backup og meta

Ini Sebab Mengapa Lelaki 'LEPAK' Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/04/2021

    Ini Sebab Mengapa Lelaki 'LEPAK' Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Tahukah anda, bukan wanita sahaja yang suka ‘melepak’ lama di dalam bilik air ketika buang air besar, lelaki juga begitu.

    Bahkan, kajian sosial menunjukkan lelaki meluangkan masa yang lebih lama berbanding wanita. 

    Apabila terdapat perbezaan di antara durasi ini, saintis berminat untuk mengetahui punca sebenar di sebaliknya.

    Adakah ia disebabkan perbezaan struktur anatomi? Tidak sama sekali.

    Kajian pada tahun 1996 oleh Klinik Mayo menunjukkan pergerakan najis keluar dari usus besar semasa proses nyahtinja adalah lebih laju dalam kalangan subjek lelaki berbanding wanita.

    Dapatan tersebut disokong oleh kajian pada tahun 2009 yang menunjukkan wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah pergerakan usus tidak normal dan sembelit berbanding lelaki.

    Jika begitu, maka sepatutnya wanita lebih terdorong untuk meluangkan masa yang lama di dalam bilik air, bukannya lelaki! 

    Struktur anatomi bukanlah jawapan kepada perbezaan durasi tersebut.

    Jadi apa jawapannya? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Lelaki gemar membaca semasa buang air besar

    air besar

    Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah syarikat pembekal barangan bilik air di United Kingdom (UK) menunjukkan lelaki meluangkan masa kira-kira 1 jam 35 minit di dalam bilik air dalam masa seminggu.

    Purata masa hampir 14 minit sehari itu adalah lebih lama berbanding dengan wanita yang hanya meluangkan masa selama 55 minit dalam masa seminggu di dalam bilik air (8 minit sehari).

    Situasi ini boleh diterangkan jika dilihat pada aspek aktiviti di dalam bilik air yang dilakukan oleh lelaki dan wanita semasa buang air besar.

    Kaji selidik tersebut menunjukkan 86% lelaki suka untuk membaca sesuatu semasa buang air besar berbanding dengan 27% wanita yang gemar melakukan aktiviti yang sama.

    Malah, statistik tersebut turut disokong oleh kajian pada tahun 2009 yang menunjukkan 64% subjek lelaki gemar membaca semasa buang air besar berbanding dengan 41% subjek wanita.

    Menurut pakar terapi psikologi, Jonathan Alpert, lelaki suka membaca di dalam bilik air bukan sebab lokasi tersebut ideal untuk membaca.

    Ia merupakan satu kawasan yang menenangkan dan bebas daripada tekanan hidup.

    Penjelasan tersebut menunjukkan punca kenapa lelaki meluangkan lebih banyak masa di dalam bilik air berbanding wanita lebih tertumpu kepada faktor psikologi dan bukannya faktor penyakit.

    Punca lain (bukan penyakit) lelaki luang masa lebih lama buang air besar

    bilik air

    Selain daripada aktiviti membaca, terdapat juga perkara lain yang boleh mempengaruhi durasi masa di dalam bilik air.

    Sebagai contoh, ada lelaki yang suka menonton filem lucah atau melancap di dalam bilik air.

    Perkara ini terutamanya jika mereka menetap di dalam bilik kongsi dan tidak mempunyai privasi untuk melakukan aktiviti tersebut.

    Menurut Alpert, sekiranya lelaki membawa telefon masuk ke dalam bilik air, ada maksudnya itu.

    Penggunaan telefon pintar di dalam bilik air bukanlah sesuatu yang asing pada abad ini. 

    Bahkan menurut kaji selidik yang dijalankan oleh syarikat telekomunikasi Verizon, 90% subjek kajian yang terlibat sering membawa telefon mereka ke dalam bilik air.

    Ada yang suka menggunakan aplikasi dating semasa di dalam tandas terutama jika penggunaannya hanya memerlukan pengguna untuk selak kanan/kiri seperti aplikasi Tinder dan Facebook Dating.

    Namun, ia tidak bermaksud anda perlu sangsi dengan pasangan anda sekiranya mereka meluangkan masa yang lama di dalam tandas.

    Boleh jadi, apa yang mereka hajatkan adalah masa bersendirian untuk lari daripada kesibukan dunia dan tekanan emosi.

    Anda mungkin berminat:

    Jangan duduk lama sangat di dalam tandas

    air besar

    Walaupun memang normal bagi lelaki duduk lama di dalam bilik air semasa buang air besar, tapi jika terlalu lama, ia boleh memudaratkan kesihatan.

    Kebanyakan pakar menyarankan tempoh masa di antara 1 hingga 15 minit untuk buang air besar.

    Sekiranya anda mengalami kesukaran dalam tempoh masa tersebut, jangan paksa.

    Bangun dan buat aktiviti lain terlebih dahulu, kembali ke bilik air sekiranya anda rasa hendak membuang air besar semula.

    Duduk terlalu lama semasa buang air besar boleh menyebabkan tekanan berkumpul di kawasan anus hingga boleh mengakibatkan masalah buasir.

    Perkara ini lebih teruk sekiranya anda memaksa (meneran) keluar najis semasa proses nyahtinja.

    Penggunaan telefon atau bahan bacaan boleh membuatkan mood anda untuk buang air besar hilang.

    Jika ditambah lagi dengan masalah seperti sembelit, proses nyahtinja akan menjadi sukar.

    Konklusi

    Jangan pelik jika kawan atau pasangan anda suka meluangkan masa yang lama di dalam tandas.

    Biar mereka menikmati masa bersendirian dan seboleh-bolehnya jangan ganggu mereka melainkan jika ada hal kecemasan.

    Namun, jika anda seorang yang suka meluangkan masa di dalam tandas, jangan pentingkan diri pula.

    Pastikan proses buang air besar berlaku di antara 1 hingga 15 minit. Sekiranya masih sukar, berhenti meneran dan buat aktiviti lain terlebih dahulu.

    Kembali ke tandas sekiranya rasa hendak buang air besar itu datang semula.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan