Berapakah jangka hayat diabetes di Malaysia?
Berapakah jangka hayat diabetes di Malaysia?

Diabetes atau kencing manis jenis 1 adalah gangguan yang dicirikan oleh paras gula darah yang tidak normal. Dalam diabetes jenis ini, sel khusus dalam pankreas yang dipanggil sel beta berhenti menghasilkan insulin. Insulin mengawal berapa banyak glukosa (sejenis gula) yang dimasukkan daripada darah kepada sel untuk penukaran kepada tenaga. Kekurangan insulin mengakibatkan ketidakmampuan untuk menggunakan glukosa untuk penghasilan tenaga atau mengawal jumlah gula dalam darah.

Pada tahun 1920-an, insulin telah ditemui dan tersedia untuk digunakan. Dengan itu, jangka hayat diabetis jenis 1 naik secara dramatik. Dengan insulin yang lebih baik, pemeriksaan gula di rumah, dan diet rendah karbohidrat, seseorang hidup lebih lama.
Satu kajian daripada Universiti Pittsburgh, yang diterbitkan pada tahun 2012, mendapati bahawa orang yang menghidap diabetes Jenis 1 selepas 1965 mempunyai jangka hayat 69 tahun. Ini berbanding dengan jangka hayat ketika lahir, kira-kira 76 tahun untuk lelaki dan 81 tahun untuk wanita dalam populasi umum di A.S.
Manakala satu kajian baru mengenai kira-kira 25,000 orang dengan Jenis 1 di Scotland mendapati bahawa lelaki dengan diabetes jenis 1 kehilangan kira-kira 11 tahun jangka hayat, dan wanita kira-kira 13 tahun berbanding mereka yang tiada penyakit.
Bagaimanapun, kesemuanya bergantung kepada kawalan gula. Diabetes yang dikawal dengan baik mungkin mempunyai sedikit kesan pada jangka hayat.
Penyakit kencing manis tidak boleh sembuh sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal. Kawalan yang baik melalui pemakanan sihat, senaman, ubat atau insulin boleh membantu pesakit hidup normal dan elak komplikasi.
Dalam sesetengah kes, terutamanya diabetes jenis 2, remisi boleh berlaku iaitu paras gula normal tanpa ubat, tetapi penyakit masih ada secara asasnya.
Tidak boleh sembuh secara mutlak, tetapi boleh masuk fasa remisi jika pesakit menurunkan berat badan, jaga diet dan kekal aktif. Remisi bermaksud paras gula darah kembali normal tanpa ubat, namun ia perlu dikekalkan dengan gaya hidup sihat.
Kerap kencing, terutama waktu malam
Cepat haus dan lapar walaupun sudah makan
Penglihatan kabur
Badan letih atau lesu
Luka lambat sembuh
Rasa kebas atau mencucuk pada tangan dan kaki
Berat badan menurun tanpa sebab jelas
Kerosakan saraf (neuropati), terutama di tangan dan kaki
Masalah buah pinggang (nefropati) hingga tahap kegagalan buah pinggang
Penyakit jantung dan strok
Masalah penglihatan termasuk risiko buta
Luka lambat sembuh, risiko jangkitan dan potong anggota
Masalah seksual seperti mati pucuk atau kurang libido
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
ABOUT TYPE 1 DIABETES https://www.action4diabetics.org/type-1-diabetes_info-a4d/ Accessed on Nov 9, 2018.
Living Longer With Diabetes: Type 1 https://www.diabetesselfmanagement.com/blog/living-longer-with-diabetes-type-1/ Accessed on Nov 9, 2018.
Versi Terbaru
04/11/2025
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa