backup og meta

Bagaimana Saya Boleh Dapat Diabetes Jenis 1? Kenali Simptom, Komplikasi & Rawatan

Bagaimana Saya Boleh Dapat Diabetes Jenis 1? Kenali Simptom, Komplikasi & Rawatan

Penyakit diabetes tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, tahukah anda sebenarnya penyakit ini ada beberapa jenis.

Dua kategori yang sering didiagnosis ialah diabetes jenis satu dan diabetes jenis dua.

Pun begitu, agak membimbangkan apabila penyakit diabetes jenis satu kurang mendapat pendedahan dalam kalangan masyarakat Malaysia, meskipun ia kerap didiagnosis bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa malah remaja dan kanak-kanak juga. 

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, mari kenali apa itu diabetes jenis satu dan pengaruhnya terhadap masyarakat kita.

Diabetes jenis satu terjadi apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta dalam pankreas yang bertanggungjawab untuk menghasilkan insulin. 

Kewujudan insulin dalam badan adalah penting bagi proses penghasilan tenaga daripada glukosa.

Tanpa insulin, glukosa akan memasuki darah dan akan menyebabkan berlakunya peningkatan gula dalam darah atau hiperglisemia, yang boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti:

Diabetes jenis satu juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (insulin dependent). Ia turut dikenali sebagai diabetes awal remaja, atas sebab penyakit ini mudah didapati pada kanak-kanak dan juga remaja.

Berbanding di Malaysia, penyakit ini lebih kerap dikesan, didiagnosis dengan tepat dan mendapat kesedaran yang lebih meluas di negara Barat. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Simptom

Secara umumnya, penyakit diabetes jenis 1 ini disebabkan oleh faktor genetik. 

Selain itu, sistem imun tubuh kita boleh menyerang apabila terdapat sesuatu faktor seperti virus mengarahkan sistem pankreas. Serangan ini dikenali sebagai autoimun atau autoantibodi.

Tanda-tanda awal diabetes jenis satu termasuklah:

penyakit diabetes

Seseorang individu yang menghidap diabetes jenis satu juga boleh mendapat komplikasi ketoasidosis. Simptom bagi keadaan ini adalah seperti:

  • Pernafasan yang lebih cepat daripada biasa
  • Kulit dan mulut kering
  • Muka kemerah-merahan
  • Bau nafas manis seakan buah-buahan
  • Rasa loya, muntah atau sakit perut

Sekiranya anda mempunyai lebih daripada salah satu simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa doktor.

Apatah lagi sekiranya anda mengalami simptom ketoasidosis kerana ia adalah masalah kecemasan perubatan.

Diagnosis

Memang tidak dinafikan, agak berat untuk menerima kenyataan didiagnosis dengan penyakit kronik, yang memerlukan insulin untuk kelangsungan hidup. Lagi-lagi jika anda jenis yang jaga diet dan aktif bersukan, kan?

Pertama sekali, berhenti salahkan diri sekiranya ia berlaku pada anda mahupun yang tersayang. Jangan sesekali berfikir bahawa anda menghidap kencing manis atas faktor pemakanan atau gaya hidup kurang sihat.

Ingatlah, diabetes jenis satu adalah sejenis penyakit autoimun di mana antibodi badan kita keliru dan mula menyerang sel yang menghasilkan insulin di organ pankreas.

Selain itu, kerap berunding dengan doktor anda bagi mengetahui regimen insulin yang paling sesuai untuk pengawalan paras gula darah optimum.

Walaupun diet dan gaya hidup bukanlah punca dapat diabetes jenis satu, namun anda masih perlu mengambil berat akan pemakanan dan aktiviti fizikal anda.

Cuba elakkan aktiviti yang berpotensi mencederakan anda seperti bola sepak, ragbi, bola jaring dan sebagainya. Sekiranya anda cedera, luka akan menjadi lambat sembuh dan meninggikan risiko jangkitan kuman.

Kawallah pengambilan gula dan karbohidrat anda. 

Ini kerana makanan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik rendah lebih perlahan dicernakan dan menghasilkan peningkatan kadar glukosa darah yang lebih beransur-ansur, sekali gus menyebabkan tahap glukosa yang lebih tinggi dalam darah.

Jangan lupa juga untuk kerap memeriksa paras gula anda. Pemeriksaan yang kerap boleh menunjukkan sama ada regimen insulin yang dicadangkan oleh doktor sesuai untuk anda atau tidak. 

Jika tidak, doktor boleh mengubah rawatan sehingga paras gula darah anda terkawal sepenuhnya.

Komplikasi

Diabetes jenis satu adalah penyakit kronik yang pada umumnya sering terjadi pada kanak-kanak dan tidak boleh disembuhkan. 

Namun, penyakit ini masih boleh dikendalikan agar tidak menimbulkan komplikasi serius di masa akan datang.

Ancaman komplikasi diabetes membuatkan para penghidap penyakit diabetes menjadi semakin tertekan. Jadi, ia boleh mengakibatkan pelbagai gangguan kesihatan lain.

Menurut American Diabetes Association, berikut merupakan beberapa komplikasi diabetes jenis satu yang perlu diawasi:

  • Gangguan saraf atau neuropati diabetik: Terjadi apabila pembuluh darah kecil pada saraf di dalam tubuh mengalami kerosakan yang menyebabkan rasa kesemutan, sakit dan kebas
  • Retinopati diabetik: Gangguan penglihatan serius seperti glaukoma dan katarak, disebabkan oleh pembuluh darah dalam mata mengalami pembengkakan dan kebocoran cecair mata
  • Kaki diabetes: Kondisi yang juga dikenali sebagai diabetic foot ini terjadi akibat komplikasi kerosakan sistem saraf dan jangkitan kuman serius akibat diabetes
  • Jangkitan kuman kronik: Jangkitan kuman yang lazim dialami oleh para penghidap diabetes ialah jangkitan saluran kencing, gigi dan mulut, kulit, telinga, faraj dan sebagainya
  • Ketoasidosis diabetik: Suatu komplikasi di mana keton dihasilkan dalam jumlah berlebihan sehingga boleh meracuni sel-sel tubuh dan merosakkan pelbagai organ tubuh akibat kurangnya insulin
  • Kegagalan buah pinggang: Fungsi ginjal akan terganggu akibat kerosakan pembuluh darah

Perbezaan diabetes 1 & 2

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat dua jenis diabetes utama iaitu jenis satu dan dua. Kedua-dua ini mempunyai tanda dan gejala yang serupa, dan lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan banyak komplikasi yang sama.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan mengenai kedua-dua jenis diabetes ini.

Diabetes jenis satu terjadi apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin sendiri. Oleh itu, pengambilan insulin adalah wajib bagi individu yang mempunyai diabetes jenis satu untuk kelangsungan hidup.

Insulin membantu untuk memindahkan glukosa dari aliran darah ke sel-sel badan. Glukosa tersebut akan diubah menjadi tenaga bagi kegunaan tubuh kita.

Bagi penghidap diabetes jenis dua, sel-sel badan berhenti daripada bertindak balas dengan baik terhadap insulin. Oleh itu, tubuh berusaha untuk memindahkan glukosa dari darah ke dalam sel, walaupun terdapat tahap insulin yang mencukupi.

Akhirnya, badan akan perlahan-lahan berhenti menghasilkan insulin yang secukupnya untuk kegunaan sel-sel tubuh.

Perbezaan kedua-duanya yang paling ketara ialah perkembangan penyakit tersebut. Diabetes jenis satu berkembang dengan sangat cepat dan gejalanya jelas dilihat.

Bagi penghidap diabetes jenis dua, keadaan ini boleh berlarutan selama bertahun-tahun. 

Kadangkala, seseorang yang menghidap diabetes jenis dua mungkin tidak mengetahui keadaan kesihatan mereka yang sebenarnya sehingga timbulnya komplikasi.

Selain itu, faktor risiko yang terlibat bagi kedua-dua jenis diabetes tersebut adalah berbeza juga. 

Diabetes jenis satu terjadi kerana masalah autoimun tubuh manakala diabetes jenis dua lebih kepada gabungan genetik, persekitaran dan gaya hidup.

Oleh sebab hanya 5% daripada kes diabetes berpunca daripada diabetes tahap satu, faktor risikonya masih kurang difahami.

Jadi, apa itu diabetes jenis satu dan apakah faktor risiko yang berpotensi telah dikenal pasti? Teruskan pembacaan anda.

Sejarah keluarga faktor utama penyakit diabetes jenis satu

Sejarah keluarga mungkin memainkan peranan penting dalam segelintir kes diabetes jenis satu. Sekiranya ada ahli keluarga anda yang didiagnosis dengan diabetes jenis satu, risiko anda untuk menghidapnya lebih tinggi.

Beberapa gen telah dikenal pasti dan dikaitkan dengan keadaan ini. Namun, berita baiknya tidak semua individu mempunyai gen tersebut akan mendapat diabetes jenis satu.

Ramai penyelidik dan doktor percaya bahawa terdapat beberapa jenis perangsang yang mengakibatkan diabetes jenis satu berlaku kepada sesetengah individu tetapi tidak pada individu lain.

Suku kaum atau bangsa

Suku kaum ialah salah satu faktor risiko diabetes jenis satu. Ia lebih lazim dijumpai dalam kalangan individu berkulit putih berbanding kaum lain.

Faktor persekitaran pencetus penyakit diabetes?

Sebilangan virus boleh menjadi pencetus diabetes jenis satu. Namun, masih tidak jelas jenis virus yang menjadi penyebabnya.

Sama juga, individu yang duduk di tempat yang beriklim sejuk lebih cenderung untuk menghidap diabetes jenis satu.

Doktor di negara Barat juga mendedahkan lebih banyak kes diabetes jenis satu didiagnosis pada musim sejuk berbanding musim panas.

Fungsi insulin & glukosa

penyakit diabetesInsulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh salah satu organ badan iaitu pankreas. Insulin membantu badan anda mengubah gula darah atau glukosa menjadi tenaga.

Ia juga membantu tubuh anda menyimpannya di sel otot, sel lemak dan hati untuk digunakan kemudian, apabila badan anda memerlukannya.

Selepas anda makan, glukosa akan meningkat. Kenaikan glukosa ini memicu pankreas untuk melepaskan insulin ke dalam aliran darah. 

Insulin bergerak ke sel-sel tubuh melalui aliran darah, di mana ia memberi isyarat kepada sel untuk membuka ‘pintu’ dan membiarkan glukosa masuk.

Setelah masuk, sel-sel akan bekerja untuk menukarkan glukosa menjadi tenaga atau menyimpannya untuk kegunaan kemudian.

Tanpa insulin, badan anda tidak dapat menggunakan mahupun menyimpan glukosa untuk tenaga. 

Sebaliknya, glukosa akan kekal di dalam aliran darah anda dan merosakkan organ-organ serta pembuluh darah dalam jangka masa panjang.

Pemahaman terhadap fungsi insulin dan tindak balasnya terhadap tahap glukosa dalam darah adalah sangat penting bagi para doktor untuk merangka pelan rawatan yang terbaik bagi pesakit diabetes tahap satu.

Oleh sebab tindak balas tubuh setiap manusia berlainan, jenis dan frekuensi insulin juga akan menjadi berbeza mengikut kesesuaian individu tersebut. 

Jika anda merasa regimen insulin yang anda dapati kini masih belum mampu mengawal tahap gula darah anda dengan baik, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pelan rawatan yang terbaik bagi diri anda.

Jumpa doktor

Jika anda mula mengalami simptom penyakit diabetes yang telah disenaraikan di atas, berundinglah dengan doktor anda segera.

Hal ini kerana tubuh dan tindak balas badan setiap individu adalah berbeza. Maka, tidak hairanlah jika simptom yang timbul juga boleh berbeza dari seorang individu ke individu yang lain.

Jika anda mempunyai luka yang lambat sembuh atau menjadi semakin teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan rundingan lanjut. Anda tidak tahu, mungkin diabetes yang jadi punca utama luka anda lambat sembuh!

Berundinglah dengan doktor untuk mengetahui apa itu diabetes, mendapatkan rawatan yang paling sesuai dan terbaik untuk kelangsungan hidup anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-1-diabetes/symptoms-causes/syc-20353011
  2. https://www.diabetes.org/blog/type-1-diabetes-basics
  3. https://www.diabetes.org/diabetes/genetics-diabetes
  4. http://www.myhealth.gov.my/kencing-manis/
  5. https://wa.kaiserpermanente.org/healthAndWellness/index.jhtml?item=%2Fcommon%2FhealthAndWellness%2Fconditions%2Fdiabetes%2FinsulinProcess.html
  6. https://www.diabetes.org.nz/type1diabetes

Versi Terbaru

09/11/2021

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Apa Perlu Dilakukan Jika Anak Anda Menghidap Diabetes Jenis 1?

Anak Anda Ada Diabetes Jenis 1, Apa Punca & Faktor Risiko Kondisi Ini Terjadi?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 09/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan