backup og meta

Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkat Kebolehan Capai Ereksi!

Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkat Kebolehan Capai Ereksi!

Secara amnya, terdapat pelbagai jenis suplemen dan herba yang boleh meningkatkan kadar aliran darah ke seluruh badan termasuklah ke organ zakar.

Artikel ini akan menerangkan hal tersebut bersama dengan alternatif lain yang boleh digunapakai untuk meningkatkan kebolehan anda bagi mencapai ereksi.

Suplemen vitamin boleh tingkatkan aliran!

Masalah aliran darah tidak baik bukanlah satu keadaan yang asing. Jika anda sering berasa sejuk pada tangan dan kaki, anda mungkin mengalami masalah ini tanpa disedari.

Jika masalah pada sistem peredaran darah manusia tidak diberi perhatian, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan impak negatif terhadap tahap kesihatan anda.

Aliran darah merupakan elemen yang penting dalam memastikan seseorang itu untuk kekal sihat.

Sebagai contoh, organ penting seperti otak memerlukan aliran yang berterusan untuk memastikan fungsi kognitif berada pada tahap yang optimum.

Begitu juga dengan zakar yang memerlukan aliran baik untuk mencapai ereksi. Jika ia terganggu, masalah seperti mati pucuk boleh berlaku.

organ zakar

Antara suplemen yang boleh meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan adalah:

  • Vitamin B. Kajian menunjukkan, suplemen vitamin B (spesifiknya niasin, B3) boleh meningkatkan aliran darah melalui beberapa mekanisme biologi. Makanan seperti sayur berdaun (bayam dan sebagainya) mempunyai kandungan vitamin B yang sangat tinggi
  • Vitamin E. Vitamin E boleh membuka saluran darah dan membantu mengekalkan pengaliran darah pada tahap yang optimum. Anda boleh memperolehinya daripada pelbagai jenis minyak sayuran
  • Zat besi. Jika anda gemar makan daging atau sayuran berdaun, ketahuilah, makanan tersebut kaya dengan zat besi. Selain itu, zat besi juga boleh diperolehi daripada suplemen

Ambil suplemen ini untuk tingkatkan darah ke zakar

Kebanyakan suplemen boleh meningkatkan keupayaan seksual anda secara tidak langsung melalui mekanisme yang mampu mempengaruhi kadar aliran secara umum.

Pun begitu, ada suplemen yang boleh meningkatkan kadar aliran ini ke organ zakar seperti:

aliran darah

  • Vitamin D. Vitamin D adalah sejenis vitamin yang boleh diperolehi melalui pendedahan terhadap cahaya matahari. Antara kebaikan yang dapat digarap oleh pengguna adalah ia mampu membuatkan sel yang membarisi salur darah (sel endotelial) kekal sihat
  • Asid amino L-arginine. Ini merupakan asid amino yang boleh mengembangkan salur darah dan meningkat kadar pengaliran darah
  • Ginseng. Pengamal perubatan tradisional sering menggunakan ginseng sebagai suplemen untuk merawat masalah disfungsi seksual dalam kalangan lelaki. Ia juga boleh meningkatkan kadar tenaga dan membuatkan anda relaks
  • Yohimbe. Sama seperti ginseng, yohimbe juga merupakan salah satu jenis herba yang sering digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat masalah mati pucuk
  • Herba ‘horny goat’. Herba ini boleh menghalang fungsi enzim yang mengehadkan aliran darah ke dalam zakar. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional menggunakan herba ini untuk merawat masalah mati pucuk dan rendah nafsu syahwat

Kena ambil suplemen untuk kekal hebat di ranjang?

Jawapan ringkas adalah tidak semestinya.

Bergantung kepada setiap individu, anda boleh memilih untuk mengambil suplemen namun anda disarankan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Badan manusia tidak boleh menyerap nutrisi mikro dalam kuantiti yang banyak

Sekiranya khasiat yang diambil daripada makanan sudah mencukupi, anda tidak disarankan untuk mengambil suplemen untuk meningkatkan aliran itu ke organ zakar.

aliran darah

Amalkan gaya hidup sihat dan jika anda mengalami kesukaran untuk melakukan hubungan seks (atas faktor tertentu), pastikan anda membuat pemeriksaan untuk mengenal pasti punca di sebaliknya.

Konklusi

Suplemen secara umumnya berupaya untuk meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan dan secara tidak langsung, boleh membantu lelaki untuk mencapai ereksi.

Namun, bagi mereka yang mengalami masalah mati pucuk, keadaan tersebut berkemungkinan berlaku atas faktor kesihatan yang lain.

Penting bagi anda untuk diperiksa oleh doktor dan mendapatkan rawatan jika perlu. Sekiranya penggunaan suplemen disarankan, anda boleh mencubanya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. B Vitamins and the Brain: Mechanisms, Dose and Efficacy—A Review. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4772032/). Diakses pada 20 Februari 2021.
  2. Vitamin E. (https://medlineplus.gov/ency/article/002406.htm). Diakses pada 20 Februari 2021.
  3. Vitamin E. (https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-e/). Diakses pada 20 Februari 2021.
  4. Dietary supplements for erectile dysfunction: A natural treatment for ED? (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/in-depth/erectile-dysfunction-herbs/art-20044394). Diakses pada 20 Februari 2021.
  5. Vitamin D and Lipids. (https://www.ahajournals.org/doi/full/10.1161/CIRCULATIONAHA.112.119693). Diakses pada 20 Februari 2021.

Versi Terbaru

04/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Zakar Bengkok Ke Kiri Semasa Ereksi, Normal Atau Tanda Penyakit Peyronie?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan