbanding bukan penderita.

Hal ini demikian kerana terdapat glukosa yang wujud di dalam air kencing dan dikeluarkan melalui saluran zakar lantas menjemput bakteria untuk merebak dan membiak.

#5. Fimosis

Sekiranya alat sulit lelaki tidak disunat, kepala zakar akan dilapisi kulit yang dikenali sebagai kulup.

Dalam beberapa kes, kulup ini boleh menjadi terlalu ketat sehingga tidak boleh ditarik kembali untuk menutup semula kepala zakar lantas menyebabkan fimosis.

Kondisi yang biasa terjadi kepada bayi dan kanak-kanak ini juga merupakan antara salah satu daripada punca masalah kulit alat sulit yang dikenali sebagai balanitis.

balanitis adalah

#6. Seks punca balanitis

Meskipun ramai yang sangka ia biasa terjadi kepada bayi dan kanak-kanak, tapi balanitis adalah penyakit yang boleh berlaku kepada orang dewasa juga.

Ia boleh terjadi diakibatkan oleh seks yang tidak selamat (seks dengan banyak pasangan atau seks tanpa sebarang perlindungan).

Ini lebih berisiko terutamanya jika pasangan wanita anda sedang mengalami jangkitan pada faraj dan perbuatan penetrasi zakar ke dalam faraj pasti akan merebakkan jangkitan tersebut.

Dalam pada itu, penyakit jangkitan kelamin (STD) seperti herpes, sifilis dan chlamydia juga adalah salah satu daripada punca penyakit balanitis ini berlaku.

Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai balanitis, sila berjumpa doktor pakar segera ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.nhs.uk/conditions/balanitis/pages/introduction.aspx
  2. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21186-balanitis/management-and-treatment
  3. https://patient.info/mens-health/penis-problems/balanitis
  4. https://medlineplus.gov/ency/article/000862.htm
  5. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000862.htm
  6. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/balanitis-a-to-z

Versi Terbaru

30/08/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Perasan Ada Bintik Putih & Gejala Ini Pada Buah Zakar, Hati-Hati Ia Mungkin Tanda Kanser Testis!

Normal Ke Kalau Zakar Bengkok Ke Bawah? Ini Faktanya Yang Para Lelaki Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan