backup og meta

BERITA BAIK! Vaksin Untuk Pesakit Kencing Manis Jenis 1 Sedang Dicipta, Kenali 3 Jenisnya

BERITA BAIK! Vaksin Untuk Pesakit Kencing Manis Jenis 1 Sedang Dicipta, Kenali 3 Jenisnya

Benarkah terdapat rawatan vaksin untuk pesakit kencing manis jenis 1? Jika ada, apakah jenis vaksin untuk penghidap kencing manis ini?

Jawapannya ada di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

Pengenalan ringkas diabetes jenis 1

pesakit kencing manis

Secara umumnya, diabetes jenis 1 merujuk kepada penyakit autoimun yang menjejaskan sel beta di dalam pankreas.

Sel beta dalam pankreas ini berfungsi menghasilkan insulin.

Dalam tubuh badan manusia, insulin mempunyai beberapa peranan penting termasuklah memproses glukosa dalam darah.

Insulin akan memproses glukosa atau gula darah ini dan mengeluarkannya daripada aliran darah untuk kegunaan sel tubuh.

Sel tubuh menggunakan glukosa ini sebagai bahan tenaga mereka.

Secara ringkasnya, apabila sel beta tersebut dirosakkan, maka insulin tidak dapat dihasilkan lagi dan glukosa pula tidak dapat diproses.

Ini akan menjadikan gula atau glukosa kekal di dalam darah dan menyebabkan pesakit kencing manis menghidap kencing manis jenis 1.

Berbanding penghidap kencing manis jenis 2, pesakit kencing manis jenis 1 lebih memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi.

Ini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada pengambilan insulin untuk mengawal gula darah. 

Adakah terdapat vaksin yang dicipta sebagai rawatan bagi pesakit kencing manis jenis 1?

penghidap kencing manis

Buat masa ini, penghidap kencing manis yang menghidap kencing manis jenis 1 tidak dapat disembuhkan dengan kaedah rawatan sedia ada.

Namun, para saintis dan penyelidik sedang berusaha ke arah pembangunan vaksin bagi mengelakkan diabetes jenis 1.

Kajian yang dilakukan memfokuskan kepada pembangunan vaksin yang boleh mengelakkan kerosakan terhadap sel beta yang menghasilkan insulin.

Berikut adalah antara kajian yang sedang dijalankan mengenai vaksin diabetes di seluruh dunia:

#1. Vaksin nanopartikel untuk pesakit kencing manis

University of Calgary, Kanada adalah antara universiti yang sedang terlibat dengan kajian pembangunan vaksin untuk penghidap kencing manis.

Buat masa ini, kumpulan saintis di universiti ini telah berjaya membangunkan vaksin diabetes yang berkesan apabila diuji terhadap tikus makmal.

Vaksin ini menggunakan nanopartikel kecil yang dilengkapi dengan antigen untuk merangsang sel T ‘pengawal selia’ badan yang akan mengawal sel T ‘pembunuh’.

Perlu diketahui bahawa sel T ‘pembunuh’ inilah yang melakukan serangan ke atas sel beta penghasil insulin.

Ini akan menghalang sel T ‘pembunuh’ ini daripada terus merosakkan sel beta dalam pankreas.

Kajian ini telah menunjukkan hasil bermula April 2010 dan masih diteruskan sehingga sekarang.

#2. Vaksin antigen Diamyd

Sebuah syarikat Sweden iaitu Diamyd Medical pernah menjalankan ujian percubaan ke atas manusia berkenaan vaksin diabetes mereka.

Ujian percubaan tersebut dilakukan untuk melihat sekiranya vaksin antigen mereka boleh memperlahankan atau menyekat kewujudan diabetes jenis 1 pada peringkat awal.

Kajian Fasa Tiga telah dilakukan di Eropah dan juga Amerika Syarikat yang melibatkan seramai 640 peserta.

Namun, percubaan Fasa Tiga vaksin ini menunjukkan bahawa vaksin tersebut gagal untuk memelihara fungsi sel beta selepas tempoh 15 bulan.

Namun, kajian pembangunan vaksin tersebut masih terus dijalankan sehingga kini oleh syarikat ini. 

#3. Imunomodulator semula jadi

Pada tahun 2010, kajian bersama antara King’s College London bersama Bristol University telah dianugerahkan dengan 10 juta Euro untuk meneruskan kajian mereka berkaitan vaksin diabetes.

Kajian mereka adalah untuk mencari kaedah yang berpotensi bagi melawan kesan anti imun diabetes jenis 1.

Kajian mereka lebih tertumpu kepada memodulasikan sistem imun tubuh untuk mencegah diabetes jenis 1.

Kajian ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Sinar cerah untuk penghidap kencing manis

Buat masa ini, masih tidak terdapat vaksin yang boleh membantu mencegah atau merawat keadaan diabetes bagi pesakit kencing manis jenis 1.

Namun, usaha pembangunan vaksin untuk diabetes ini tidak pernah berhenti dan terus dijalankan sehingga kini.

Ia mungkin akan mengambil sedikit masa, namun harapannya tetap ada. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.verywellhealth.com/vaccine-for-type-1-diabetes-5088978#:~:text=Even%20though%20there%20is%20no,will%20stop%20looking%20for%20one.

https://www.diabetes.co.uk/diabetes-vaccines.html

https://www.diabetes.co.uk/research.html

Versi Terbaru

03/06/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Bagaimana Saya Boleh Dapat Diabetes Jenis 1? Kenali Simptom, Komplikasi & Rawatan

Kenali Tanda Diabetes Jenis 1, Jika Muncul Simptom Ini, Jangan Berlengah Jumpa Doktor


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan