backup og meta

Selalu Dengar Orang Perempuan Ambil Kolagen, Tapi Lelaki Pun Kena Amalkan, Ini Manfaatnya!

Selalu Dengar Orang Perempuan Ambil Kolagen, Tapi Lelaki Pun Kena Amalkan, Ini Manfaatnya!

,Suplemen collagen untuk kulit memang mempunyai banyak manfaat dan sering kali dikaitkan dengan kaum wanita. Namun, adakah ia turut diperlukan serta boleh digunakan oleh orang lelaki? Terus baca artikel ini agar dapat tahu tentang kolagen untuk lelaki!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Collagen untuk kulit, kenapa ia penting?

Untuk pengetahuan anda semua, kolagen merupakan sejenis protein paling tinggi di dalam tubuh badan manusia dengan jumlah sekitar 30% dan ia juga sangat penting kepada individu.

Protein kolagen berfungsi seperti jarum dan benang yang bertindak mencantumkan kulit, tendon, ligamen, dalam tulang, dalam usus serta salur darah supaya ia sentiasa kekal bercantum.

Kewujudan kolagen boleh memicu kulit pada tubuh badan individu menjadi lebih anjal dan kuat.

Kerosakan pada protein ini pula boleh membawa masalah kulit seperti kedut, kerut dan lain-lain.

Maka, adalah sangat penting untuk individu mendapatkan kolagen daripada sumber utama yakni makanan dan minuman di samping mengamalkan suplemen demi kulit yang lebih sihat.

kolagen untuk lelaki
Suplemen untuk kulit yang halus dan bersih.

Persoalannya, suplemen collagen bagus atau tidak untuk kulit atau ia tidak ada impak besar?

Benarkah pil kolagen bagus untuk kulit?

Sebenarnya, terdapat 4 jenis asid amino yang penting di dalam kolagen iaitu prolin, glisin, arginin dan hidroksiprolin di mana kesemua jenis itu amat diperlukan oleh organ paling besar ini.

Di antara 4 jenis asid amino tersebut, hidroksiprolin merupakan entiti utama yang mendorong sel di dalam kulit manusia bagi meningkatkan penghasilan kuantiti dan kualiti asid hialuronik.

Asid ini pula boleh membantu membuat kandungan air pada kulit menjadi lebih tinggi. Kesannya, kulit individu kurang risiko dehidrasi sekali gus menjadikan kulit lebih lembut, licin, anjal serta kuat!

Menurut kajian seliaan Minerva Research Labs Ltd., pengambilan pil kolagen ada potensi tinggi untuk mengurangkan kedutan dan kerutan selain mengelakkan masalah kulit kering.

Ia ekoran daripada maklum balas responden yang mengatakan kulit mereka menjadi lebih cantik, bersih dan awet muda setelah mengambil suplemen kolagen selama 12 minggu tanpa henti.

kolagen untuk lelaki
Perubahan kulit apabila semakin berusia.

Adakah kolagen untuk lelaki juga penting?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas, kolagen memang sangat penting untuk kesihatan kulit manusia kerana ia mungkin mampu memperlahankan proses penuaan secara semula jadi.

Biasa dikaitkan dengan kaum wanita, namun adakah kolagen untuk lelaki juga penting? Sebenarnya, anda tidak boleh hanya berat kepada satu jantina sahaja apabila berbicara tentang hal kecantikan.

Ini kerana orang lelaki juga kena memberikan lebih perhatian terhadap aspek kecantikan terutama kulit yang sudah tentu boleh mencerminkan kelakuan serta meningkatkan keyakinan diri.

Dalam pada itu, wujud juga faktor lain di mana kulit orang lelaki mungkin lebih ‘kasar’ atau ‘keras’ sekali gus menambahkan lagi keperluan untuk mereka mengamalkan suplemen kolagen ini!

Konklusi daripada kami, kolagen untuk lelaki itu adalah amat penting kerana jantina tidak wajar menjadi satu alasan buat individu yang kurang prihatin menjaga kecantikan kulit dan diri.

Bagaimana cara untuk ‘boost’ kolagen dalam kulit?

Ya, kolagen untuk lelaki dan wanita itu sama penting dan sangat diperlukan untuk kulit yang lebih lembut, licin, anjal dan kuat. Namun, bagaimana cara untuk kolagen ditingkatkan pada kulit?

Pertama dan paling penting, anda disarankan untuk mengambil makanan dan minuman di bawah:

  • Daging dan kulit ayam
  • Daging dan kulit ikan
  • Daging merah – lembu, kambing dan lain-lain
  • Bahagian putih telur
  • Organ haiwan
  • Tulang haiwan
  • Buah-buahan beri
  • Buah-buahan sitrus
  • Sayur-sayuran hijau
  • Kekacang
kolagen untuk lelaki
Kulit lelaki yang halus dan awet muda.

Kolagen untuk lelaki juga boleh didapati daripada sumber yang lain seperti makanan atau minuman tambahan dan suplemen dalam bentuk pil, kapsul serta serbuk.

Tidak kurang dengan itu, pelbagai ubat atau krim topikal yang tinggi dengan vitamin A, vitamin C, retinol, tretinoin dan asid hyaluronik turut boleh membantu menambah kolagen di kulit.

Peringatan penting juga, cuba hindar daripada kulit terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama dan terlalu kerap untuk melindungi diri daripada radikal bebas akibat sinar ultra ungu matahari.

Kesimpulan

Kolagen memang sangat penting kepada kulit tidak kira jantina lelaki atau wanita namun ia cuma salah satu daripada ikhtiar yang kita semua mesti cuba selain wajar mengamalkan gaya hidup lebih sihat untuk kulit yang lebih cantik.
Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor sebelum anda cuba sebarang pil kolagen!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Collagen, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/collagen/, Accessed Dec 9 2022.
  2. Collagen for Your Skin: Healthy or Hype?, https://www.cedars-sinai.org/blog/collagen-supplements.html, Accessed Dec 9 2022.
  3. Should I take a collagen supplement?, https://www.mdanderson.org/cancerwise/should-i-take-a-collagen-supplement.h00-159462423.html, Accessed Dec 9 2022.
  4. What are the benefits of collagen?, https://www.reidhealth.org/blog/what-are-the-benefits-of-collagen, Accessed Dec 9 2022.
  5. Can Collagen Supplements Really Reduce Signs of Aging?, https://healthmatters.nyp.org/can-collagen-supplements-really-reduce-signs-of-aging/, Accessed Dec 9 2022.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Bolehkah Produk Kolagen Mencantikkan Kulit?

Selalu Orang Kata Nak Lawa Minum Kolagen, Betul Boleh Cantik Atau Hanya Lariskan Produk?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan