backup og meta

Katanya, Buah Tembikai Adalah 'Viagra' Versi Semula Jadi Untuk Mati Pucuk! Benarkah?

Katanya, Buah Tembikai Adalah 'Viagra' Versi Semula Jadi Untuk Mati Pucuk! Benarkah?

Disfungsi ereksi (ED), atau mati pucuk bukan lagi 1 kondisi asing pada lelaki, terutamanya apabila meningkat usia. Ubat preskripsi, seperti sildenafil (Viagra), dapat bantu merangsang aliran darah kembali ke zakar dan boleh mengatasi masalah ED. Kini, ada ura-ura mengatakan buah tembikai juga boleh menjadi penawar mati pucuk!

Katanya, tembikai dianggap sebagai ‘Viagra semula jadi’ untuk lelaki dengan masalah ereksi…

Dalam banyak-banyak buah, kenapa tembikai? Ini kerana asid amino yang terkandung di dalamnya (L-citrulline) dikatakan dapat merangsang aliran darah ke zakar.

Namun, penyelidikan mengenai L-citrulline tidak cukup meyakinkan untuk membuktikan buah ini sebagai antara rawatan yang dapat menguruskan simptom ED.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tembikai, L-citrulline, dan mati pucuk.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Tembikai sebagai penawar mati pucuk, ini dapatan kajian!

Untuk makluman, tembikai mengandungi sejumlah L-citrulline yang tinggi. Asid amino ini dianggap sebagai non-essential.

Setelah diserap oleh sistem oksida nitrat anda, ia kemudiannya akan menyebabkan pelebaran saluran darah.

Kesannya, tekanan darah anda bakal menurun, manakala aliran darah pula bertambah baik.

L-citrulline dapat bantu merangsang enzim yang digelar sebagai cGMPs. Mereka memainkan peranan langsung dalam aliran darah.

Selain itu, penggunaan L-citrulline yang banyak juga dianggap akan dapat bantu membaik pulih ED.

penawar mati pucuk

Menurut data saintifik pula, beberapa kajian telah mengkaji peranan L-citrulline sebagai penawar mati pucuk.

1 kajian yang diterbitkan dalam Urology mendapati 24 orang lelaki yang mengambil suplemen selama sebulan telah mencatat peningkatan terhadap gejala ED yang ringan.

Kajian lain pula melihat kesan ekstrak tembikai terhadap aktiviti seksual tikus jantan dan mendapati berlakunya peningkatan aktiviti.

Pun begitu, lebih banyak penyelidikan berjangka panjang yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanannya sebagai penawar mati pucuk dan keselamatan keseluruhan L-citrulline.

Suplemen berasaskan L-citrulline

Peringatan: Kalian hanya boleh mengambil suplemen L-citrulline dengan persetujuan doktor!

Walaupun ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk, namun wujud risiko interaksi ubat, terutamanya jika anda sudah mengambil ubat penawar mati pucuk seperti Viagra.

L-citrulline dari sumber lain

Untuk mendapatkan kandungan L-citrulline seperti di dalam suplemen, anda perlu makan kira-kira 3 1/2 cawan tembikai dadu setiap hari!

Manakala, tembikai berwarna oren dan kuning mungkin mempunyai tahap yang lebih tinggi, ini bermaksud kalian boleh memakannya dengan lebih sedikit untuk mendapatkan paras citrulline yang sama.

L-citrulline juga secara semula jadi turut terkandung di dalam beberapa jenis makanan lain, termasuklah bawang putih, ikan, dan kekacang.

Manfaat berbanding risiko makan tembikai

Lelaki dengan masalah mati pucuk di tahap ringan hingga sederhana mungkin akan dapat memanfaatkan penggambilan L-citrulline melalui tembikai atau suplemen.

Tambahan itu, tembikai bukan sahaja kaya dengan L-citrulline, ia juga merupakan sumber vitamin A dan C yang tinggi, berserta serat dan kalium.

Antioksidan dalam jumlah yang sederhana, cukup baik untuk kesihatan menyeluruh dan umur yang panjang.

Bahkan menurut National Center for Complementary and Integrative Health, tahap antioksidan yang tinggi sebenarnya boleh membahayakan kesihatan!

Selain itu juga, antioksidan tambahan yang diperoleh dalam bentuk buatan bukanlah pengganti yang baik jika dibandingkan dengan makanan segar.

Ini kerana antioksidan berasaskan suplemen tidak akan diproses oleh badan dengan cara yang sama.

Manakala, buahan organik pula tidak akan menimbulkan risiko. Tetapi, sekiranya anda mempunyai alahan debunga, kalian mungkin perlu berhati-hati.

Mengapa? Sesetengah individu yang mempunyai alergi debunga boleh mengalami reaksi alahan buah-buahan dan sayuran mentah.

Ini dipanggil sebagai oral allergy syndrome (OAS). OAS biasanya berupaya memicu simptom ringan, seperti ruam kulit.

Gejala lain yang jarang tapi masih berisiko terjadi adalah kesukaran bernafas.

Sekiranya anda menghidap penyakit asma, rujuk kepada doktor mengenai pengambilan makanan tambahan sebelum membuat keputusan untuk mencubanya.

L-citrulline juga boleh berinteraksi dengan ubat preskripsi untuk kondisi:

penawar mati pucuk

Sekiranya anda memutuskan untuk mengambil suplemen berasaskan L-citrulline, lakukan konsultasi bersama doktor bertauliah terlebih dahulu, okey?

Hal ini adalah sangat penting jika anda sudahpun mengambil sebarang suplemen atau ubat-ubatan lain.

Makanan tambahan L-citrulline harus dianggap sebagai sebahagian daripada rancangan kesihatan zakar, bukannya pengganti ubat penawar mati pucuk.

Oleh itu, sentiasa dapatkan khidmat nasihat dan cadangan doktor mengenai semua pilihan yang boleh dicuba.

Konklusi

Ubat Viagra adalah antara opsyen penawar mati pucuk yang selamat dan berkesan buat majoriti lelaki.

Bagi lelaki yang lebih selesa menghindari ubat-ubatan atau yang tidak dapat menggunakan Viagra, buah tembikai adalah salah satu daripada alternatif yang boleh diterokai.

Namun perlu anda tahu, dengan memakan tembikai sahaja tidak akan dapat menyelesaikan masalah jangka panjang.

Ini kerana ED sering kali menjadi indikasi kepada kondisi kesihatan yang memerlukan perhatian, seperti kolesterol tinggi.

Anda juga masih perlu berjumpa doktor untuk menguruskan masalah kesihatan yang mungkin dialami.

Mendapatkan rawatan terhadap penyakit dihadapi akan bantu membaik pulih gejala mati pucuk!

Pada masa yang sama, tiada mudaratnya makan tembikai dalam jumlah yang sederhana, kan?

Selain meningkatkan libido, anda juga akan memperoleh faedah antioksidan daripada vitamin A dan C!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://doi.org/10.1016/j.urology.2010.08.028
  2. http://doi.org/10.1038/sj.ijir.3901021
  3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254833
  4. http://doi.org/10.1017/S0007114507841110
  5. http://dx.doi.org/10.1016/S0090-4295(98)00571-8

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

JANGAN Terkeliru Lagi! Kenal Pasti Perbezaan Antara Kemandulan & Mati Pucuk

Rupanya Tembikai Ada Pelbagai Jenis, Antara Khasiatnya Boleh Lancarkan Aliran Darah Menuju Zakar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan