backup og meta

3 Langkah Penting Untuk Rawat NLD, Penyakit Kulit Akibat Diabetes!

3 Langkah Penting Untuk Rawat NLD, Penyakit Kulit Akibat Diabetes!

Penyakit kencing manis boleh bawa banyak komplikasi pada tubuh badan anda dan ini juga termasuklah penyakit kulit akibat diabetes Necrobiosis Lipoidica Diabeticorum (NLD).

Tidak dinafikan, mungkin kurang ramai yang tahu atau sedar akan komplikasi NLD ini jika ia terjadi melainkan mereka telah sah menghidap penyakit kencing manis.

Persoalannya, adakah ia komplikasi yang umum lagi bahaya? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu apa dan bagaimana cara untuk rawat penyakit kulit akibat diabetes ini!

Apa itu penyakit kulit akibat diabetes NLD?

Untuk pengetahuan anda semua, NLD adalah sejenis masalah kulit diabetes yang boleh berlaku akibat kencing manis dan biasa berlaku pada bahagian tulang keting.

Pun begitu, bahagian tubuh badan yang lain juga tidak terkecuali seperti pada wajah, kepala, perut, bawah lengan, tapak tangan, tapak kaki serta lain-lain kawasan.

Sekiranya ia terjadi pada anda, zat kolagen atau protein di kulit akan rosak sekali gus menimbulkan tompokan berwarna seakan merah, kuning atau coklat pada kulit.

Menurut Indian Journal of Endocrinology and Metabolism, ia adalah sejenis komplikasi diabetes yang sangat jarang berlaku dengan peratusan di bawah 1% ke 2%.

Ia mungkin akan lebih tinggi risiko buat wanita berbanding lelaki, orang tua berbanding orang muda serta pesakit diabetes jenis 1 berbanding pesakit diabetes jenis 2.

penyakit kulit akibat diabetes

Apa simptom penyakit kulit akibat diabetes NLD?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, masalah kulit diabetes ini biasa terjadi pada bahagian tulang keting namun tidak mustahil juga pada bahagian lain.

Awalnya, ia hanya akan menimbulkan tompokan berwarna seakan merah, kuning atau coklat yang bersaiz kecil namun lama-kelamaan ia mungkin akan bertambah besar.

Dalam pada itu, penderita diabetes dan NLD mungkin turut mengalami simptom lain seperti:

  • Rasa gatal dan sakit pada tompokan
  • Penampakan salur darah (telangiektasis)
  • Penurunan kadar keringat
  • Penurunan sensasi kulit
  • Kulit mula memucat dan menipis

Apa yang jauh lebih membimbangkan adalah kondisi ini mungkin boleh menyebabkan pesakit kencing manis lebih mudah mengalami ulser atau luka pada kulit mereka.

Berikut adalah punca dan risiko yang boleh terjadi pada anda!

Sehingga kini, masih lagi tiada punca komplikasi penyakit kulit akibat diabetes ini yang dapat diketahui dengan pasti selain perubahan pada zat kolagen dan protein di kulit.

Pun begitu, MedlinePlus mengandaikan bahawa kondisi NLD berlaku akibat kerengsaan dan keradangan pada salur darah kecil di kulit angkara faktor risiko autoimun.

Antara faktor risiko tersebut termasuk aspek jantina (wanita > lelaki), usia (tua > muda), jenis diabetes (jenis 1 > jenis 2) selain faktor risiko luar lain seperti merokok.

penyakit kulit akibat diabetes

Meskipun NLD akan mengakibatkan perubahan agak ketara pada kulit, namun ia mungkin tidak menyebabkan kanser kulit terutamanya karsinoma sel skuamosa.

Apa yang mungkin lebih membimbangkan adalah penyakit kulit akibat diabetes ini dikatakan akan meningkatkan risiko retinopati diabetik dan nefropati diabetik.

Bagaimana cara untuk rawat komplikasi NLD?

Perkara paling utama yang anda perlu buat adalah dengan berjumpa doktor segera untuk mendapatkan diagnosis lebih tepat akan tompokan yang ada pada kulit anda.

Setelah disahkan ia adalah NLD, maka langkah untuk mengawal gejala boleh mula diambil ekoran punca masalah kulit diabetes ini masih lagi belum dapat dipastikan.

Berikut adalah antara cara untuk rawat komplikasi akibat diabetes ini yang disyorkan oleh doktor:

penyakit kulit akibat diabetes

#1. Pengambilan ubat klinikal

Penyapuan krim kortikosteroid adalah cara yang paling umum untuk mengurangkan kerengsaan dan keradangan pada kulit agar ia tidak merebak ke bahagian lain pula.

Penyuntikan ubat steroid juga mungkin perlu untuk melawan kerengsaan dan keradangan namun ia perlu dilakukan dengan berwaspada untuk elak kulit daripada menipis.

Pengambilan ubat oral turut penting dalam usaha meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan di samping meningkatkan aliran darah pada bahagian yang terkesan.

#2. Penjagaan di rumah

Di rumah pula, anda masih perlu untuk rawat masalah kulit diabetes ini dengan cara mengawal kadar gula dalam darah agar ia kekal berada pada tahap yang stabil.

Selain itu juga, awas dengan segala luka pada kulit tubuh badan anda. Jika ada, segera rawat agar ia tidak bertambah teruk menjadi luka atau ulser yang lambat sembuh.

Dalam masa yang sama, sila buang segala tabiat buruk seperti mengambil makanan atau minuman tinggi gula selain berhenti merokok agar diabetes anda dapat dikawal.

#3. Rawat penyakit kulit akibat diabetes NLD dengan terapi laser atau foto

Bagi tujuan kosmetik pula, anda masih boleh melakukan terapi laser atau foto bagi mengurangkan tompokan pada kulit anda namun ia tidak dapat dijamin keberkesanannya.

Bagi kes yang lebih parah, anda juga mungkin terpaksa melakukan prosedur pembedahan untuk membuang kawasan kulit yang mengalami tompokan NLD lebih serius.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Necrobiosis lipoidica, https://dermnetnz.org/topics/necrobiosis-lipoidica, Accessed 9 Dec 2021.
  2. Necrobiosis Lipoidica Diabeticorum, https://www.aocd.org/page/NLD, Accessed 9 Dec 2021.
  3. Necrobiosis Lipoidica: A Descriptive Study of 35 Cases, https://actasdermo.org/en-necrobiosis-lipoidica-a-descriptive-study-articulo-resumen-S1578219015000967, Accessed 9 Dec 2021.
  4. NLD (Necrobiosis Lipoidica Diabeticorum), https://www.diabetes.co.uk/conditions/necrobiosis-lipoidica-diabeticorum.html, Accessed 9 Dec 2021.
  5. Necrobiosis lipoidica, https://www.bad.org.uk/shared/get-file.ashx?id=109&itemtype=document, Accessed 9 Dec 2021.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Orang Sakit Diabetes Bukan Saja Kena Potong Kaki, Tapi Ada Masalah Kaki Lain Yang Lebih Kronik!

Ada Diabetes? Anda Berisiko Tinggi Dapat 6 Penyakit Tulang Dan Sendi Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan